Sunday, June 09, 2013

Putera Misteri Superhero MALAYA





“Adam, kau tahu tak siapa SUPERHERO yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni?“, soal  Maya  dengan penuh rasa ingin tahu.
 “Dialah lelaki kacak, hebat, bergaya  dan  misteri. Identiti sebenar tidak diketahui.  Yang pasti dia memang hebat dan dia  adalah SUPERHERO MALAYA yang paling popular sekarang ini”, bersungguh-sungguh Adam bercerita.
“oh.”balas Maya.
Hai,  nama  aku Putra Adam Redza. Kawan-kawan cuma panggil aku Adam.  Maya, kawan baik aku. Aku  sebenarnya  ada  satu rahsia besar. Rahsia  tentang Putera  Misteri.  Sebenarnya  akulah  Putera  Misteri  itu. Kenapa ‘Putera Misteri’? Putera  diambil  bersempena  nama  aku.  Lagipun  nama  Putera  lebih  kedengaran  cool  dan hebat!  Misteri  pula  kerana  kuasa  ini  datang  secara  sendirinya.  Memang misteri!  Kuasaku adalah tangan dan jari. Hanya dengan memetik jari, aku muncul dimana sahaja aku inginkan dan macam-macam lagi. Aku memakai topeng bagi menjadikan ia lebih misteri.  Identiti sebenar biarlah rahsia. 
******

Hari  demi  hari,  tugas  Putera  Misteri  semakin  mencabar.   Musuh semakin ramai dan Lelaki  Bayang  musuh  utama  aku.  Kuasanya ialah  boleh mengawal  orang dengan  bayangan  dan  menghidupkan  bayang-bayang  menjadi bentuk yang dia suka dan kelemahan,  dia  hanya  boleh  menghasilkannya  apabila  ada  cahaya  walaupun  sedikit.  Dia  ni  raja  segala  kejahatan.  Di  samping  lelaki  pasti  ada  wanita.  InvisibleGirl,  cantik  orangnya.  Dia  selalu  ada  bersama  Lelaki  Bayang.  Kuasanya  halimunan.  Tapi  sayang  kerana kuasanya tidak berkesan keatasku. Aku masih boleh melihat dia.
Bunyi  telefon  mematikan  lamunanku. “Putera  Misteri.  Kesian  kau menunggu kawan  yang tidak akan sampai”, suara  yang sangat aku kenali.  Aku  lihat  jam  tanganku.  2jam berlalu  tapi  Maya  masih  belum datang.
“Jangan  cakap  kau…”
“Pandai.  Aku  dah  culik  dia dan bom sebagai peneman. Datanglah ke sini wahai superhero. Tik.Tok.Tik.Tok”  kedengaran  dia  ketawa  sebelum  mematikan  telefon.  

