Wednesday, September 11, 2013

Hadiah dari blogger


Itu hadiah yang aku dapat daripada Kak Mirza. Cantikkan?

Waktu mula-mula aku diumumkan sebagai pemenang Kak Mirza just minta alamat je. Aku sering tertanya-tanya dia tahu ke nak letak warna apa? *Maaf kak kerana meraguimu..hehe..*  So,aku bagi alamat jelah sebab cikgu BI aku cakap ni bukan sejarah yang boleh letak berapa banyak jawapan yang kita suka..[ada kena-mengena ke?]

Bila first time tengok hadiah ni. Aku jatuh cinta. Cantik sehh! Pink + Green . Teringat pula dekat tema blog aku bulan lepas. Tema tu aku guna sebulan je sebab tangan dah gatal nak edit blog. So, nak  buat macam manakan?

Tema purple + putih rasanya tema paling lama aku guna sepanjang aku berblogging ni.

Sebenarnya hadiah tu dah sampai minggu lepas.Pada waktu nak maghrib . erk? hehe.. sebenarnya aku tak tengok peti surat pun. Mak aku yang tengok. Biasalah selalunya kalau aku tengok tak ade ong. Barang tu mesti tak sampai dan tak sampai. Aku yang stress. Nasib kawan aku tanya kawan baik dia balik.Rupanya dia belum hantar. Ciss, dia mempermainkan aku! Sabarjelah.


Sudahlah dapat hadiah ,direview lagi..hehe..Saya suka..saya suka..

Jom kita terjah Blog Dia..Mari..mari..

5 comments: