Sesungguhnya aku bingung lagi.Memang sulit bagiku untuk membuat sesuatu keputusan. Apa yang diharap tak selalunya kita dapat.Tapi bila dah dapat apa yang diharapkan,keadaan seperti menghalang,mencegah dan tidak membenarkan aku untuk teruskan harapan.
Dulu,dulu aku lepaskan peluang aku untuk sambung BAHASA ARAB.
Kini,kini peluang itu datang lagi.
Berita dimana aku dapat ke SBP bagai memberi sinar harapan untuk aku.Meneruskan impian yang aku simpan sejak berada di Tingkatan 2.
Mungkinkah harus aku kuburkan sahaja harapan itu?
Atau aku terima?
Entahla.Aku sendiri bingung.Bingung memikirkan orang-orang sekeliling.Bingung dengan kemampuan aku.Bingung dengan keadaan diri aku sendiri.
Aku baru sahaja melakukan pembedahan beberapa minggu yang lalu.Dan kini dalam pemulihan.
Aku telah tertinggal banyak pelajaran ,mampukah aku untuk menambah subjek?
Rasa ingin menjerit dan berfikir matang-matang.Tapi sayang waktu itu sentiasa berjalan dan aku kesuntukan masa untuk itu.
Ouh,terasa diri ini hendak menarik Fadzilah dari SMKA dan menceritakan segala-galanya kepadanya dan mengajaknya ikut serta.
kebetulan kami dapat ke sekolah yang sama,tawaran subjek yang sama.
Tapi sayang,Fadzilah telah memilih haluannya sebulan yang lalu.Dia telah memilih untuk ke SMKA.Mana mungkin kerana aku dia sanggup berpindah bukan?
-THE END-
T.T.....................................................................................T_T
No comments:
Post a Comment