Wednesday, July 03, 2013
Aku, cerpen dan novel
Assalamualaikum...
Aku memang suka menulis cerita. Cerpen khususnya. Hal ini demikian kerana aku dapat mengespresikan perasaan,keinginan dan angan-angan aku di situ. Dan perkara yang paling BEST dalam menulis cerpen adalah kita dapat meletakkan diri kita sebagai watak utama di dalam cerpen.
Tapi aku tidaklah sebegitu. Sifat watak jauh berbeza dengan diriku ini.
Semenjak dua menjak ni banyak pula idea datang mencurah-curah. Tapi aku tidak ada masa kerana game lebih menarik minat aku. Jadi aku pendamkan cerita tersebut dalam otak.Jangan ikut cara aku sebab mengikut nasihat penulis novel terkenal. Kita perlulah menulis idea tersebut di dalam buku nota supaya apabila kita berkesempatan mahu buat baru buat. Kalau tak catat,lama-lama dah lupa dah tak boleh tulis. Siapa yang rugi?
Tajuk dah ada tapi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan...k...
Tapi buat masa sekarang aku terfikir 3 cerita. 2 cerpen dan 1 lagi nak try jadi novel ke-2 aku.
Cerpen tu dah tamat dalam kepala aku tanpa ada konflik or whatever sebab aku jenis yang suka buat ending saja...
dalam komputer aku telah save 2 cerpen yang tertangguh hasil keinginan nak masuk pertandingan tak kesampaiaan.Kalau rajin aku siapkan...
Jangan kata mood menulis mood membaca novel pun tidak ada. Percaya atau tidak aku berjaya peram novel SUAMI AKU USTAZ dalam almari selama 1 BULAN. Selalu cepat saja aku grab novel sampai benda lain pun tak ingat. Ohh, catat rekod baru rasanya sebab hari tu novel SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! tak sampai sebulan pun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THIS WEEK,, sebenarnya saya isteri dia last episod!.. :)
ReplyDeleteYaa... tak sabar!!!
Delete