Sunday, January 26, 2014

Kisah Hawa dan Chubby



Hawa menyanyi dengan gembira semasa pulang dari sekolah. Langkah tiba-tiba terhenti di tengah jalan bagaikan ada tembok besar yang menghalangnya untuk meneruskan perjalanan. Matanya tertumpu pada suatu sudut, Hawa tersenyum dan kakinya melangkah ke situ.

“ Comelnya!” Hawa sudah memeluk-memeluk patung yang berbentuk kucing, berkepak, lembut lagi selesa untuk dipeluk. Sekali imbas persis Milo. Mungkin kembar Milo tetapi versi patung, maklumlah Milo sudah mula dikenali dan digilai oleh anak-anak gadis sekarang.

Tanpa berfikir panjang Hawa membawa patung itu pulang kerumah.

“ Mana kamu jumpa patung ini Hawa? Inikan milik orang, kita tidak tahu siapa punya. Mana boleh ambil sembarangan. Sudahlah patung ini kotor, mesti sudah banyak kuman yang sedang berpesta pada badan kamu.” Puan Aisah sudah mula membebel.

“ Hawa jumpa di tepi jalanlah ibu. Maksudnya tuan dia dah tidak mahulah. Jadi lebih baik Hawa ambil dan simpan.” Untuk kali ke berapa Hawa mencium patung tersebut.

“ Ibu mahu kamu buang patung itu.” Puan Aisah menggunakan kuasa veto yang ada. Muncung Hawa sudah panjang sedepa. Hai… sudah boleh buat ampaian dengan mulut itik dia itu.

--------------------

Hawa menggosok-gosok badan patung yang dijumpainya itu dengan perasaan geram. Dia masih marah dengan Puan Aisah kerana menyuruh dia membuang patung tersebut.

‘ Kalau basuh dengan sabun nanti wangi dan tidak kotor lagilah Chubby ini.’ Getus hati Hawa. Chubby, nama yang diberi buat patung tersebut. Kalau boleh mahu sahaja dia meletakkan nama Milo Berbulu Pelangi, tetapi nanti takut dimarahi ‘merompak’ oleh Kak Izanor Permaisuri Biru yang comel molek itu.

“ Hawa janganlah gosok kuat sangat. Habislah bulu-bulu saya yang gebu ini.” Disebabkan terkejut, Chubby terpelanting dari tangan Hawa dan tercampak ke dinding.

“ Aduh, sakitnya. Sampai hati awakHawa. Habislah patah tulang-tulang saya.” Chubby mendekati Hawa sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa sengal. Betul-betul menggerunkan.

“ Chubby? Awak boleh berjalan? Boleh bercakap?” Hawa sudah mula teruja. Nampaknya tidak sia-sia dia berkeras mahu menyimpan Chubby. Bukan Chucky si patung berhantu itu.

“Saya juga boleh terbang.” Chubby sudah mula terbang menggunakan sayapnya. Sayap Chubby seperti Milo yang comel itu, tetapi cuma warna yang berlainan.

--------------------

“Awak bukan Milo? Milo kembar awakkah? Apa keistimewaan awak? Kenapa awak jadi patung kemudian boleh bergerak pula?” Hawa bertanya pelbagai soalan kepada Chubby. Chubby sudah mula rimas apabila asyik disoal siasat tidak ubah seperti dia penjahat kerana dia bersalah kerana telah mencuri ikan goreng. Laparnya... tiba-tiba perut Chubby mula mengeluarkan lagu yang bertajuk Lapar.

Kriuukkkk, lapar...~~

Lagu yang berbunyi perut Chubby membuatkan Hawa tergelak. Patung pun rasa lapar? Biar betul, tidak percayalah! Boleh berjalan, bercakap, makan pun boleh! Hebat betul! Entah-entah Chubby ini Milo yang menyamar agaknya.

“Chubby, merdu betul lagu yang berbunyi itu. Awak lapar? Mahu makan apa?”

“Saya tidak makan sembarangan. Kalau awak paksa dan mahu belanja bolehlah KFG, McDanial, Burger Queen dan PizzaHome. Air pula semestinya sedap lagi lazat seperti Kopee, Tih Tarek... barulah kenyang perut comel saya!” Chubby memberitahu penuh rasa bangga. Amboi! Semua makanan segera yang diminta. Air pula Kopee dan Tih Tarek. Mana tidak tembam Chubyy comelku!

--------------------

Jepun

“ Selamat datang ke Jepun. Jika mahu pa-apa cakap sahaja dengan saya.” Ramah Doremi menyambut para tetamunya.

Hawa terlopong dengan segala yang dilihat. “ Hawa tutup mulut itu, nanti lalat atau tebuan masuk tertelan susah pula jadinya. Pipi Doremi juga menjadi mangsa cubitannya. Malahan pipinya sendiri sudah ditampar berkali-kali, tetapi Doremi masih lagi berada di hadapannya.

“ Hawa sudahlah tu. Awak tidak mimpilah. Ini kenyataan. Jadi awak sudah percaya dengan kehebatan saya?” Chubby menggeleng kepala melihat telatah Hawa yang tidak ubah seperti ‘rusa masuk ke dalam kampung.’ Kesian Doremi jadi mangsa. Dia membawa Hawa ke sini setelah Hawa memperlekehkannya, mahu makan pun tak senang. “ Chubby tidak ada magis, Chubby hanya tahu makan.” Geram pula rasanya dan akhirnya dia menyuruh Hawa memberitahu impian dia. Hawa mahu berjumpa dengan Doremi? Kerja mudah sahaja. Seperti menggoreng kacang, oh tetapi goreng kacang lebih susah, kerja mudah seperti petik jari sahaja!

“ Doremi, bolehkah saya meminjam poket magis awak yang hebat lagi comel?” soal Hawa penuh mengharap. Siap dikelipkan matanya lagi seperti kucing siam. Hidung seperti gunung. Sungguh comel muka Hawa pada ketika itu.

“ Mana boleh! Poket ini tidak boleh digunakan oleh sembarangan orang! Bahaya!” Doremi menggeleng kepala sambil mengjuihkan bibirnya yang bewarna merah jambu itu. Sungguh comel!

“ Chubby juga kata dia tidak boleh makan sembarangan! Makanan hebat-hebat seperti KFGlah, PizzaHomelah tetapi apabila saya memberi masakan ibu terus senyap.” Hawa mengungkit kembali kejadian yang berlaku sebelum mereka sampai kes Jepun. Sabar sajalah Chubby! Nasib baik awak comel seperti Milo patung idaman saya, kalau tidak saya tarik rambut ‘ maggie slurp’ awak!

Hawa berfikir mahu meminjam poket Doremi yang serbaguna itu supaya urusan hariannnya menjadi lebih mudah. Dia tidak perlu bersusah payah berlari setiap hari untuk kesekolah jika terlewatbangun. Oh, baguslah Doremi tak meminjamkan poketnya, rupa-rupanya ada udang di sebalik mi!

Hawa memerhatikan Doremi dan Chubby. Mereka dari spesis yang sama iai tukucing. Bezanya, Doremi merupakan kucing robot yang tidak punya telinga dan Chubby kucing pelik yang tidak tahu dari mana asal-usulnya. Mungkin dari Hutan Dongeng ataupun Dongeng Sri Salju. Mesti tanya Permaisuri Biru yang comel itu. Hawa akan menghubungi Permaisuri Biru dengan segera!

“ Chubby boleh tak awak bawa saya jumpa Conen, Hakimaru, Naruto Sharipuden , Shin Chan dan semua watak anime?” Hawa membuat muka comel gwiyomi. Artis gwiyomi pun mesti kalah lawan tahap kecomelan Hawa yang lebih comel berkali ganda.

“ Tak boleh!” Chubby laju member keputusan. Dia mejeling tajam. Tidak tergoda langsung dengan muka comel Hawa seperti gwiyomi. Sedangkan dia adalah peminat setia gwiyomi!

“ Bolehlah Chubby. ” Hawa memujuk. Kali ini, dia berpura-pura merajuk. Huh! Hawa ini boleh tahan juga seperti Nora Danish yang pandai berlakon. Betul-betul hebat lakonannya. Malangnya, Chubby membuat tidak tahu sahaja.
“Saya cakap tak boleh. Tak boleh!” Chubby meninggikan suaranya. Hawa…Hawa… orang sudah kasi gula nak garam. Mengada sungguh!

--------------------

Korea

Chubby menggeleng kepala berkali-kali. Permintaan Hawa kali ini mahuke Korea berjumpa dengan Joong Ki. Katanya dia minat dengan Joong Ki apabila rakan Blinkers semua memperkatakannya. Siapalah yang membawa pengaruh tersebut kepada Hawa ,ya?

“Joong Ki? Bukannya comel jika mahu dibandingkan dengan saya yang tembam, gebu dan comel ini.” Chubby mengomel, cemburu. Hai Chubby masuk troli tolak sendiri, ya? Aunty Feng pun tak angkat bakul, menyuruh orang lain bawakan.

