Monday, October 21, 2013

Bulan exam...Final Exam...





Assalamualaikum,

Fuh,fuh.. Dah lama aku tak update blog.. Rindu maa... Tetapi apakan daya kami harus dipisahkan oleh si dia. Siapa lagi kalau bukan exam.. Ececehh,,saja je tau nak salahkan hal lain padahal boleh je update hari-hari.

"Kalau boleh online twitter dan facebook hari-hari kenapa blog tak boleh?"

Erm..sebab..sebab... facebook dengan twitter boleh online kat handphone? haha..Itu semua dusta belaka!

Oklah... Doakan aku boleh jawab dengan tenang,tepat dan betul k? Tinggal add math, chemist, bio dan fizik then MERDEKA! Yang tinggal tu semua subjek killer buat aku. Habislahh...

Cakap pasal exam kadang-kadang aku terfikir. Peperiksaan ni untuk uji kepandaiaan kita atau kekuatan ingatan kita? Ok, itu soalan time jawab peperiksaan hari tu. haha . Sempat berangan woo~ Overall, semua paper bagi aku susah. -_- Tapi final exam right? Biasalah tu susah.ececeh..cover lagi.

Oklah.. time peperiksaan aku memang malas nak update blog. Tapi aku still online, so janganlah marah kalau aku tak update tapi sempat baca entry korang dan comment ye? Hal ini demikian kerana aku mengambil masa lebih lama untuk menaip entry berbanding membaca post korang.

Singgah-singgahlah selalu blog aku ni. Tak lama lagi seminggu je sampai hari isnin.k.

-THE END-


Secret note : Aku tak pandai , mereka pandai tetapi apa bezanya mereka dengan aku?

2 comments: