Monday, October 07, 2013

Boleh cadangkan tajuk tak?

 Assalamualaikum...

Hai esok PMR right? seram woo..belum study lagi,belum sedia lagi. Habislah aku. Hey guys wish me luck for PMR..k... *intro minta penampar* Good Luck kepada adik-adik batch '98. Do your BEST. Kalau tak boleh jawab hentam je,janji kertas tak kosong. Bila mengimbau kenangan balik akak rasa akak pun tak study..haha.. Kawan akak cakap kitorang banyak buat latihan tu yang boleh jawab tu. Yes,time PMR aku buat cara lain.Kalau periksa biasa pulun dok menghafal.Time PMR watlek,watcool,wat peace. Sebelum masuk dewan baca doa banyak-banyak. Tak lama seminggu je pun. Tengok-tengok dah habis PMR. Dah habis tu yang syok tu.

Ok,sebenarnya.Aku nak minta tolong bagi cadangan tajuk untuk bakal novel aku. Tak tahulah akan buat atau tak. Sebenarnya dah lama rancang sebelum periksa pertengahan tahun. Cakap lepas mid-yearlah last-last sampai habis UF pun belum buat. Ni cadang nak buat lepas akhir tahun. Kalau kawan aku tau ni mesti bising punya...haha...Oklah ni sinopsisnya..



Sinopsis.
Fareez Fazreeq pulang dari Paris dengan hati yang kecewa. Persahabatannya dikhianati oleh seorang yang baru dikenali. Seseorang yang membuatkan dia percaya erti sebuah persahabatan, seseorang yang membuatkan dia yakin untuk memulakan hidup baru. Tapi kerana seseorang itulah jugalah membuatkan Fareez Fazreeq semakin tidak percaya kepada insan yang bergelar wanita. Pelik, itulah perkataan yang sering terluah di benak fikirannya. Kenapa dalam banyak-banyak masalah yang muncul dalam hidupnya kenangan singkat bersama wanita itu yang sering muncul difikiran? Kenapa harus muncul wajah itu disaat hatinya suram? Kenapa kenangan itu yang sering menjadi penghibur harinya?

Dan bagi Stella, lelaki itu membuatkan hidupnya lebih bermakna. Lelaki itu membuatkan dia kenal apa itu cinta pandang pertama. Dia tetap merindui senyuman dia, hari-harinya hanya ditemani kenangan singkat bersamanya di kota cinta. Rindu itu menyakitkan tetapi tak sesakit hatinya dihari terakhir pertemuan mereka. SUngguh luka dihati masih berdarah. Menatap wajah jejaka itu membuatkan dia puas walaupun hanya melalui kamera miliknya. Stella tidak pernah berhenti berharap untuk menemuinya walaupun untuk kali terakhir tetapi dia sendiri tidak pasti adakah dia benar-benar sanggup bertemu dengan lelaki tersebut ataupun membiarkan dirinya terus berharap.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Adakah perasaan rindu itu perlu mereka buang sahaja ? Adakah perlu mereka semadikan perasaan cinta yang mula hadir dihati mereka? Mungkinkah kekuatan cinta membuatkan mereka bersatu?



Kalau boleh aku nak tajuk yang catchy ,simple tapi menarik.Dah ada tajuk baru semangat buat.Yeyeoo jek..haha..

#Entry pertama dibulan baru,dah lama aku update blog. Ada GA yang simple tak? boleh share link. kalau rajin aku join. Janji simple.

4 comments:

  1. how about 'Kerana Semalam' . Singgah melawat. jom singgah blog sy www.samdia.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks ye..cadangan akan dipertimbangkan... Ok dah singgah.Nice blog.. ;)

      Delete
  2. "Demi sebuah cinta"..? sounds cheesy haaa..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...Cadangan masih dalam pertimbangan..hehe ;)

      Delete