Thursday, December 19, 2013

Gadis Otaku , Lelaki kaki novel

Assalamualaikum,

Hari ni result PMR keluarkan? Tahniah kepada adik-adik batch 98 atas kejayaan anda semua. Walaupun tak dapat straight A bagilah tepukan . Kita dah berusahakan? Jadi jangan putus harapan. Esok masih ada. Tahun depan akak pula. Tapi SPMlah.

Okay, topik kita pada hari ini Gadis Otaku , Lelaki kaki novel.

Sebenarnya, topik ni memang dah lama dah terfikir. Cuma tak tahu nak bincangkan apa.hihi. So, marilah kita berdiskusi.

Wanita memang sinonim dengan novel manakala lelaki lebih minat kearah komik. Tetapi bagaimana pula kalau kisahnya terbalik?

Lelaki minat novel dan perempuan minat komik?

Sumber: Uncle Google

Apa pendapat korang?

Aku tak ada pengalamanlah berkawan dengan lelaki kaki novel . Tapi ini pendapat mereka.

[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]

Kawan aku perempuan tapi aku tengok dia lebih minat kepada komik. Walaupun dia layan jugalah novel. Tapi bila diorang dah buka mulut pasal komik automatik mulut aku terkunci. Blurr. Tak tahu apa yang diorang bualkan. Lantak dioranglah! Tapi aku tak taulah diorang ni otaku tahap berapa. Eh? Otaku pun ada tahap? Hihi. Ada, aku pernah terbaca dulu.

Bagi aku, tak kisahlah lelaki or perempuan minat komik dan novel. Minat kitakan? Nak buat macam mana. Janji kita amalkan sikap suka membaca.

Kalau aku, aku minat dua-dua. Aku suka komik tapi kalau pergi kedai aku lebih cenderung untuk membeli novel. Sebabnya, difikiran aku ni, novel walaupun mahal tapi ambil masa sebulan untuk habis baca. Komik sehari dah habis then tersimpan saja dalam rak. Boleh gitu? haha.

Tapi cuti-cuti novel memang aku tak baca dah. Ada novel kawan aku tajuknya Pudina Cinta. Baru bab 4 padahal dah dekat sebulan aku pinjam. Haritu pinjam sekali dengan komik, komiknya dah pulang dah.

Secret note : Mood berblog aku hilang. Malas nak tulis dah sebab aku rasa entah apa-apalah aku mengarut dalam blog. Tak berfaedah. Tak ada isi. Tu yang down sikit. Tapi aku still blogwalking. Tu yang kadang-kadang aku hentam 1 blog sampai 2 3 entry.

11 comments:

  1. Hehe.. sayalah otaku tuu. :D Tapi saya lagi minat baca manga online je. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, dah jumpa gadis otaku! hihi.
      Manga online lagi best. Jimat duit.hihi.

      Delete
  2. haha org 2-2. i love komik and novel xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too. :)
      Dua-dua seronok untuk dibaca..

      Delete
  3. Hoho komik adalah favorite buke sy..ngee:D

    ReplyDelete
  4. Kami pun minat dua-dua.. tapi kami jenis yang bila baca tak tahu berhenti ^_^ Novel 500 ms++ satu hari boleh habis :P Komik lagi laa.. hmm.. satu jam.. kehkehkeh xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyoo, kami sebulan baru habis kot novel tu. Haha. Hebat-hebat.. ^_^

      Delete
  5. otaku pun akak xtau ape..hahaha...akak rasa okay je...yg penting minat membaca tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otaku dalam bahasa Jepun bermaksud terlalu obses dengan perkara yang berkaitan anime, manga, game, cosplay, wota (idol), dan figura.

      Haha..saya search google jek.Konklusinya yang minat animelah lebih kurang.

      Yeah, membaca amalan mulia. :)

      Delete
  6. Haha kan. Tak sangka, masa pergi kedai buku nampak lelaki ke ruangan novel. Rasa-rasanya saya pandang beberapa saat tak berkelip. Teringin nak jumpa lelaki macam tu. Hehe :)

    Saya memang layan komik dan novel. Komik Yomogi best gila! XD

    ReplyDelete