Tuesday, November 26, 2013

Bila Aku Sudah Tiada




Hakim, nama yang begitu macho sekali, membawa maksud yang sangat indah. Bijkasana! Ya, bijaksana. Namaku yang senang diingati, senang dihafal dan senang dipanggil. Mukaku pun boleh tahan juga, persis Lee Min Ho penyanyi korea yang comel itu!

Secomel muka, secantik nama, namun aku ada satu penyakit. Penyakit misteri! Misteri! Semisteri The Conjuring. Penyakit hidung berdarah apabila aku berkeadaan panik. Misteri, bukan? Oleh sebab itu, kawan-kawanku selalu membuatkan aku terkejut. Dan ketika itulah cecair pekat bewarna merah menitis dari hidungku. DARAH! Bukan hingus!

“ Amboi, berangan nampak!” Satu suara menyergah Hakim dari arah belakang. Hakim mendongkakkan kepalanya. “ Hingus sudah keluarkah?” Syafiq semakin galak mengusik sambil menepuk bahu Hakim berkali-kali. Ya, sudah mesti lagi pasti darah sudah mengalir keluar dari rongga hidung Hakim.

“ Nah tisu, setiap kali aku nak usik kau, aku sediakan tisu! Nah, ambillah!” Syafiq menghulurkan dua helai tisu, dan Hakim menyambut lalu mengelap darah yang meleleh hingga ke mulut.

“ Bangun!!! Assalamualaikum, cikgu!” Faiyat berdiri sambil membetulkan reben bewarna merah yang dipakainya di leher, lagak ketua kelas yang berwibawa. Erk, poyo betullah! Cikgu Aidil melangkah masuk dan diekori seorang budak perempuan tidak bertudung yang agak montel.

“ Waalaikuussalam, duduk. Cikgu nak perkenalkan, murid baharu di kelas kita, namanya Alya. Alya awak boleh duduk di tepi Hakim di tepi tingkap sebelah sana. Okey, apa-apa yang awak semua nak tanyakan tentang Alya, nanti-nantilah tanya, kita belajar dulu. Jangan mengurat sudahlah!” Cikgu Aidil mengenyitkan matanya sambil ketawa. Semua murid di dalam Kelas 4 Inovatif ketawa. Pipi Alya sudah berona merah jambu seperti buah jambu air yang ranum.


“ Nama awak Hakim, kan?” Alya cuba mahu berkomunikasi dengan Hakim yang comel seperti orang korea itu. Anak kacukankah dia ini?

“ Taklah, nama saya Muhammad Amirul Hakim bin Rasyidi.” Jawab Hakim, sperti nada bergurau. Memerli pun ada. Namun, matanya tidak memerhatikan wajah Alya yang comel itu. Alya sangat kecewa. Kecewa sangat.

“ Awak ada penyakit?” Alya cuba mahu berbual-bual dengan Hakim.

“ Memang tak ada. Malulah sekiranya lelaki ‘macho’ macam saya ada penyakit." Hakim menjawab sambil ketawa. Alya tersenyum.

“ Awak ini perasan betullah!” Alya tergelak kecil sambil mencoretkan sesuatu di atas buku latihan Matematik. Mungkin sedang membuat jalan kira. Sekejap letak pensel, tulis, macam-macam perangai Alya.

“ Saya memang kacak! Ada iras-iras muka Lee Min Ho! Kembar saya!” Hakim mula perasan. Ya, dia memang sukakan artis korea sejak setahun yang lalu. Entah mengapa, di biliknya penuh gambar artis korea lelaki. Di komputer riba, di meja belajarnya, di dinding biliknya dan di pintu biliknya. Hai, nasib baik di tandas Hakim tidak tampal…

“ Eleh, kembar Lee Min Ho konon, dengan Alleycats pun awak kalah! Inikan pula Lee Min Ho!” Alya membidas. Hakim membeliakkan matanya.

“ Awak cakap saya kalah dengan Alleycats? Alleycats yang kalah dengan saya awak tahu tak?” Hakim membetulkan rambut ‘ Lee Min Ho’ kepunyaannya yang palsu itu. Alya mengherotkan bibirnya tanda mengalah.

“ Ops! Cikgu saya mahu ke tandas!” Alya menutup mulut dan hidungnya dan segera berlari ke tandas apabila mendapat keizinan guru. Tandas hanya berada di hujung koridor sahaja bersebelahan dengan tangga. Tidak perlu suah-susah Alya mahu mencari. Selepas siap mencuci segala-galanya, Alya kembali ke kelas 4 Inovatif. Nampak air ata bertakung di kelopak mata Alya. Kenapa dengan Alya?

“ Awak pergi tandas buat apa? Lari mengalahkan orang lumba lari 200 meter sahaja. Kalau hendak lari bukan di sini tempatnya, awak lari di padang.” Hakim memerli. Alya menjeling tajam.

“ Amboi, cantik mulut awak!” Balas Alya sambil menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Darwis.

“ Oh, awak belum tahu lagi rupanya, mulut saya memang cantik! Cantik seperti Lee Min Ho!” Kali ini, Alya sudah tidak sabar dengan ‘jiran sebelah rumahnya’ yang bermulut becok itu. Perasan, poyo, skema! Semua ada!

