Nadzirah termenung diatas katilnya.Dia teringat akan Syafiqah iaitu sahabat baiknya ketika di tingkatan 1.Syafiqah adalah murid yang baik dan pintar. Dia juga mempunyai ciri-ciri wanita solehah selain cantik dan berbudi bahasa
Imbasan lalu…
Pada awal persekolahan,ketika di tingkatan 1 semua mata tertumpu kearah Syafiqah mungkin terpegun dengan kecantikkannya ! Syafiqah memakai pakaian yang rapi dan bertudung labuh.Nadzirah dan Syafiqah belajar di dalam kelas yang sama dan mereka duduk bersebelahan
“Assalamualaikum”sapa Syafiqah.
Nadzirah terkejut dan segera berpaling kearah tuan punya suara
“boleh saya duduk di sini?”Tanya Syafiqah sopan
Nadzirah hanya mengangguk tidak berkata apa-apa
“terima kasih”ucap Syafiqah. Tapi Nadzirah seperti acuh tak acuh sahaja
“nama saya Syafiqah. Awak boleh panggil saya eiqa”Syafiqah cuba mesra dan berkenalan dengan Nadzirah. Baru sahaja Nadzirah hendak memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba guru kelas mereka masuk ke dalam kelas
Pada waktu rehat pula,Nadzirah segera ke kantin. Dia langsung tidak memperdulikan Syafiqah
“hai awk,nama saya Emilia”sapaan Emilian telah menghentikan lamunan Syafiqah.
“apa yang awak termenungkan?”Tanya Emilia
“tak ada apa-apa”jawab Syafiqah yang cuba menyembunyikan pelbagai pertanyaan yang bermain difikannya.
“nama awak siapa?”Tanya Syafiqah
“nama saya Emilia”
“nama saya Syafiqah,awak boleh panggil saya eiqa”
“ok. Jom lah kita pergi kantin. Awak tak lapar ke?”Tanya Emilia
“Lapar juga”
“kalau macam gitu jomlah kita kekantin”Emilia mengajak sekali lagi dengan penuh bersemangat
Di kantin ,Emilia dan Syafiqah pergi membeli makanan. Syafiqah terpandang Nadzirah. Nadzirah duduk seorang diri tanpa teman. Syafiqah bertanya”awak kenal tak budak tu?”sambil menunjukkan jarinya kearah Nadzirah
“oh itu Nadzirah.eh,diakan duduk sebelah awak tak akan awak tak tahu pula?”Syafiqah hanya menggelengkan kepalanya
“dia tu memang macam gitu,tak mesra alam langsung. Dulu dia satu sekolah dengan saya. Dia merupakan antara murid-murid yang bermasalah”jelas Emilia tanpa ditanya oleh Syafiqah
“kenapa begitu?”soal syafiqah yang hendak mengenali Nadzirah dengan lebih lanjut lagi.
“tak tahulah masalah dia apa tapi yang pasti,dia tu malas nak buat kerja sekolah”
Kring!kring!
"alamak!waktu rehat dah tamatlah . jom kita ke kelas nanti dimarahi guru pula"
*****
"Nadzirah kenapa awak tidak menyiapkan kerja yang saya berikan?"marah cikgu Azmi
Nadzirah hanya diam.semua mata tertumpu kearahnya.
"jadi betullah apa yang dikatakan Emi hari tu"Syafiqah berkata dalam hati.dia agak kasihan terhadap Nadzirah awal tahun persekolahan sudah dimarahi guru
"baik awak beri jawapan yang munasabah kalau tidak saya denda awak berdiri di luar"cikgu Azmi memberi amaran.Api kemarahannya sudah membuak-buak apabila Nadzirah tidak menunjukkan sebarang respon
"baik kalau macam tu,awak berdiri di luar sampai waktu saya tamat"arah cikgu Azmi.Nadzirah berjalan menuju keluar kelas dengan wajah yang selamba.
selepas tamat waktu cikgu Azmi,Nadzirah segera masuk ke dalam kelas .Syafiqah sudah pun meletakkan sebuah nota yang lengkap di atas meja Nadzirah.hati Nadzirah tersentuh.terharu mungkin.kalau di sekolah rendah dahulu jika dia disuruh berdiri di luar pasti mejanya kosong.tiada nota.tiada seorang pun yang sudi membantunya tapi kini berbeza. syafiqah sudahpun membantunya
"terima kasih eiqa"kata Nadzirah perlahan tetapi suaranya sampai ke telinga syafiqah. Syafiqah berpaling ke arahnya dan menghadiahkan senyuman kepadanya.
semenjak peristiwa itulah Syafiqah dan Nadzirah berkawan baik
*****
"eira saya ada benda hendak bagitahu awak"kata Syafiqah
"apa dia?cakap jelah"kini pelbagai persoalan muncul di fikirannya.
