Sunday, January 27, 2013

Terlepas peluang atau Melepaskan peluang?



Sekarang ni aku form4. Kalau form 4 taulahkan Sejarah kita berulang seperti nak naik form1. Pilih aliran dan lebih hebat pilih sekolah/pindah sekolah serta tunggu tawaran ke sekolah lain. Tak kiralah SBP,SMKA,Teknik,Maahad,Kolej Vokasional or apa-apa jeklah.Yang menjadi persoalan sekarang.Aku ni Terlepas peluang atau Melepaskan peluang? Sebenarnya aku dapat tawaran ke SMKA .

Yezz! Akhirnya. Memang happy gilerrr kot.. Tapi.............................................................................Aku tak pergi..Sebab?Entah aku pun tak tau. Aku menunggu atau hati belum bersedia.Tau-taulah bila dah buat keputusan pelbagai soalan/kata-kata pula dihimpit.

"Kenapa tak pergi?"
"Nak duduk bawah ketiak maklah tu!"
"Pergilah!Sempat lagilah"
"Kawan-kawan ada kat sini sebab tu tak nak pergi"
"Hajar,Kenapa tak pergi?Ruginya.Bagilah kita"

Naik sesak pula nafas ni.Bila pelbagai soalan ditanya.Aku pula yang tanya diri aku sendiri.Aku salah buat keputusan ke?Kenapa kau[aku] tak nak!Kan tak boleh sambung arab dah!!

Tapi biasalah 'aku' sentiasa melepaskan peluang itu. Dulu waktu form 1 pun aku dapat tawaran SSI [sekolah kluster]. Dan soalan itu juga yg ditanya . Aku sentiasa buat pekak. Peduli apa aku. Tapi bila sekarang soalan itu berulang kembali,aku terasa keputusan aku itu salah.ouh tidak.Tapi aku kuat dan tabahkan hati berkata pada diri sendiri yg  keputusan aku tak salah.Ye aku tak silap. Siapa suruh tawaran tu sampai lambat?Tarikh lapor diri dah terlepas dua hari! Aku tau pada hari Jumaat pukul 6.00 petang. Dan disuruh ambil disekolah pada hari Isnin.Ouh ianya teramatlah singkat!Apabila bertanya rakan yg sudah mengambil tawaran mula-mula dia berkata lapor diri dulu tanya ada tempat lagi tak kemudian pada hari Ahad dia mesej lagi dan berkata lapor diri bermaksud terus daftar.Dan aku tak sedia.Banyak benda yg perlu diselesaikan.So.Aku tak pergi.Tapi manusia.Tak pernah faham situasi aku.Jadi sekarang aku hanya mampu mendiamkan diri.SEKALI LAGI!!

Teringin nak cakap kat kawan-kawan yg aku lepaskan sebab nak bagi diorang pergi.Bagi orang yang memang betul nak pergi untuk pergi.Fikir positiflah kawan.Mungkin dengan tidak pemergian aku ke sana. Masih ada tempat kosong walaupun satu. Dan siapa sangka tuah mungkin berada ditangan kamu!Jadi Optimisla.

P/s : Apa aku merepek ni? Sebenarnya dah lama sangat dalam draft.So,aku publish jelah ye..Sayang nak padam.Penat manaip..kihkihkih...

2 comments:

  1. waaa . Takpe ;) sy pun dulu dah salah buat pilihan . get out from sbp HAHA ! belajar kat mane-2 pun same je kan ;) asalkan ade niat yang betul untuk belajar dan capai kejayaan ! Hiraukan persepsi orang lain kay ^^

    ReplyDelete
  2. Jangan di sedihkan kisah yang telah terjadi ..

    ada hikmah di sebaliknya .. in shaa Allah .. :)

    ReplyDelete