Wednesday, July 20, 2011

Diary Mira


Ikram tersenyum sendiri apabila membaca tentang saat pertama perkenalannya dengan Ammira..Entah ini keberapa kalinya dia sebegitu..

5 Jan 2011
Dear diary,
     Hari ni hari pertama Mira sekolah kat sekolah baru.Ada satu perkara yang membuat Mira bengang + malu.. Adalah seorang mamat ni. Nama dia Ikram.Dia orang pertama yang tegur Mira.Mira dengar dia ketua kelas tapi perangai dia macam gila-gila sikit.:)
Mana taknya.Bila Mira masuk kelas dia terus bangun dari tempat duduk lepas tu dia puji-puji Mira siap tunjuk ibu jari dia lagi.Nak tau tak dia cakap apa?Dia cakap macam ni "Cantikkk!!"sambil tunjuk ibu jari.Tau tak Mira bengang sangat time tu.Lepastu Mira perkenalkanlah nama Mira pulak .Dia cakap lagi.."Nama awak comellah macam orangnya" Perkataan ni sangat-sangat buat Mira malu.mana taknya satu kelas ketawa lepas dengar Ikram cakap macam gitu..Mira rasa macam nak lari keluar kelas je waktu tu..:(  
truely,
mira


"gila-gila??"Ikram ketawa sendiri saat dia membaca perkataan tu..Ikram akui yang dia memang agak gila-gila seperti yang dikatakan Ammira"ye Mira aku gila..gilakan kau..."Ikram berkata sendiri.Intan Ammira Balqis nama yang amat sedap didengar ditambah pula perkataan itu keluar dari mulut tuan empunya diri.Dahlah cantik!! hati Ikram semakin bergetar apabila Ammira hanya mampu tersenyum menampakkan lesung pipitnya ketika Ikram berbuat begitu kepadanya.Itulah detik perkenalan pertama mereka.Meskipun suasana agak riuh-rendah tetapi ia tetap manis baginya

10 Februari 2011
 Dear diary,
     Hari ni hari malang Mira . Yelah.Awal-awal pagi lagi nasib tu dah datang.hurm..:( 
Cerita macam gini.Mirakan hari ni datang agak lambat dari biasa.(malang)Jadi Mira jalan agak lajulah ke kelas .Tiba-tiba Mira terlanggar seorang minah ni nama dia Hani.(malang)Ketua kumpulan Wonder Girls.Ceh.nama kumpulan nak sama macam artis k-pop..Tapi yang buat Mira tertanya-tanya adalah... hebat sangat ke diorang?hee..Safura kata diorang hebat..hurm..tapi Mira rasa diorang ni selalu tengok WWE kot..bukan apa.Waktu Mira terlanggar Hani  dia tengah minum air .Lepas tu air tu tertumpah kat baju dia.Jadi dia marah sangat-sangat.Dia terus tolak Mira sampai jatuh(malang).Kepala Mira terhantuk dekat dinding.Sakit tau.Pening kepala Mira waktu tu(malang).Lepas tu baki air tadi dia tumpahkan pula kat atas tudung Mira.habis basah.(malang) Nasib baik Ikram datang.(oh Heroku!! :P) Waktu diorang nak pergi tinggalkan Mira dengan Ikram.Ada ke patut Farah pergi pijak tangan Mira.Sakit tau (malang)kan..kan..kan...betulkan Mira cakap hari ni hari malang Mira.tak caya..
Truely,
mira

"hero?wah.hebat juga aku nikan"puji Ikram pada dirinya sendiri.Ikram mengimbas kembali saat dia menjadi 'hero' kepada Ammira.ketika itu mata Ammira laju sahaja mengalirkan air mata.Ikram sendiri kekok mahu menolongnya bagaimana.Ikram pantas menghulurkan sapu tangannya kearah Ammira.
"Ikram ..Mira minta izin pergi tandas dulu..kalau cikgu tanya Ikram cakap Mira lambat sikit eh."Ikram hanya mampu mengangguk saat itu.Tapi dia tidak dapat menyelamatkan Ammira ketika Ammira masuk ke dalam kelas.Cikgu Azmi memarahinya malahan Ammira di arah ketuk ketampi di khalayak ramai.waktu itu perasaan bersalah amat menyelubungi Ikram.Nasib baik Ammira tidak memarahinya. 