"ayah saya telah di naikkan pangkat dan kami terpaksa berpindah"
"maksud awak kita terpaksa berpisah?"tanya Nadzirah air matanya mula menitis
syafiqah mengangguk.dia turut menangis
"bila awak akan berpindah?"Nadzirah memberanikan diri untuk bertanya
"minggu depan"
"kenapa awal sangat?"
"kami turut berpindah rumah,jadi kami kena kemas rumah"
pin!pin!
ayah Syafiqah membunyikan hon keretanya
"oklah eira,jumpa esok ye!"Syafiqah berlari meninggalkan Nadzirah sendiri
Syafiqah melambaikan tangannya kepada Nadzirah tetapi Nadzirah tidak membalas ,matanya hanya mengekori kereta yang dinaiki oleh Syafiqah
keesokan harinya Nadzirah tidak hadir ke sekolah hari berikutnya juga begitu.Syafiqah risau!dia mengajak bapanya ke rumah Nadzirah
"Eira,awak sakit sebab saya ke?"tanya Syafiqah.Nadzirah hanya menggeleng walaupun sebenarnya benar.sejak Syafiqah mengatakan bahawa dia akan berpindah ,Nadzirah tidak selera makan dan sering menangis
"habis kenapa mata awak bengkak?"soal Syafiqah lagi
Nadzirah diam tidak berkata apa-apa . bapa Syafiqah hanya melihat dua sahabat itu.hatinya tersentuh.sayu melihat dan mendengar kata-kata dua sahabat itu.air mata Syafiqahmenitis,dia sedih melihat sahabatnya.adakah keadaan Nadzirah begini dia akan meninggalkan Nadzirah?
Nadzirah memejam matanya,melayan perasaannya sendiri. tidak tahan rasanya hendak melihat sahabatnya itu
"akak,mari balik,sayang!"ajak bapa Syafiqah
"Eira,saya balik dulu ya,semoga awak cepat sembuh!"kata Syafiqah dan segera meninggalkan Nadzirah
*****
"ayah..."Syafiqah memanggil bapanya tetapi tiada jawapan
"ayah...!"Syafiqah memanggil sekali lagi
Encik Azman memandang Syafiqah sekilas kerana dia sedang memandu kerata.
"boleh tak kalau kita pindah bulan depan?sebab bulan depankn bulan 12,jadi kita masih sempat untuk mengemas rumahkan?"otaknya sempat berfikir,jika dia berpindah bulan hadapan.dia masih berpeluang berjumpa dengan Nadzirah 2 minggu lagi.Encik Azman memandang kearah anaknya dengan penuh sayu
"nanti ayah fikirkanlah ya sayang!"
"hooray!!"Syafiqah bersorak kegembiraan
"tapi ayah tak janji tau"Encik Azman menyambung kata-katanya
"alah!"Syafiqah memuncungkan bibirnya tanda protes.encik Azman tersenyum melihat telatah Syafiqah
kalau tak mesti esok akan jadi hari terakhir dia berjumpa Nadzirah
*****
"akak,mari sini sayang!"panggil Encik Azman.Syafiqah yang sedang bermain dengan adiknya pergi ke arah ayahnya.Encik Azman mengaangkat Azlina ke ribanya manakala Syafiqah duduk bersebelahan Encik Azman
"ada apa ayah?"soal Syafiqah
"akak masih dengan kata-kata akak dalam kereta tadi ke yang hendak berpindah bulan depan?"soal Encik Azman.Syafiqah mengangguk
"ayah dah fikirkan dah.dan ayah setuju"
"hooray!!"Azlina turut mengikut kata-kata kakaknya.encik Azman tersenyum melihat gelagat mereka berdua
"apahal happy2 ni?"tanya puan Syazlia yang baru keluar dari dapur membawa minuman untuk mereka sekeluarga
"ibu,akak happy sebab kita pindah bulan depan"kata Syafiqah dengan gembira
"la,pasal akak minta pindah bulan depan ke?kenapa akak tak minta supaya tak jadi pindah je?"perli puan Suazlia
"boleh ke kalau akak minta tak jadi pindah?"soal Syafiqah.Encik Azman dan Puan Syazlia ketawa serentak.
