Apa itu Cinta Platonik? Mungkin ada yang dah pernah dengar dan mungkin tidak. Aku pun first time dengar dalam cerita H.A.C.K.S .
Menurut Wikipedia :
Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Pernah tak bersahabat dengan seorang pasangan berlawanan jantina nie, berkongsi idea, suka duka, masalah dan mungkin perasaan masing-masing, namun tidak pernah terfikir untuk melafazkan kata cinta terhadapnya, apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas. Cuma suka dan gembira bila dia ada bersama. Kalau ya, itu maknanya you all sedang terjerat dengan cinta platonik.
Menariknya, walaupun cuma mahu bersahabat dengannya, tapi bila ada boyz/ gurlz lain yang cuba nak mendekatinya, perasaan cemburu tu akan timbul. Bagi korang , dia mestilah rapat dengan diri korang seorang sahaja. Mengapa begitu?
Antara sebab-sebab terjadinya cinta platonik:
1. Sifat ego masing-masing yang menghalang diri daripada berterus-terang tentnag perasaan.
2. You all tak yakin hubungan itu berkekalan dalam tempoh panjang.
3. Belum bersedia.
4. Paranoid jika bila berterus-terang, hubungan akan retak dan jadi kekok akibat penolakan daripada si dia.
5. Soal cinta memang tidak pernah wujud. Mungkin dalam masa sama you all minat kepada orang lain tapi lebih selesa bila bersamanya.
Walaubagaimana pun, sekuat mana pun korang meningkah rasa kasih dan sayang bila terlibat dengan cinta platonik, satu masa nanti pasti akan terdetik juga perasaan tersebut. Selalu sahaja kita dengar boyz/ gurlz jatuh cinta dengan kawan baik, rakan sekelas, rakan sekerja dan lain-lain.
Sumber : YEZZ!
ha'ah.. first dengar dlm H.A.C.K.S.... heehe
ReplyDelete