Saturday, September 14, 2013

Jujur atau lurus bendul?



Kisah ini berlaku pada hari selasa yang lalu. Entah kenapa aku asyik teringat je peristiwa ni dan aku rasa macam aku ni jujur ke lurus bendul sebenarnya?

Al-kisahnya bermula apabila pada hari selasa cikgu nak buat discussion essay. budak kelas aku dah ada group tapi aku tak ada group sebab hari jumaat aku tak datang sebab hantar kakak aku pergi U. Mula-mula bila tanya cikgu , cikgu cakap masuk je mana-mana group dan aku masuk group dengan Aminah. Tapi malangnya group tu dah 5 orang so kalau termasuk aku jadi 6 orang. Jadi cikgu tak nak. Diorang pun halaulah aku dari group tu. Datang tak dijemput , dihalau pula tu! Sedih gua.

Cikgu suruh aku cepat. Panggil nama penuh aku lagi. Disebabkan nama ayah aku unik. Dalam aku tengah kelam-kabut .Cikgu pun teringat abang aku. Cikgu siap cakap dulu abang aku 'muka toye'.Then cikgu tanya.

Cikgu : Abang awak buat apa?
Aku : Belajar
Cikgu: Belajar kat mana?
Aku : Politeknik
Cikgu : politeknik mana?
Aku : Seberang Prai.

Nampak tak bertapa malasnya aku nak menjawab soalan. Bukankah lebih senang kalau aku jawab "dia sekarang belajar di PSP."

Tapi itu bukan point kat sini. Tiba-tiba cikgu tanya soalan cepumas.

Cikgu : Abang awak ada girlfriend?

Aku angguk. Then cikgu ulang balik soalan tu lagi. Aku jawab ya dan angguk dengan penuh yakin.

Cikgu : Hebat A_ _ _ _ sekarang! Kirim salam kat abang awak ye.

Then aku terdengar suara sumbang dari group lain.

Syahirah : APalah HAJAR ni!
Aku : *pandang belakang sambil buat muka selamba* Jujur!

Dedor juga aku kalau cikgu tanya dengan lebih lanjut . Manalah tiba-tiba cikgu nak tanya girlfriend abang aku budak mana,nama siapa , diorang kenal kat mana, bla..bla..bla..
 
Balik rumah terus aku bagitau mak aku. Mak aku gelak je. Then mak aku gi cerita kat kawan dia. Alamak! Aku suruh cerita kat abanglah! Then mak aku cerita jugalah abang melalui telefon . aku tak tahu apa reaksi dia sebab aku pergi menyorok dalam bilik. Lepas habis mak cakap dalam telefon aku tanya mak aku yang abang aku cakap apa pasal tu. Mak aku cakap tak cakap apa-apa. Mak aku cuma cakap abang aku kata "Habislah abang kalau cikgu tanya semua tu!" mean semua pertanyaan yang aku risau cikgu tanya.. hehe...

 #UPDATE : rupanya Syahirah cakap kenapa tak bgitau die? [kenapa aku dengar lain?] mungkin soalan cikgu tu memang superb kot.seram sejuk aku dibuatnya..haha...  ok,aku jawab soalan kau. "sebabnya kau tak pernah tanya."

8 comments:

  1. Haha, dlm diam2 cikgu tu Cuba skodeng..hehe
    Sy pun kdg2 'blurr' jugak. Org dah habis gelak, sy bru nk gelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah pasal...

      Kalau saya bab gelak cepat..hehe.. >_<

      Delete
  2. Replies
    1. ok..ayat tu aku cipta sendiri...
      Aku lupa dialog kau. tapi lebih kurangkan?hee...

      Delete
  3. Replies
    1. kalau cikgu tahu ade org puji mesti bangge ni..hehe..

      Delete
    2. jgn bg tau dia..kang kembang semangkuk dia :D

      Delete
    3. hee..memang confirm2lah tak bagi tau.. nanti cikgu korek rahsia lagi.habis..haha...

      Delete