******
“Tahniah! Kau  datang  tepat  waktu. Sekarang  boleh kita  mulakan?” Aku  memerhati  sekeliling.  Kenapa dia pilih bilik gelap?  Berani  betul  hari  ini.  Aku  lihat  pula  kearah  Lelaki  Bayang, InvisibleGirl  dan  IceMan.  IceMan  salah  satu musuh  aku  yang  pernah  kalah.  Nampaknya  kini  dia  bekerjasama  dengan  Lelaki  Bayang.
Belum sempat aku bersedia,  tiba-tiba  Iceman  datang  menumbuk  perutku.  Tumbukan  Iceman  menyebabkan  separuh  badanku  beku.  Tapi tidak apa selagi   tangan  aku  masih boleh  bergerak.  Menurut  sains  lawan  ais  ialah  haba.  Tanpa  berlengah  aku  menggerakkan  tanganku  dan  memancarkan  haba  kearahnya. 
“Satu tumbang. Dua lagi.”  Lelaki  Bayang  ketawa  lagi.  Aku  tahu  dia  hanya  mempergunakan  Iceman  bagi  melengahkan  masa.  InvisibleGirl  sudah  hilang?  Jangan  cakap  dia?  ‘aduh!’, serangan dari belakang. Macam mana boleh hari ini aku tak nampak dia?
“Putera  Misteri,  kalau kau  fikir  InvisibleGirl  tidak  hebat,  Kau  silap. Sekarang,kau  tidak  dapat melihatnya  bukan?”  Dia  seperti  dapat  membaca  fikiranku. 
            Aku  memejamkan  mataku,  memfokuskan  mindaku.  Ikut  kata  hati  dan  aku  menggerakkan  tanganku  sekali  lagi  dan  aku  terus  menyimbah  cat  kearah  invisiblegirl.  Tepat!  Akhirnya  aku  ketawa  lucu.
“Ini bukan  invisiblegirl,  macam  hantu  saja  aku  tengok.”
“Euuww.  Oklah  I  mengaku  kalah.  You  pulalah  lawan  dia.”  Invisiblegirl  terus  berlalu  keluar.  Tetapi  Lelaki  Bayang  masih  tersenyum.  Yakin  betul  dia ni.  Dalam  sekelip  mata  keadaan  bilik  yang  gelap  bertukar  cerah  dan  kami  berada  ditempat  lain.  Lelaki Bayang mempunyai alat kawalan untuk mengawal keadaan.
Ular  Bayang  sudah  berada  di  hadapan  mata.  Aku  sudah  terpegun  ditempat  asal.  Bukan  kerana  takut  ular   bayang  tapi  kerana  Lelaki  Bayang  sudah  dapat mengawal  pergerakan  diri  ini.  Fikir  Adam  fikir  macam  mana  nak  lepaskan  diri  ini.  Masa  sudah  kesuntukan!   Ular  Bayang  sudah  melilit  badanku  hingga ke  leher  menyebabkan  aku  sukar  untuk  bernafas.  Kalau  dia  boleh  gerakkan  aku  tapi  dia  tak  nak  kenapa  aku  tidak?  Bayangan  kami  saling  bergabung  jadi  aku  perlukan  lebih  tenaga  untuk  menggerakkan  tangan  nak  merosakkan  alat kawalan  yang  berada  ditangan  Lelaki  Bayang. 
Dalam  sekelip  mata  latar  belakang  yang  cerah  kembali  kelam  seperti  asal.  Aku  segera  meluru  kearah  Lelaki  Bayang.  Badannya  aku  tendang  kasar  menyebabkan  dia  jatuh  ke  lantai.  Aku  meletakkan  kakiku  keatas  badannya  pula  bagi  memaksa  dia memberitahu   kedudukan  Maya  sekarang.
“Dia.Dia…Dia.Ada  di  bangunan  sebelah. Di  salah  satu  tingkat.  Baik  kau  cepat  masa  berjalan.”  Nampaknya  dia  memang  tidak  mahu  memberitahu  kedudukan  sebenar  Maya  dan  aku  segera  memetik  jari  untuk  ke bangunan  sebelah.

******
Satu  demi  satu  tingkat  aku  terjah  tetapi  masih  tidak  menjumpai  Maya.  Akhirnya  aku  menjumpai  Maya di  bumbung  bangunan.  Aku  tidak  berani  mahu  mendekatinya,  bimbang  sekiranya  Maya  dapat  mengenalpasti  siapa  diri  ini.  Dari  jauh  aku  memfokuskan  jari  kearah  wayar  yang  berselirat  di  badan.  Aku  yakin  dan  pasti  wayar  yang  tepat  adalah  yang  berwarna  biru.  Hal  ini  kerana  aku  sering  melihatnya  di  televisyen.  Maaf  Maya  kalau  aku  silap.  Kalau  bom  tu  meletup  kita  mati  bersama  ya?
Seperti  yang  sudah  dijangka,bom  itu  berhenti  serta-merta.  Dari  jauh  juga  aku  cuba  memotong  tali  yang  mengikat  tangan  dan  kakinya.  Selesai  sudah  misiku, sekarang  aku  harus  pulang.
“Tunggu!” Maya  menjerit  dari  jauh  menghalang  aku  daripada  memetik  jari.
“Siapa kau?”
“Putera  Misteri.  Kadang-kadang  yang  misteri  biarlah  ia  tetap  misteri  kerana  sesuatu  kebongkaran  itu  pasti  lebih  menyakitkan.”kata-kata  akhirku  sebelum  aku  menghilangkan  diri.
Maya  berjalan  kearah  tempat  berdirinya  Putera  Misteri  tadi.”Bunga?” Dia  menghidu  bunga  tersebut.Wangi!
“Siapa pun  kau.  Aku  tetap  mahu  berterima  kasih.”
----TAMAT---

Secret Note : Masuk pertandingan ni..Hahaha..Sungguh tak boleh blah... Tak jadi langsung... 

No comments:

Post a Comment