“ Bangun… terima kasih cikgu!” Seorang lagi budak poyo si Faiyat itu, bila cikgu masuk atau keluar kelas pakai reben, bila cikgu masuk atau keluar kelas pakai reben, bila pakai reben cikgu masuk atau keluar kelas. Hai, memang kelas 4 Inovatif budak lelaki poyo?

Kring!!! Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Alya segera menyimpan buku latihan Matematik ke dalam begnya dan segera berjalan keluar. Dia dikerumuni 5 orang murid permpuan berbadan agak comel mengahmpiri Alya.

“ Hai, Alya… nama penuh awak apa?” Yani menyoal Alya. Dari tadi lagi mereka berlima mahu berbual-bual dengan Alya, tetapi masa tidak mengizinkan. Waktu rehat, mereka perlu berjumpa dengan guru kaunseling, waktu kelas tiada cikgu, mereka perlu berjumpa dengan guru kelab bola baling.

“ Hai, Yani… nama penuh saya Nur Alya Sophea biti Muzakir. Boleh panggil Alya sahaja.” Alya gembira apabila ada juga pelajar di kalangan perempuan sudi menegurnya. Beberapa minit juga, Alya disoal siasat dengan ‘polis-polis’ perempuan berbadan agak gempal sepertinya.

“ Okeylah, mama saya dah datang! Esok kita sembang-sembang lagi. Bye.” Alya masuk ke dalam perut kereta sambil melambaikan ke arah Yani, Fiqah, Husna, Aina dan Auni. Mereka berlima membalas lambaian Alya dengan senang hati.

“ Amboi, baru satu hari pindah sekolah terus dapat kawan! Fithri pun seminggu mencari kawan. Kawan lelaki tak ada?” Fithri adik pertama Alya mengusik. Alya mencubit tangan Fithri yang suka menyakat Alya.

“ Kak Alya yang gemuk ini, janganlah marah-marah, nanti cepat gemuklah! Nanti tak ada orang minat!” Fatin adik kedua Alya pula menyakat. Oh, nampaknya mereka berdua berpadu tenaga mengenakan Alya. Puan Suriani hanya mendiamkan diri, menumpukan kepada pemanduannya.



Sudah dua minggu Alya bersekolah. Pagi cuti itu, Encik Muzakir dan Puan Suriani memanggil anak-anak mereka berkumpul di ruang tamu rumah banglo mewah itu. Alya, Fithri dan Fatin tertanya-tanya sesama sendiri.

“ Ada kenduri kahwin agaknya. Tetapi siapa yang mahu kahwin?” Fithri meneka. Fatin mengangguk tanda bersetuju.

“ Kak Alyalah! Kahwin dengan Mat Bangla yang sedang buat rumah di hadapan rumah kita itu!” Sempat lagi Fatin menyakat Alya di awal pagi. Alya merengus geram.

‘ Sabar wahai Alya yang comel pada pagi ini. Kalau marah-marah kan cepat tua dan cepat gemuk, itu petua Fithri!’ Alya menarik nafas. Hembus nafas. Mereka bertiga segera turun ke ruang tamu. Nanti kalau lewat, kena membebel susah pula.

“ Alya, Fatin, kita akan berpindah ke rumah nenek. Dalam setahun juga.” Alya menunjukkan muka tidak berpuas hati. Namun keputusan papa tetap muktamad. Muktamad! “ Esok juga kita balik ke rumah nenek!”

Keputusan sekali lagi muktamad.

Alya hanya mengangguk. Dia terus masuk ke biliknya, langkahnya kelihatan longlai. Air mata mula mengalir di pipi.

Dia tidak sempat berkenalan dengan Hakim Si ‘ Lee Min ho’ yang kacak lagi comel itu. Apakan daya, sudah nasib. Setahun, bukannya sekejap!!! Dia segera mencapai pen dan kertas kosong lalu mencoretkan sesuatu. Dia nekad, petang ini dia mahu ke rumah Yani! Pasti! Mesti!

“ Awak tolong berikan kepada Hakim.” Alya memberikan kertas yang siap dibalut reben itu. Yani hanya mengangguk.

“ Alya sudah pergi? Alya yang selalu bergaduh aku itu sudah berpindah. Dia juga ada penyakit seperti aku? Tetapi, kenapa dia harus bagitahu aku yang dia ada penyakit seperti aku? Biar betul? Dia hanya main-main agaknya!” Hakim tergelak kecil. Tiba-tiba radio di biliknya memainkan satu lagu, yang mengingatkan dia pada seseorang, siapakah dia?

Mata ke mata…
Ke hati…
Hati ke hati..
Hati hati…
Bibir ke bibir…
Bicara janji…
Janji ke janji…
Jadi hujan…
Rindu ke rindu…
Termimpi mimpi…
Hari ke hari…
Nanti di nanti…
Menanti pasti…
Pasti di sisi…
Sisiku kini…
Ternanti nanti…


Secret Note : Karya A to Z. Pertandingan menulis cerpen berkumpulan. HAJARdanNajwabergabungmeletup! Boom!

2 comments: