Friday, February 21, 2014

Katak Oh Katak

Assalamualaikum,


sebenarnya ini cerita hari Rabu haritu. Tapi sekarang baru sempat nak update.
Siapa kat sini geli dengan katak? Suka? Or tengah cari Putera Katak? Whateverlah janji ada kena mengena dengan katak. Sebab hari ini nak bicara mengenai katak. Kami bedah katak! Yeay, bestnya cuma kesian jugaklah. tambah-tambah tengok kekejaman diorang. Rasa nak nangis *dramaqueen*. Hurm.. kebanyakan sekolah waktu form 4 dah buat ni. Tapi sekolah aku time form 5. Tak apalah janji dapat bedah. Nak tengok tak katak-kataknya? Jom.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Sudah dipengsankan.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
Mula dibedah.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Organ dalaman.
  
Nampak tak? Usus, lemak , telur (Kaler hitam)  . Paru-paru dia tak mengembang sebab kekurangan oxygen.

Katak kami baik dia tak ganas. Sebenarnya ada 2 ekor. Sekor hyperactive sekor lagi baik. Yang baik tu, kesian dia dahlah buta sebelah mata, mengandung plak tu. Yang hyperactive tu ingatkan jantan rupanya dia pun mengandung juga. Kita bunuh beribu nyawa rupanya. *Kesat air mata*


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
Poor froggy mommy.

Lagipun katak-katak ini hanya ada 2 pilihan, 1. Dijadikan bahan experiment. 2. Digoreng dan Dimakan. Dua-dua dibawa kearah kematian.

Dear Froggy Mommy : Kami minta maaf kami cuma nak belajar.

[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Ini satu-satunya katak yg selamat. Ini anak katak. Kecil je badan dia. Sudah dilepaskan dan tak tahu dia dimana sekarang. Kawan aku bagi nama 'Frog VLE'. haha. Funny name.

6 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. Katak memang tak seram pun. :)

      Delete
  2. kat skolah dulu kami x bedah katak.. tapi kat U ni, banyak kali jugak nk kena bedah.. macam2 kami buat.. ada yg cucuk karan kat kaki, smpai kaki dia gerak. karan kat jantung, dan macam2 lagi..

    ReplyDelete
  3. OMG maksudnya taun depan saya kena buat benda ini la? Taknak :( Kesian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aliran sains kena buat benda ni. Kalau bkn aliran sains, Tak pastilah. Kan.. Memang kesian. Tapi nak buat mcm mana kita nak belajarkan. hehe..

      Delete