15 Mac 2011
 Dear diary,
     Hari ni kelas Mira terima seorang pelajar baru.Pelajar tu adalah budak sekolah lama Mira.Mira amat mengenali dia.Nama dia Mohd Shahrizal bin Razman.Orang yang sangat-sangat Mira tak boleh lupakan..Dialah orang yang sakitkan hati Mira dan sekarang dia kembali.Kenapa dia mesti kembali?
Mira rasa macam nak lari je waktu nampak muka dia.Sekarang Mira rasa macam dah tak nak pergi sekolah .Kalau boleh Mira tak nak jumpa dia ..sampai bila-bila..Mira takut sangat!!
truely,
mira
  
Ya!Sewaktu Shahrizal datang ke sekolah lagi Ikram sudah dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.Ammira seperti cacing kepanasan tak senang duduk wooo~tapi yang pelik bagi Ikram ketika itu adalah.kenapa dan mengapa dia mudah sangat rapat dengan Shahrizal sedangkan dia pasti Shahrizal bakal menjadi musuh tradisinya dalam merebut hati seorang gadis.


15 April 2011
Dear Diary,
     Hari ni dah genap sebulan Shah sekolah sama sekolah dengan Mira.Tapi yang peliknya dia tak pernah tegur Mira selama ni sampailah beberapa jam yang lalu.Dia datang minta kemaafan Mira. Tapi Mira masih tak boleh maafkan dia. Hati Mira sakit sangat. Bila Mira tengok muka Shah tadi memang..memang Mira macam nak maafkan tapi hati Mira masih kata jangan maafkan dia dan sekarang Mira tak tau nak buat apa dah.Mira buntu .Kalau boleh Mira tak nak tengok pun Shah 2-3 hari ni.Tapi nak buat macam mana kita sekelas.hurm..:( 
truely,
mira

Memang pelik bila Ikram baca di bahagian ini.Shahrizal seperti dapat membaca atau lebih tepat sudah baca diary ini sebab seperti yang dikatakan Ammira.Dia tidak mahu berjumpa dengan Shahrizal 2..3.hari dan hasilnya Shahrizal tidak hadir selama seminggu ..kemana dia pergi?dan bila di tanya Shahrizal tidak menjawab apa-apa pun.kenapa ye?

22 Mei 2011
 Dear Diary,
     Hari ni ulang tahun kelahiran Shah dan Mira dah pun maafkan dia .Betul cakap Ikram tak baik membenci seseorang.Ikram cakap lagi kalau benci lama-lama sayang.betul ke? Tapi Mira dah lama -tett- kat Shah pun Ikram yang tak tau..Walaupun Mira marah + benci.Mira tetap rasa apa yang di cakap Ikram tu pada Shah.Tak berganjak mungkin.hee...-gatal plak-:P
Oh ya sebelum Mira terlupa tak lama lagi Mira akan dapat adik..mama cakap nak letak nama Intan Nadira Batrisha.kalau perempuan lah.kalau lelaki papa yang pilih tapi papa tak nak bagi tau,papa cakap secret.hee.tak sabar nak dapat adik.. 
truely happily,
mira

Ikram menelan air liur sendiri saat membaca apa yang di catat oleh Ammira.betul ke?buat penat je nasihat.Rasanya kalau tak nasihat lagi bagus tak? 

22 Jun 2011
Dear Diary,
      Hari ni Mira sedih sangat .Hari ni Mira kehilangan seorang ibu yang sangat Mira sayang.ya.mama dah pergi.Mama meninggal setelah selamat lahirkan adik Mira.Adik Mira perempuan nama adik Mira sepeti apa yang mama pernah cakap dulu.Tadi Mira ingat Cikgu Azmi panggil sebab apa..rupanya...hurm.:(
MAMA MIRA SAYANG MAMA..!!-love-
truely,
mira
Dakwat pen yang tertulis menjadi kembang.mungkin Ammira menulisnya dengan air mata.Melihat keadaan itu,hati Ikram turut sebak.