*****
"hai Eira ,datang pun awak hari ni!"kata Syafiqah.NAdzirah diam
"saya ada berita nak bagitahu awak ni.ayah saya kata kami akan pindah bulan depan.jadi kita boleh jumpa lagi 2 minggulahkn."Nadzirah berpaling kearah Syafiqah
"betul ke?"
"betul"jawab Syafiqah.Nadzirah tersenyum lebar.baginya dapat berjumpa dengan Syafiqah lagi 2 minggu sudah memadai.pelbagai aktiviti mereka boleh lakukan bersama.
*****
"ayah,boleh tak kalau hari ni akak balik lambat?"tanya Syafiqah
"kenapa akak nak balik lambat?"soal Encik Azman sedangkan dia pasti,Syafiqah mesti mahu meluangkan masa bersama Nadzirah
"akak nak buat aktiviti yang best dengan Eira"
"seperti?"
"macam buat kerja sekolah bersama dengan kalau sempat kitaorang nak main bola jaring.yelah kitaorangkan minat main bola jaring"
"buat kerja sekolah best ker?"
"erk,kalau buat sama-sama jadi bestlahkan?hehe"
"yelah hari ini ayah boleh balik awal .kalau nak . ayah boleh bawa akak dengan Eira jalan-jalan nak tak?"
"nak!nanti akak bagitau Eira"
"Eira,hari ini kita tundalah rancangan kita tu,ayah saya dah offer nak bawa kita pergi jalan-jalan"
"boleh juga,tapi pergi mana?"
"erk,entahlah.lupa pula nak tanya,hehe"jawab Syafiqah.disebabkan terlalu gembira,dia terlupa menanyakan ayahnya kemana mereka hendak pergi.
*****
"Mak,Eira pergi dulu ye"
"yelah,hati-hati ye nak"
"ready?"
"ready sir!"jawab Syafiqah dan Nadzirah serentak
"ready sir!"Azlina turut melakukan hal sama meskipun dia berada di dalam kereta.mereka semua tergelak melihat telatah Azlina
"hari ini kita pergi taman jelah yekita ambil gambar sama-sama.buat kenangan"
"tak kisah!"jawab Nadzirah
"ye.ye.pergi taman!"celah Azlina
"ayah nak ais-krim"minta Azlina
"jom,akak!Eira!mari sini"panggil Encik Azman
"ada apa ayah?"soal Syafiqah setelah dia dan Nadzirah berjaya sampai dekat dengan Encik Azman
"tak nak ais-krim ke?"
"nak!"mereka berdua menjawab dengan penuh bersemangat . encik Azman segera mendukung Azlina manakalaSyafiqah dan Nadzirah hanya mengikut dari belakang
"janganlah jalan dekat belakang,mari ke depan,nanti kalau jadi apa-apa karang"arah Encik Azamn.mereka berlari-lari untuk berada di hadapan Encik Azman
"nak ais-krim ni perisa strawberry"Syafiqah segera menunjuk ais-krim yang diinginkan
"adik nak ais-krim apa?"
"adik nak ais-krim coklat"Encik Azman menunjukkan ais-krim yang sama dengan Syafiqah
"Eira kamu nak ais-krim apa?"
"tak apalah uncle,tak teringinpula"
cakapje lah ,uncle belanja"
tak apalah uncle"
"tang ini 2 ye"sambil menunjukkan ais-krim yang sama dipilih oleh Azlina
"eira,nah!"
