Sunday, February 12, 2012

Menguap vs bersin

Assalamualaikum....My blog new look...Hijau dan merah..warna yg aku tak berapa nak suka..Tapi pakai juga tema ni tahun ni..hehe... 
Oklah lari tajuk lak..Sila baca di bawah.. ;)
»» MENGUAP PUN DAPAT GANJARAN PAHALA ««
Apakah yang dimaksudkan dengan menguap ( tatha’ub)?
Menguap bererti layu dan malas..Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh..Biasanya,orang menguap apabila tubuh letih,malas,bosan atau mengantuk.

Nabi Muhammad Saw bersabda yang maksudnya
“Menguap itu daripada syaitan.Oleh itu jika menguap,tahanlah sedaya yang mungkin.Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘haa’, syaitan tertawa menyaksikannya.” ( HADIS RIWAYAT BUKHARI)

Syaitan menyukai orang yang tidak menutup mulut ketika menguap. Di samping itu,virus akan keluar dari mulut dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit. Ulama menganjurkan kita, jangan membuka mulut apabila menguap dan terus membaca Auzubillahiminasyaitanirrajim Bismillahirahmanirrahim supaya tidak ditertawakan syaitan.

Syaitan menyukai sifat malas dan dungu, sedangkan agama menganjurkan umatnya untuk giat bekerja lagi beramal.
 
»» BERSIN DISUKAI ALLAH SWT ««
APABILA kita bersin, umpamanya kita mati satu saat. Bila kita bersin, semua sudah berhenti. Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah". Sebab itu bila bersin, ucapkanlah "Alhamdulillah" kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita.

Dalam sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan bahawa Baginda
bersabda yang bermaksud
"Sesungguhnya ALLAH menyukai BERSIN dan benci kpd MENGUAP..Apabila salah seorng dari antara kamu BERSIN dan memuji ALLAH, maka setiap Muslim yang
mendengarnya diwajibkan mengucapkan "Yarhamukallah" (semoga ALLAH merahmatimu) kepadanya..."

No comments:

Post a Comment