Sunday, June 23, 2013

Review Novel : Sayang 3 Dalam 1


Assalamualaikum..
Hari ni aku nak review novel.Novel ni aku pinjam daripada kawan aku.Jom baca sinopsis.


Sinopsis
Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

Genius Note :
Bagi aku cerita ni best. Ada yang lawak dan sedih. Suka abang-abang dia yang protective tu. Time baca aku yang terharu! haha. Dia pun ada blog. Time baca best je kalau jadi blogger misteri tapi still ada peminat kan? Selalu terjah blog dan komen entry terbaru. Rugi rasanya kalau korang tak baca. Cerita ni BEST tau!

Jom terjah blog penulis. [KLIK SINI]

4 comments: