Tuesday, January 07, 2014

4 Tips Belajar cara yang betul.


Assalamualaikum,

Hari ni nak share sikit tip belajar dengan cara yang betul. Haa, tajuk bikin gempak je.. Adakah selama ini cara kita belajar tu salah? Mungkin? Kekadang semua Tip ni kita tahu tapi tak amalkan pun. Tips ni aku dapat dari Pengetua sekolah. Straight to the point sajalah okay sebab aku kena buat homework yang berlambak tu.

1) Input dan Output.

Apakah input dan output tu? Input tu maksudnya, masa korang belajar di sekolah or masa korang membaca. Korang baca, korang cuba ingat segala fakta yang ada tapi korang perasan tak kekadang segala fakta tu tak kekal lama dalam kepala kita. Itu sebab korang just baca, baca, baca dan baca. Korang tak cuba Output. Output disini ialah apabila korang baca korang tak keluarkan balik.
Kita akan perah otak kita masa peperiksaan saja. Betul tak? Cara sebetulnya ialah kita mestilah membaca dan memahami sesuatu perkara. Then bila rasa dah faham tutup buku dan cuba terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tulis balik apa yang kita faham tu. Kalau tak dapat buka buku dan buat yang baru.

2)Fokus dan ulangi dalam hati.

Semasa pembelajaran kita diajar fokus,fokus dan fokus. Tapi tahukah anda bahawa otak kita hanya mampu fokus untuk beberapa minit saja lebih kurang 15-20 minit saja. Kemana bakinya? Huh, sudah melancong ke korea. Wee~ jumpa SuJu. Gurau saja. Cakap pasal SuJu, Takziah buat keluarga Leeteuk. #StayStrongLeeteuk. Aku tengok gambar dia aku pun rasa sedih.  Okay, berbalik pada tajuk, itulah yang aku dapat tak kiralah kemana pun ianya melencong, selalu paling dekat adalah kantin. Woo, perut lapar maaa.. Bagi mengatasi masalah hilang fokus ni, kita digalakkan untuk ulang balik apa yang cikgu cakap dihadapan. Tapi harus diingatkan cakap dalam hati je nanti tak pasal-pasal kena karate sebab dicop kurang ajar, mengejek orang pula.

2 tip diatas boleh diguna pakai untuk subjek fizik,kimia,bio,sejarah, dan agama. Mana-mana subjek yang lebih melibatkan kepada hafalanlah.

"Eh, kata 4 tip. Ni baru 2?"

Sabar,sabar. Ada lagi 2 tip.

3) Banyakkan latihan.

Kalau cakap banyakkan latihan korang terfikir pasal apa? Math dan add math right? Haa, kita sedia maklum, math memerlukan latihan yang banyak. Tetapi kenapa kita tak amalkan tip ni? Jangan tanya aku, aku pun tak tahu. -_-  Kata orang math ni senang je. Soalan dia lebih kurang sama saja, dia just tukar nombor. Kalau kita selalu buat latihan, kita akan terbiasa dengan soalan tersebut dan segalanya jadi mudah. Oleh sebab itulah, korang kena buat latihan banyak-banyak.

Horeeyyy! Last tip. Sesuai di praktikkan untuk bahasa.

4)Baca, Cakap dan dengar.

Kita ada sifat malukan? Bertambah segan lagi bila kita sendiri tahu yang kita tak hebat dalam bahasa Inggeris. Sebab tulah kita lebih senang berbicara dalam bahasa Melayu saja. Kita takut orang ejek kitakan. Kita tak ada keberanian untuk cakap Broken English. Hey,hey kenapa jadi macam tu? Kita kena praktis barulah boleh berjaya. Biar Oh My English! asalkan berani mencuba. Kalau kita tak cuba tiada siapa boleh betulkan kesalahan kita kalau bukan mereka.

Oh itu saja buat masa ini. Thanks sebab sudi membaca. Ouhhh, ini tip untuk diri sendiri jua.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

4 comments:

  1. Assalamualaikum dansalam singgah petang dik..bersusah-susah dulu....bersenang-senang kemudian....usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  2. sape2 yg belajar elok ikut tips nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu betul.. Mahal tips ni dari Pengetua sendiri..haha.. >_<

      Delete