Friday, January 04, 2013

Ceritera 2013

Oppss..Tetibe je rasa nak tempek gambar kumpulan ni...

"Siapa nak pindah?"
"Siapa yang nak stay?"
"Siapa yang dah tak sayang sekolah ni?"

Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada kami,para pelajar form 4. Memang majoriti akan angkat tangan memilih untuk berpindah.Termasuklah aku.Aku tak taulah kenapa diorang nak pindah..[padahal diri sendiri pun sama]Aku nak pindah sebab..Entah kenapa semangat aku untuk sambung arab membara-bara..kihkihkih...Mungkin semangat ustaz yang mengajar kami time form3 begitu membara.Walaupun aku rasa macam markah arab untuk PMR mesti cukup-cukup makan sebab aku rasa memang aku tak buat yang terbaik,sebaik kertas-kertas lain.Tapi tak apalah barang yang lepas jangan dikenang.Nasi dah jadi bubur dah pun.

Sekarang ni aku masuk kelas 4ST1.Dicampur dengan dengan 4ST3 sebab diorang tak de kelas dan guru kelas.Kesian diorang..hahaha...Dan kelas diorang dibubarkan serta-merta.Jadi terpaksalah kami belajar dalam keadaan tak selesa dengan seramai 56 orang.Tapi aku rasa tak kisah sebab ia membuatkan kelas jadi riuh.Kalau sikit mesti bunyi cengkerik je .yelah budak pandai mestilah duduk diam-diamkan..Eh yeke?entahlah..

F.Y.I dah tiga hari kite sekolah dan aku tak kenal budak-budak kelas aku.Mereka terlalu asing buat aku.Yang aku kenal pun sekerat tapi just kenal nama dan tak pernah bertegur.Bila fikir-fikir balik kalau yg pernah nampak 3 tahun ni pun berat mulut untuk berbicara apatah lagi kalau aku masuk asrama melihat wajah-wajah yang tak pernah aku lihat.

Aku mohon asrama untuk masuk STA[Sains Tulen Agama] dan aku mohon SMKA pun Sains Tulen juga.Subjek pula menjadi persoalan buat aku.Tau-taulahkan dah ambil sains tulen kenalah belajar bio,fizik dan kimia serta add math.Terasa susah pula utk diri aku meskipun belum belajar lagi.Ditambah kalau aku dapat asrama dan dapat apa yang aku mohon tu..campur apa ntah..aku lupa..Tapi takpelah..aku cuba buat yang terbaik..k..semangat!!semangat!!

Teringat pengalaman Sunbae[senior]aku.Kisah ini diceritakan oleh cikgu Sejarah aku semasa sesi suai kenal.Time cikgu cerita .Eh macam kenal je siapa tu.Cikgu cakap jgn homesick.Siapa yg dah biasa hidup selesa tak payah pergi asrama.Yelah hidup kat rumah bilik sendiri-sendiri,tidur air-cond,mandi air panas,tak pernah berkongsi apa pun.Sebenarnya asrama tu untuk orang kampung sebab diorang hidup serba kekurangan jadi diorang masuk asrama utk keselesaan bukan utk orang bandar hidup dah selesa tiba-tiba kena buat semua kerja.Kata-kata cikgu tu  mungkin mematah sedikit semangat orang yg nak masuk.Hurm..mungkinlah..Cikgu suruh buat solat istikharah dulu.

Dah itu saje .Tetiba aku teringat pula kata-kata kawan baik aku tadi dia kelas 4ST2.Kebanyakan cikgu tanya soalan yg sama tapi lebih kepada berharap yg diorang keluar berbeza dgn ustaz yg aku cerita tadi diorang ckp dialek ustaz"Hangpa nak pi mana?" Tergelak aku.Sebenarnya diorang terharu sebab ada yg suruh stay..hehe..Tahun ni aku dapat cikgu yg tak pernah ajar aku tak seperti kelas 4ST2 dapat 3 orang yg kalau tak silap cikgu yg pernah ajar kami..

-THE END-

No comments:

Post a Comment