Saturday, November 02, 2013

Tips memilih syampu rambut yang sesuai




Assalamualaikum...

Dengan terdapat pelbagai jenis syampu di pasaran, seringkali kita keliru shampoo mana yang harus kita pilih. Akhirnya kita melakukan kesilapan dengan memilih syampu yang salah. Aroma dan harga bukanlah panduan yang tepat dalam pemilihan syampu. Jangan sebarangan memilih syampu kerana pemilihan yang salah boleh menyebabkan rambut rosak.
 
1. Jangan gunakan syampu yang mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

2. Pilihlah syampu yang berwarna jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

3. Jangan gunakan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

4. Jangan biarkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala anda, lebih-lebih lagi jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian “ammonia” dan “hidrogen peroxide”.

5. Ketahuilah bahawa agen pelurus rambut dalam syampu pendandan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

7. Anda perlu memastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih atau beli itu sudah diuji keselamatannya oleh pihak berkuasa.

Selain tips diatas  ingin dikongsikan kepada anda beberapa istilah yang terkandung dalam syampu yang dapat membantu anda memilih syampu yang betul.
  • Linolin = Kandungan sabun rendah diperuntukan bagi rambut rusak dan kering.
  • Ultramoisturising = Kaya pelembab, baik untuk rambut kering.
  • Nettle Oil = Mengandungi penyegar, baik digunakan untuk rambut berminyak.
  • Ketoconazole = Mengandung antiseptik semulajadi baik digunakan untuk rambut berkelemumur.
Sumber:Tips Cara Pilih Jenis Syampu Sesuai Untuk Rambut

Secret note: psss.. aku masih dalam mood malas..Aisey..Rasa lain je nak update blog sekarang. Itu tips yang aku dapat. Kalau korang ada tips lain.Sharelah ye.. ;) Korang guna syampu apa?

5 comments:

  1. Nice tips :) thanks for sharing, baru tahu semua ni

    ReplyDelete
  2. fae sekarang guna shampoo schwarzkopf gliss buatan german. tapi macam x erkesan ngan my hair. instead of linolin, fae jumpa linalool. same ke tu? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ok saya dah search di google..hehe

      Jawapan TIDAK..ianya tak sama...

      Ni jawapannya,

      "linalool is an alcohol from a fruit, lanolin is the oil from sheep wool."

      hehe..saya pun tak pandai sangat bab ni... ;)

      Delete
  3. kak sally pakai ikut la mana-mana...sebab rambut byk dandruff

    ReplyDelete