"erk,terima kasih uncle"Nadzirah mengambil
*****
"eria esok kita jumpa ya,sebab esok saya dah kena pindah
"em.ok"masing-masing meletakkan ganggang telefon
"eira.saya nak bagi awak ni.kenangan sepanjang kita bersama"Syafiqah memberi NAdzirah sebuah kotak berwarna pink kerana dia tahu Nadzirah meminati warna tersebut
"terima kasih.saya pun nak bagi awak ni"sambil menghulurkan sebuah kotak muzil yang di dalamnya terdapat gelang yang sama di pakai oleh Nadzirah.terdapat juga gambar mereka berdua
"terima kasih,harap kita berjumapa lagi"Syafiqah dan Nadzirah bersalaman dan saling memeluk
"aka mari sayang!kita dah lambat ni"panggil Puan Syazlia
"baik ibu!oklah Eira saya dah kena pergi ni bye!"sambil berlari kearah ibunya.Nadzirah hanya melambaikan tangannya dangan penuh kehibaan.Air mata NAdzirah menitis
*****
Nadzirah balik ke rumah dengan perasaan yang hapa.sedih rasanya kehilangan seorang rakan baik.di rumah NAdzirah segera membuka kotak yang di berikan oleh Syafiqah.di dalamnya terdapat banyak gambar mereka bersama terselit juga sepucuk surat dan batang ais-krim.Nadzirah mengambil batang ais-krim tersebut.tertulis nama mereka berdua dan belakangnya terdapat perkataan 'BFF'
"mungkin ini adalah batang ais-krim tempoh hari"kata Nadzirah dalam hati.perlahan-lahan dia turut mencapai surat yang terdapat di dalam kotak tersebut
Assalamualaikum sahabatku Eira yang dikasihi,
kalau awak baca surat ini mesti saya dah pergi tinggalkan awakkan dan mesti awak dah capai batang ais-krim yang terukir nama kita serta perkata 'BFF'kan?hehe...saya nak minta maaf dengan awak kalau saya ada buat salah dangan awak.kalau boleh saya nak stay je dangan awak.tapi saya tak boleh.saya kena ikut keluarga saya.kalau awak ada masa datanglah rumah baru say.saya dah bagi awakkan alamatnya?so,tak payahlah saya tulis ye..huhu...saya harap dapt jumpa awak lagi and kita still kawan walaupun kita berjauhan.
sahabatmu yang comel,
Eiqa
ye,kita adalah best friend forever"kata Nadzirah
*****
lamunan Nadzirah terhenti.di buka kota yang diberi Syafiqah kembali
Ring!!Ring!!
"huish,siapa yang kacau daun ni"marah Nadzirah
"helo!"kedengaran suara wanita di talian
"helo siapa ni?"tanay Nadzirah
"boleh saya cakap dengan Nadzirah?"
"Nadzirah di sini,ini siapa ye?"
hei Eira.awak dah lupa saya ke?"
"lupa?siapa ni?janganlah main-main"
"pergh!ok ok lah saya chow dulu,sedih bila BFF dah lupakan kitakan.baru 2 tahun tak jumpa!"balasnya
"Eiqa?"
"ya!sayalah tu!"
"Ya Allah Eiqa.awak ke tu.tak sangka awak telefon!apa hal ni?"
"saya nak wish good luck kat awak!yelah esokkan kita nak PMR .buat yang terbaik ok"
"ok,thanks.hope kita do yang best..ok"
"awak tengah study ke?bunyi macam marah je"soal Syafiqah
"taklah.saya tengah berangan tadi"
"oh,mesti awak berangan boy awakkan?"
"hello.Nadzirah still single ok"
"eleh yelah tu"
yelah,saya tengah berangankan awaklah.tak pasal-pasal awak telefon"
"oh.oklah Eira saya chow dulu.ibu saya panggil ni.da~"
"bye!"Nadzirah meletakkan ganggang telefonya dan segera ke katil kembali
"huh!rasa tak puaslah cakap dangan Eiqa,kenapalah ibu dia panggil awal sangat!kitaorang baru je nak berbual"rungut Nadzirah
"Eiqa say doakan kita dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan dapat berjumpa lagi nanti.awaklah sahabat sejatiku dan kau begitu bererti!"Nadzirah berkata sambil tersenyum
-THE END-
created by,
wah..!!!besh.?b0leyh la...
ReplyDeletenext st0ry...~
:)
mana b0leyh tg0k m0od...
ReplyDeletenk 2gu m00d rajen bler..?
t0wl x aq ckp...:)
best la cite ni..touching beb :'(
ReplyDeletenice story :)
ReplyDeleteTadi baca tajuk ingatkan "Erti Sebuah Pengorbanan" Komsas Tingkatan 1 xD
ReplyDeletegood job ~~~ I love it!!! =D
ReplyDelete