1 Julai 2011
Dear Diary,
     Hari ni nenek suruh papa kahwin lain.Tapi Mira tak setuju.Mira marah sangat.Dan hasilnya...segala-gala terungkap.Ternyata Mira bukanlah anak kandung mama dan papa.Patutlah selama ni nenek benci sangat kat Mira..HAti Mira hancur sangat waktu tu.Mira rasa macam nak lari je bila nenek bagitau semuanya.Tapi papa kata Mira tak patut pergi sebab papa memang dah sayangkan Mira macam anak kandung dia.Bila Mira tanya mana anak kandung papa ..papa cakap dia hilang.umur dia sama dengan umur Mira ...sebab tu papa ambil Mira tu pun sebab mama yang nak sangat ambil Mira jadi anak angkat.papa dan ambil Mira sewaktu Mira berumur 2 tahun.tapi Mira pelik.Ke mana ibubapa Mira yang sebenar.kenapa dia tinggalkan Mira kat depan rumah anak-anak yatim ?
Truely,
mira

Tapi persoalan Ammira sudah terjawab.Segalanya terungkap ketika nenek Ammira dalam keadaan tenat.Dia menceritakan semuanya kepada ayah Ammira. Ternyata mereka tidak salah memilih anak angkat.rupa-rupanya nenek ammira sendiri yang letak cucunya ke rumah anak-anak yatim.tapi kenapa? Sebenarnya dari awal perkahwinan anaknya lagi sudah dia tentang habis-habisan tapi Encik Izham degil dia tetap mahu mengahwini wanita yang di cintainya dan bila Nadira lahir dan wanita tersebut meninggal inilah peluangnya untuk menyuruh Encik Izham mengahwini wanita pilihanya.

15 Ogos 2011
Dear Diary,
     Hari ni Mira kecewa + sedih sebab hari ni Mira kecewakan Ikram .Tapi jujur hati Mira memang dah tertutup untuk lelaki lain.Tapi cara yang dilakukan oleh Ikram amat berbeza dari Shah lakukan.sebenarnya Shah tak payah buat macam mana Ikram buat pun.Kalau..kalau tadi Shah bukan Ikram,Mira mesti terima dengan senang hati tapi hasilnya bukan seperti apa yang Mira harapkan.

p/s : Meskipun Shah pernah lukakan hati Mira tapi Mira tak pernah berhenti cintakan dia.:]
truely,
mira

Perasaan Ikram hancur sangat waktu tu.Penat menghasilkannya dengan bantuan ramai orang duit pun dah banyak keluar.keluh Ikram.Rupanya cara Shahrizal lebih mudah tanpa mengeluarkan 1 sen pun?memang nasib-nasib..Ikram menggeleng-geleng kepala.Macam mana ye cara Ikram untuk rebut hati Mira??

Pada suatu hari pada cuti persekolahan...


"Mira,kau duduk sini dulu ok.Aku nak pergi beli ais-krim teringin pula"Kata Safura bersemangat .Ammira hanya mengangguk..


Tidak lama kemudian,


"kakak ni untuk kakak"kata seorang budak lelaki dalam lingkungan 7 tahun sambil memberi sejambak bunga kepadanya.Apabila ditanya dari siapa "Rahsia!"


Selang beberapa minit...


"kakak ini untuk kakak ada abang tu bagi "kata seorang budak perempuan dalam lingkungan 7 tahun juga sambil menghulurkan coklat kepadanya.Bila ditanya abang mana jawapan nya "Tak tahu"Ammira kian gelisah.


Beberapa minit kemudian dan Safura masih tak muncul-muncul..

"Kakak ni untuk kakak.Ada abang hensem bagi"kata kanak-kanak yang usianya sama dengan dua kanak-kanak tadi.Kali ni belon pula yang di beri Belon tu tertulis I LOVE A dan huruf I yang membawa maksud nama pemberi mula dari I manakala A membawa maksud nama nya Ammira."Abang tu kata kalau nak tau dia siapa datang sini pukul 3 petang nanti."kanak-kanak tadi menyambung kata-katanya.ammira lihat jam di tangan 2.30?lagi 30 minit

selepas itu barulah Safura muncul.

Mula-mula hero yang datang adalah Fendi sahabat baik Ikram Ammira fikir Fendi adalah pengirimnya tapi ternyata salah ! Memang sudah dirancang! Ikram sedah tercegat di belakangnya dan hasilnya bukanlah sepertimana yang Ikram harapkan...

