Friday, February 08, 2013
Pengalaman baru di tingkatan 4
Pengalaman berada di tingkatan 4.Apa rasa?Ada orang cakap tingkatan 4 adalah di mana tingkatan yang tak BEST?Kenapa?Sebab kita harus berpisah dengan sahabat baik kita.
Yelah.Sepertimana pada mulanya aku berpisah dengan Fatin dan Aziemah.Diorang kat kelas sebelah.Selang beberapa minggu kemudian aku berpisah dengan Fadzilah dan perpisahan itu berlaku tanpa selamat tinggal.
Setelah itu , awal bulan Februari kelas St2 dan ST1 telah ada rombakan secara besar-besaran dan Aziemah telah pergi ke ST1 meninggalkan Fatin.Sendiri.
Sungguh aku tahu dia sedih.Jadi selang beberapa hari kemudian dia mesej aku bertanyakan sekiranya sempat atau tidak dia memohon rayuan SMKA untuk mengikut jejak Fadzilah.I'm speechless.Tak terfikir yang dia akan berfikir sebegitu.
Aku just suruh dia try je.Kalau dapat ,pergi .Bagi aku orang dah nak pergi buat apa nak ditahan-tahan.Bagi semangat cukup. Sesungguhnya, kita akan rasa sedih sendiri kalau kita menolak tawaran itu. Dan mungkin akan menyalahkan orang lain. Aku pernah rasai itu ,kesakitan yang menusuk kalbu.! So, jangan cakap aku pelik bin ajaib sebab tak kata jangan apabila dia mahu pergi.
Ok..kali ini aku nak cerita kisah aku.Kelas baru aku.Eh baru ke?Teman baru aku.Whateverlah.Semua yang baru-barulah kiranya.
Seperti yang aku telah maklumkan tadi.Ada rombakan antara ST1 dan ST2.Budak ST2 semua tak menerima dengan keputusan itu.Diorang cakap kelas kami tak BEST!Sebab?Sebab kelas kami senyap,boring dan tak happening.
Saya kat kubur ke bilik mayat ni?
Cikgu sivik aku tetiba je cakap."Saya kat bilik mayat ke ni?Bagi saya semua tempat bising keluar bilik mayat."
Cikgu Bi pula"Hello class.Saya kat kubur ke ni?"
Senyap sangat ke kelas aku ye?Entahlah mungkin memang betul kot cuma aku ni tak peka.Aku rasa biasa je berada dalam kelas tu??!!
Itu je.Buat masa sekarang.Kisah aku,kelas dan kawan.Sekarang besok cuti dan banyak homework yang perlu disiapkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment