Sunday, March 24, 2013

Hobiku dulu dan kini


Assalamualaikum...

Malam ni teringin nak mengimbau kenangan lama. Kenangan aku tentang hobi. Hobi aku tak menarik dan tak unik. Hobi aku cepat je berubah-ubah. Hobi aku mengumpul.Apa-apa jelah..tapi sikit jelah..hoho..

Hobi pertama yang aku ingat adalah menabung..Kshing!Kshing!Nak tengok tabung aku tak?Tak nak tengok pun aku akan tunjuk.


Korang nampak tak tabung kucing tu?Tabung tu adalah tabung pertama aku. Aku telah berjaya mencatat rekod dengan memenuhkan tabung tu pada usia sekitar 6 tahun. Hebat bukan? Aku dan kakak aku ada tabung tu.Dan kakakku punya tabung tak penuh.In fact, sampai sekarang pun masih tak penuh.Aku tak pernah tau dalam tu ada berapa banyak. Sebabnya ianya tak ada tempat bukak.Tabung besi dan tak ada tempat buka.Duit tu tak pernah keluar dari rumah diorng.Kucing tu menjaganya dengan baik..hehe.

Tabung telur kat sebelahnya jangan tanya ye.Sampai sekarang tak penuh-penuh.Sebabnya?hurm..mungkin sebab sekarang aku beli barang gunakan duit kertas dan tak ada baki.hehe..

Hobi aku yang seterusnya ialah..


Kumpul keychain..Semua orang suka bukan? Kebanyakkan dari keychain ni adalah pemberian orang.Aku tak beli sendiri.ada pun sikit.bagi aku ianya membazir.tapi kalau orang bagi ianya rezeki.hehe..

 Penanda buku.Banyak ni je aku ada pun..tu pun nak tunjuk.

Jadual.Dulu,waktu kecil-kecil dulu kalau beli kasut sekolah ke, baju sekolah ke mesti dapat benda alah ni dan aku tak gunakannya.Malas sebenarnya tak tulis jadual sebab tulisan aku buruk. Sekarang, kalau beli kasut sekolah ke, baju sekolah ke, barang yang kita belilah yang kita dapat .Dah tak ada dah benda-benda macam ni.Eh betul ke?



Itu semua barang lama.Koleksi lama.Sekarang ni hobi baru dan aku tergila-gilakannya.


Buku? Ya buku.
Aku ada 9 majalah YEZZ! 3 komik dan 2 novel. Banyak tu je.kuang-kuang-kuang...

Majalah tu selalu aku beli ikut cover yang aku minat dan kalau aku jumpa kedai.Jadi pada tahun 2011 aku ada 4 majalah,2012 3 majalah dan 2013 aku ada 2 majalah.Isu march aku tak sempat beli.TAK JUMPA KEDAI.

Komik aku ada 3.Jadi aku bukanlah seorang OTAKU. Kawan aku yang OTAKU dia cakap dah penuh 1 kotak komik dia.wow!

OK novel ada 2. Glamor dan Vogue itulah aku!. Novel pertama milik aku. Dan aku ada beli satu lagi novel iaitu Aku,Esspresso dan Latte.Bersambung daaa..Hope aku jumpa kedai dan dapat beli sambungannya..
Itu saja buat masa sekarang.

Cuti-cuti baca novel best jugakan? Tak de ke yang nak post novel bagi aku baca? hehe..

Genius Note : Jomlah join Segmen Jom Pilih Hadiah.

1 comment:

  1. wahh macam2 koleksi ada :D teruskan mengumpul hehe ^^

    ReplyDelete