20 September 2011 
 Dear Diary,
     Hari ni Mira rasa gelisah.Mira rasa macam Mira akan kehilangan sesuatu tapi apa?Entahlah Mira pun tak pasti..Hati Mira rasa macam ada yang tak kena.Dan hasilnya bila Mira fikir-fikir balik mungkinkah???Ikram???ya..hari ni Ikram kemalangan Mira rasa sedih sangat Mira rasa macam takut takut kehilangan ..inikah yang ....dikatakan....love?? Mira rasa mungkin.Tadi Shah Ambil Mira hantar Mira pergi hospital dan Mira rasa macam Shah dah berada jauh dari Mira tak macam Apa yang Mira katakan selalu...Argghhh!!serabutlah..Mira doa supaya Ikram cepat sembuh ..Supaya hati Mira tak gelisah dan dapat tengok senyuman Ikram..hee.. 
truely,
mira

Ikram ingat ni. saat yang sangat manis baginya .Meskipun dia koma selama sebulan. dan bila bangun-bangun memang orang yang di rindui berada di hadapan.Saat itulah Ammira memberitahu semuanya macam ada hikmah je kan.,.

15 Oktober 2011
Dear Diary,
     Hari ni Mira happy sebab tak lama lagi Mira dapat abang?aik..macam pelik je sepatutnya dapat adik.bukanlah kalau dapat adik Mira dah lama dapat kali ni Mira dapat abang plak nak tau tak abang Mira siapa?Tentulah Shah.yahoooooooo!!!best sangat akhirnya Mira jadi adik.Shah pun sudi nak jadi abang Mira.Kitaorang tak main angakt-angkat tau.Shah akan jadi abang tiri Mira.woo~layakkah?entahlah layak mungkin..sebab Shah baik sangat...
 truely,
mira

Ikram ketawa geli hati setelah membaca ini Shahrizal hanya jadi abang kepada Mira dan hakikatnya Ikramlah yang menang dalam mencuri hati Ammira.<----Sebenarnya dah lama menang pun.=P


22 Disember 2011
 Dear Diary,
     Hari ni...Mira baru tau yang Mira ada penyakit..kenapa..kenapa baru sekarang?Penyakit tu doktor tu cakap keturunan mungkin.... sebab dulu mama pun pernah dapat dan baik setelah pembedahan tapi nasib Mira macam mana?adakah nasib Mira juga seperti mama?Mira takut sangat nak buat pembedahan.Mira tak tau nak buat apa dah ni.Papa dan semua paksa Mira tapi Mira tau papa..papa tak cukup duit untuk bayar kos pembedahan tu.Mira tak nak susahkan papa dan ibu.Apa patut Mira buat?? Mira masih perlukan masa.. untuk berfikir..
Truely,
mira

31 Disember 2011
 Dear Diary,
     10...9...8...7...6...5...4...3...2...1...HAPPY NEW YEAR!
dah masuk tahun baru dah tapi sekarang Mira rasa sakit sangat esok Mira akan buat pembedahan semalam baru Mira buat keputusan setelah didesak oleh Abang,Ikram ,papa dan ibu.Tapi Mira rasa mungkin tiada esok untuk Mira .
Kalau Mira tak ada Mira nak Ikram yang pegang Diary tau.Biar Ikram tak rindu sangat kat Mira.:P

tolong...tolong...doakan aku bila aku tiada..
dan..
sedekahkan al-fatihah untukku..
semoga aku berjaya suatu hari kelak... 
Truely,
mira

Menitis air mata Ikram sungguh...sungguh menyayat hati...Benar apa yang dikatakan ammira tiada esok untuknya...Pada awal pagi Encik Izham mengejutkannya untuk solat subuh dan sayang Ammira sudah pergi buat selama...lamanya...Diary ini terbuka luas jadi isinya boleh dibaca... seperti yang diamanahkan Ikram menjadi pewaris kepada Diary ini dan memang Diary inilah tempat dia melepaskan perasaan rindu pada Ammira... Tiada lagi senyuman dan gelak tawa nakal seorang insan yang bernama Intan Ammira Balqis..

-THE END-                                                                                                               created by,
 
p/s : akhirnya siap juga cerpen ni..penat sungguh ingin membuatnya...maaflah kalau ada kesalahan pada cerpen ni...dan cerpen ini tiada kena -mengena dengan siapa-siapa tau..sesaje je buat..kalau nak tau lagi cerpen apa yg aku nak buat..TUNGGU!

3 comments: