Saturday, October 15, 2011

Kata-kata Hikmat Pelajar Cemerlang..

Assalamualaikum,
hari ni aku nak bagilah sikit kata-kata hikmat pelajar cemerlang .Kata-kata ni aku ambil dari buku motivasi pelajar cemerlang yang aku pinjam dari kawan aku Fadzilah..Dia bagi aku pinjam sebab dia kata aku semangat sangat nak jadi pelajar cemerlang..apa?korang tak percaya aku semangat??
<---tgk ni.amacam dah percaya??semangat kn??walhal PMR tahun depan 2012 tahun ni 2011.Lagi pun aku nak cerita kata-kata hikmat yang perlu ada pada pelajar cemerlang sebab peperiksaan akhir tahun dah nak dekat prepare belum lagi.(tak patut..tak patut)*geleng kepala....oklah we start NOW!!nanti panjang-panjang korang dah tak semangat nak baca dah..hehe...
gambar di sebelah adalah kemahuan aku.9A++
KEMAHUAN ADALAH LAKSANA ORANG BUTA YANG PERKASA MENDUKUNG ORANG LUMPH YANG DAPAT MELIHAT
1.KEMERLANGAN AKAN TERCIPTA APABILA PELAJAR BIASA DARIPADA KELUARGA BIASA DENGAN KECERDASAN BIASA,YANG BELAJAR DI SEKOLAH BIASA ...BERUSAHA SECARA LUAR BIASA!
ayat diatas ni best sebab.tak semestinya orang miskin tak boleh berjaya right?aku ni pun pelajar biasa-biasa je.tak dikenali ramai pun.tapi tak kisahlahkan.NI CARA LUAR BIASA TU
  •  Belajar jauh lebih kuat daripada pelajar lain
  • Berusaha ketika orang lain berputus asa
  • Berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk sentiasa memperbaiki kelamahan diri
  • Menggunakan peluang yang ada untuk menguasai semua mata pelajaran
2.Di Mana Ada Kemahuan Di situ Ada "A" One!
Kalau kita bersungguh-sungguh hendak sesuatu lazimnya kita akan memperolehnya.Jadi untuk mencapai kecemerlangan,kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat kita tepis dan tankis.Mulakan dengan kata-kata semangat!

3.TO BE GREAT CONCENTRATE
    Untuk Menjadi Hebat,Beri Tumpuan
korang kenalah beri tumpuan waktu belajar.dan aku rasa tips ni agak sesuai dengan aku.sebab aku rasa aku tak berikan tumpuan sangat waktu belajar.

4.PELAJAR CEMERLANG FOKUS KEPADA KERJA PENTING WALAUPUN TIDAK SERONOK SEMENTARA PELAJAR LEMAH FOKUS KEPADA KERJA SERONOK WALAUPUN TIDAK PENTING.
Ini tersangaatttlahh sesuai untuk diri aku .Sepatutnya aku pilih yang no.1 tu tapi keutamaan yang aku berikan tu no.2.oklah.aku akan try insaf.Aku akan cuba jadi macam kawan aku Eiya.Dia sekarang dah tak nak online sampai habis peperiksaan akhir..Bagus-bagus.Keep It Up!
.
5.UNTUK MENDAPAT SATU YANG BESAR SAYA MESTI SANGGUP KORBANKAN BANYAK PERKARA YANG KECIL.
Ni pun khas juga untuk aku yang syik ngadap komputer  je setiap hari.PERKARA KECIL TERSEBUT IALAH:
  • tonton televisyen
  • baca komik
  • berbual kosong
  • main komputer
  • tidur pada waktu siang
6.LAGI KUAT SAYA BERUSAHA LAGI BAIKLAH HASILNYA.
kita hanya berusah.ALLAH sahajalah yang menentukan sama ada usaha kita itu berhasil atau tidak.Namun lagi tekun kita berusah,maka lagi baiklah peluang kita untuk meraih kejayaan.Kalau korang jatuh korang janganlah putus asa.Tapi korang lakukan sebaliknya..Terus bangun.Kalau jatuh.Bangun lagi.Tak kiralah berapa kali kita jatuh jangan sesekali menganggap itu platform yang kita gagal tapi anggap yang itulah platform yang kita boleh berjaya.

7.KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN.KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG KITA SENDIRI TELAH TETAPKAN.

8.PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI JIKA MAHU BERJAYA.
suka atau tidak suka,asalkan sesuatu perkaraitu penting,kita mesti lakukan. untuk memastikan kejayaan kita mesti paksa diri sendiri melakukan kerja sama ada kita suka atau tidak suka kerja berkenan.jika kita manjakan diri dan memilih kerja-kerja tertentu sahaj,maka sampai bila pun kita tidak akan berjaya.

9.I MAY NOT BE THE BEST,BUT WHATEVER I DO,I DO MY VERY BEST! 
Saya Tak Semestinya Menjadi Yang Terbaik Tetapi Apa Sahaja Yang Saya Lakukan,Saya Lakukan Dengan Sebaik Mungkin

10.EFFECTIVE PERMORMANCE IS THE RESULT OF YOUR SKILL AND YOUR WILL
Pencapaian Yang Berkesan Bergantung Kepada Kemahiran(SKILL)Dan Kemahuan(WILL)Seseorang

dah itu sahaja.Sebenarnya dia ada 102 motivasi untuk pelajar.Aku tak bolehlah tulis banyak-banyak.Tak larat meh.hehe..akulah aku akhiri semua ni dengan ALHAMDULILLAH dan kata-kata semangat untuk diri sendiri

UNTUK BERJAYA SAYA MESTI BERUBAH!!!

3 comments:

  1. Wahh akak... terbaik lh ayat2 tu...

    ReplyDelete
  2. Wahhh akak... terbaik lh kata2 tu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih :) .In sha Allah saya akan berusha bersungguh sungguh lepasni .dahh taknak main main ;D

    ReplyDelete