Hawa berbual-bual kosong dengan Joong Ki. Bertuahnya diri apabila boleh berbual mesra dengan JoongKi, artis korea kegemarannya, tetapi dia sentiasa berasa aneh. Joong Ki kacak, bergaya tapi dia seperti sedikit tua.

“Sekarang tahun berapa?” tiba-tiba Hawa menyoal denganrasa yang pelik lagi musykil. Kenapa semuanya dia rasakan seperti mimpi sahaja! Tidak mengapa dia akan menanyakan rakan yang bermuka seperti Joong Ki, kawan baiknya. Irmar.

“ Tahun 2030. ” Setelah mendengar tahun yang keluar dari mulut Joong Ki membuatkan Hawa terlopong seperti Terowong Lembah Hanuman yang besar lagi luas, tetapi gelap gelita.

Chubby tidak henti-henti ketawa walaupun Hawa sudah muncung beberapa meter. “ Mahu buat macam mana tahun 2013 Joong Ki masuk Kem Tentera, jadi kita tidak boleh kacau. Tahun 2030 bolehlah awak dapat jumpa Joong Ki. Awak sepatutnya berbangga sebab dapat melihat wajahnya. Tunggulah 17 tahun akan datang. Tidak lama...” Kata Chubby selamba.

--------------------

“ Chubby kalau kita ke alam dongeng pula boleh? Saya teringinlah jumpa dengan para puteri. Bolehya?” Pinta Hawa. Banyak sungguh permintaannya! Bosan betul Chubby.

“ Saya malas mahu melayan awak lagi. Awak asyik minta itu dan ini sahaja. Lebih baik saya jadi patung balik.” Balas Chubby.

Hawa mengajuk percakapan Chubby tetapi melihat Chubby sudah menjadi patung semula membuatkan Hawa mengeluh. Dia baru merancang mahu lihat suasana alam dogeng dan manalah tahu dia boleh jumpa putera idaman di Dunia Dongeng? Kalau jodoh dia dengan putera di alam dongeng nak buat macam mana? Redha sajalah. Hawa sudahlah berangan! Awak tu baru umur 12 tahun.

Hawa merenung Chubby lama. “ Chubby ini saya baru minta sikit awak sudah malas layan saya.” Ujar Hawa. Dia berasa bosan apabila Chubby tidak berbual dan bergaduh dengannya.

Tiba-tiba Hawa mendapat satu akal. Dia mahu mengabdikan kenangannya bersama Chubby dalam bentukcerpen. Kebetulan Projek Penulisan Blinkers sedang mengadakan pertandingan cerpen. Hawa terus kemeja belajarnya dan menuliscerpen di laptop biru dan merah jambu kesayangannya.

Jam sudah menunjukkan angka 12.00 tengah malam. Namun Hawa masih lagi tidak tidur.

“Akhirnya siap!” Hawa menguap dan terus kekatil saiz king miliknya yang bercadar biru dan merahjambu yang comel itu.

“Selamat malam Chubby.” Hawa terus terlena kerana kepenatan.

Chubby melihat Hawa sedang lena tidur. “ Saya bukan tidak mahu tunaikan impian awak untuk ke dunia dongeng tetapi magis saya belum hebat untuk ke sana. Bukan saya tidak mahu bawa ke negara lain tetapi saya pasti impian awak untuk menjelajah dunia nanti akan tertunai dengan usaha awak sendiri.”

“ Hai Blinkers, seronok tak kisah kami? Persahabatan itu penting tau tidak kisahlah sahabat awak tu macam mana sekali pun. Macam saya dan Hawa, kami dari spesis yang berbeza tetapi saya tetap sayang Hawa. Oh ya, tolonglah like untuk cerpen ini. Chubby harap A to Z boleh menang cerpen berkumpulan. Chubby pun doakan kejayaan kumpulan yang lain. Chubby dah mengantuk, Chubby tidur dulu ya? Eh, Chubby lupalah tolong sampaikan salam buat Kak Izanor yang comel tu. Selamat malam.” Chubby bergerak menghampiri Hawa dan dia turut terlena di sisinya.

----------TAMAT----------



4 comments:

  1. Panjangnye citer..pnat baca...hehe ... boleh tahan kisahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana bersusah payah membaca kisah yg panjang ni.
      Terima kasih atas komennya. ^^

      Delete
  2. boleh jd penulis la lepas nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.Insya-ALLAH. Itu ada dlm shortlist cita-cita..

      Delete