Wednesday, May 29, 2013

Review novel : Yes, Boss!



Walaupun aku tidak pernah baca novel ni. (ok tipu satu bab saja) . walaupun aku tak pernah tahu ending cerita ni. Walaupun aku tak pernah tahu jalan cerita cerita ni. Tapi still nak review. Sebab novel ni ISTIMEWA. Aku hanya mampu memandang gambar tu. sebab aku tidak akan boleh memilikinya.(cewah...ayat!)

Yes, boss! novel pertama yang aku jadikan hadiah buat kawan baik aku.Just for you Aziey. Disebabkan aku tak pernah bagi dia hadiah terasa berbaloilah bagi yang mahal sikit. lagipun hadiah tu sebagai hadiah persahabatan,birthday dia dari form 1 sampai form 4 dan hadiah perpisahan. Bak kata Aziey Hadiah yang dah BASI pun boleh disatukan. Kenapa aku pilih novel ni? Sebenarnya aku nak bagi novel karya Ain Maisarah yang berkisarkan the wannababes.Sebab aku suka persahabatan diorang tapi jauh sangatlah novel tu. Kat Mydin atau Badan. So, aku cari yang terdekat City Magazone. tapi masalahnya cuma ada novel cinta sahaja. Mula-mula aku cadang nak belikan novel SUAMI AKU USTAZ sebab Azieykan cari ustaz. Tapi disebabkan pada hari tu kawan aku pergi bawa novel tu dan Aziey nampak. Woo..bikin spoillah! Terus mood aku spoil nak beli novel tu. Cari novel lain.

Ouh ye aku jumpa blog penulisnya.. Terjah SINI

Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
 
GENIUS NOTE : Tapi kenapa ya, aku rasa sinopsis ni macam lain? Rasanya masa aku baca sinopsis belakang novel yang aku bagi tu tak cakap pula pasal mat rempit tu? Tak apalah..Lupakan..Yag penting jalan cerita sama.

No comments:

Post a Comment