Seperti yang korang sedia maklum.Cerpen aku dah siap. Jadi aku pun pergila mencari novelis-novelis tersebut. 3 pembaca dan pengomen bertuah tu memang AWESOMe memberitahu kekurangan cerpen aku dengan jujur lagi ikhlas.
Jom terjah commentnya:
Harap korang nampak.
Sebelum itu mari aku memperkenalkan satu persatu.
Aziey Azahan - seorang yang meminati novel. Dalam proses membuat novel juga. Berdasarkan penceritaan dia pada aku tentang novel dia aku pasti novel tu akan jadi novel yang berbelit-belit.Tapi tak apa.Aku terima seadanya tapi bilalah aku boleh baca ye?
Syah Mijar - Dia segala macam dia minat.Novel,cerpen dan komik. sekarang dalam proses membuat cerpen . Yang bestnya dia akan buat cerpen berdasarkan lagu JEPUN yang dia translate sendiri.Dan hero dan heroinnya adalah orang JEPUN. Dia ni pernah juga buat novel ala-ala anime Jepun dan aku baca sikit je . Entah dah siap belum entah cerita dia.
SUASJ Al-ATTAS - Dia mula-mula tak nak baca then bila aku ckp tak sampai 30 minit dah habis.Tiba-tiba nak pula.Maklumlah dia ni busy lagi hardworking tak macam kami bertiga ni fikir novel saja.
Sebenarnya ada sorang lagi.Tapi dia baca sikit je.Jawapan dia lagi sempoi . "TAK BEST!" sakit hati jugalah.Tapi tak apa .Aku redha. Memang tak BEST pun(terima hakikat).
Dah siap cerpen ni.So,aku nak buat lagi.hehe.Ada dua sinopsis yg telah aku siapkan tapi hanya satu yg akan aku buat.
Sinopsis tidak mendapat comment banyak daripada novelis di atas.Tapi cerpen ni yg mungkin akan aku buat.
Sinopsis ni mendapat sambutan.aziey azahan cakap buatlah sebab BEST. Syah MIJAR cakap cerita ni tak best sebab awal-awal dah sedih.Ada seorang kawan aku namanya NA. Sebenarnya aku nak bagi dia baca cerpen terbaru aku tapi asyik terbantut je.Ok,berbalik kepada sinopsis ni. Dia cakap sinopsis ni ala-ala novel yg telah dia siapkan.Hah?Terkejut aku.Aku tak taulah mungkin sama kot sebab waktu dia cerita tu dia just cerita dgn Aziey Azahan sebab ada cikgu panggil aku time tu.so,aku tanya dia apa yg sama?
1.Perwatakan & umur gadis tu sama.
2.Dia kahwin dgn kawan baik abang dia.
3.Dia pergi bercuti ke oversea.
4.Sejarah hitam dia.
Bertambah-tambah terkejutlah aku dibuatnya.serious tak sangka. banyak tu persamaan.Tapi nama watak tu memang dah lama wujud.Dah jadi novel dah pun.Tapi ceritanya bukanlah mcm ni.aku just olah balik je.Sebab aku tulis tu time form2.Jadi bila aku baca balik aku yg malu sendiri.Baca intro muka merah,baca klimaks muka merah baca penutup terus tutup buku.TAK BEST LANGSung!! Jadi aku try olah.Tak sangka pula sama. CIK NA saya minta maaf. Tapi jangan risaulah aku tak akan tulis pun cerita ni.Aku just buat sinopsis je.Sebab aku ni memang x suka buat cerita sedih-sedih sebab bagi aku susah nak dapat feeling tu.Lagipun kalau aku buat cerita tu nanti jadi berbelit-belit sebab tiada pengakhiran. Aku kalau buat cerpen aku kena fikir ending dia dulu sebab bagi aku seberapa banyak pun jalan cerita dia akan datang ke ending.Ya dia akan sampai.Tapi tanpa ending dia akan sesat.hehe..
Lagi pun kalau aku dah sediakan sinopsis tu mesti aku tak buat punya.Sebenarnya ada banyak sinopsis yg telah aku cipta tapi yang tak ada sinopsis yang akan siap.Cerpen terbaru aku tu.Ada sinopsis tapi jalan ceritanya dah berlainan dengan sinopsis.hahaha.
Oklah itu sahaja._THE END_
tajuk ap cerpan tu?
ReplyDeleteS.E.C.R.E.T
Delete