Disebabkan hari ni hari jumaat.Nak sharelah sikit kelebihan Hari Jumaat. =)
•✿ ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi saw biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat ツ
•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam ツ
•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut ツ
•✿ Dari Abu Hurairah ra katanya, dia mendengar Nabi saw bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya ツ
•✿ Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga ツ
•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik ツ
That's all..•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat) ツ
Thanks for reading.. =)
No comments:
Post a Comment