Friday, June 28, 2013

Lingkaran Cahaya Pada Sekeliling Badan


Assalamualaikum....

Hari ini aku sungguh excited. Buat Lingkaran Cahaya Pada Sekeliling Badan. Habis gambar orang aku rosakkan.huhu.. Dahlah tak minta izin! Maaf,maaf.

Kononnya aku just nak buat lingkaran tu pada artis favourite aku. Tapi susah pula hendak jumpa full body punya pic. So, nak tak nak penulis BLINK BOOK jadi mangsa. Muahaha(ketawa jahat).

Nak tengok tak? Banyak juga ni.

Tapi sebelum itu, thanks a lot kepada tuan punya blog ini di atas tutorial yang bermanfaat tu.

Ini gambar kak Izanor. Blue riding hood katanya. So, aku pun try. Ok. Cubaan pertama tak berapa nak jadi. Sorry akak. Tak pasal-pasal jadi mangsa..haha..

Eh..eh.. Siapakah pakwe handsome ini?  Dekat mana-mana mesti gambar dia. For me not bad hasil kerja kedua aku. Boleh tahan cun! Mungkin disebabkan peratus kasih-sayang yang diberi semasa membuat lingkaran tu lebih sikit..Huhu gataii..
 
 Cuba teka siapakah dia? Haa.. Inilah Ain Maisarah. Penulis yang terkenal itu. Kebetulan tadi aku terlebih rajin tengok photo kat fanpage beliau terus grab pic ni..

Gambar ini aku rembat dari fanpage yang sama. Sorry. Cuba tengok pada lingkaran kali ini? berbeza tidak? Ok.. Kalau tidak nampak. Lingkaran kali ini ada corak sikit.

Ini siapa ya? Hurm. Ahli kumpulan Nu'est mungkin. Aku tidak pasti.

Ok. Malam ini ada date dengan dia !. Pukul 9.00p.m di TV3. Izzue Islam ok. Cun tak? Lingkaran kali ini boleh tahan cool! Nampaknya aku dah semakin expert.Bangganya!

Dalam masa satu hari terhasillah 6 gambar di atas. Tapi apakah motif aku buat semua ini?
Hey..hey..hey.. dah lupa ke? Kan aku cakap nak belajar photoshop!

So,ini merupakan langkah awal aku untuk berkenalan dengan PS. Sambil-sambil mengajar tangan aku supaya boleh membuat lingkaran atau gunakan pen tool dengan betul dan cun. Sebab dulu aku pernah try dan kepala ini berdenyut-denyut tidak faham akan semua itu. Jadi kira dah oklah. Dah tak pening dah..haha..

Credit Gambar Model : 
Gambar 2[Encik Google] Sebenarnya gambar ni dah lama ada dalam document
Gambar 5[Encik Google]
-THE END-

No comments:

Post a Comment