Thursday, January 26, 2012

Perempuan vs Muslimah..



►  Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah

► Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

► ► Kerana Muslimah mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati yang diselaputi iman yang hakiki dan yang tidak mudah dicemari

2 comments: