Friday, April 05, 2013

S.E.C.R.E.T





Aku duduk di sebuah bangku di hadapan Tasik Merdeka. Aku memang gemar melihat suasana di Tasik Merdeka awal pagi begini. Melihat gelagat orang awam di sini , ramai yang berjongging dan yang paling menakjubkan lebih ramai warga tua dari muda malahan mereka berjogging lebih lama daripadaku.
“Mana Hakeem ni?”akhirnya aku mendegus geram. Manalah mamat tu pergi. Janji pukul berapa sekarang dah pukul berapa tapi batang hidung pun tak nampak. Orang ramai pun dah balik. Sekarang tinggal aku dan beberapa orang sahaja yang berada di situ.
Kaki aku dah mula aku hayun dengan perasaan geram. Siaplah kau, kalau aku dapat kau ‘side kick’ aku ni aku bagi kau! Tanpa aku sangka ada orang menepuk bahu aku dari belakang dan misiku diteruskan. Cik Bella tak sedar diri , kan dah malu sendiri. Itulah pantun spontan yang boleh aku cipta untuk diri aku sendiri. Sekarang ni ‘sidekick’ aku dah kena sasaran tapi bukanlah mangsa yang aku cari.
Aku hanya mampu memandang lelaki di depan aku dengan mulut terlopong. Kelu sudah lidahku. Dahlah lelaki di depan aku ni dikategorikan sebagai lelaki idaman aku. Muka macho,rambut pacak yang paling penting dia tak rabun supaya dia boleh tengok kecantikan aku luar dan dalam.Ecewahh, menyempat kau Bella. Tapi sayang lembiklah mamat ni.Ok.Terkeluar dari senarai lelaki idaman aku.
“Maaflah cik. Tapi apa salah saya?”sekarang ni terbalik sudah sepatutnya aku yang minta maaf bukan dia.
“Maaf,maaf Bang.Saya tak sengaja.Tapi salah abang juga.Orang tengah marah ditegur-tegur. Tapikan lepas ni abang balik terus pergi hospital ye.Sebab hari tu saya pernah tendang orang.Masuk ICU dia bang.Nasib tak mati.”
 “Huh?O..Oklah..Sebenarnya Saya Cuma nak cakap Hakeem ada kat sebalik pokok tu. Macam manalah awak boleh kawan dengan lelaki pengecut tu tak gentle langsung. Sepatutnya sepakan ni untuk dia bukan saya.”dengar sahaja nama Hakeem amarahku semakin bertambah lagi pantas kaki ini terus melangkah ke tempat yang sepatutnya.
“Sorry bro tak pasal-pasal kau yang kena.”Hakeem meminta maaf sambil ketawa mungkin lucu kerana lelaki tadi tak habis-habis mengusap perutnya. Hakeem adalah kawan baik aku sejak kecil. Wajahnya mungkin kacak bagi gadis lain tetapi tidak bagi aku.
“Tak apa bro. Sikit je”eleh.sikitlah sangat tadi bukan main dia mengutuk si Hakeem ni.
“Kita janji pukul berapa?”aku pantas mencelah perbualan mereka berdua.
“Pukul 8.00”
“Sekarang pukul berapa?”
“Pukul 10.00”
“Berapa jam aku tunggu?”
“Dua jam”
“Kat mana kita janji?”
“Kat sana!”Hakeem menunjukkan bangku yang aku duduk tadi sekarang dihuni oleh orang lain.
“Kenapa kau lambat?”
“Sebab dia buat kerja tak macam kau.Tanam anggur pepagi buta.Yang kau datang pukul 7.00 tu apasal. Memanglah terasa kelewatan tu.”Ewah mamat ni main kasar nampak.
“Kerja apa?”Hakeem dia bukannya ada kerja yang aku tau dia ni tau mencuri , merompak dan meragut . Banyak kali masuk lokap tapi tak serik.
“Dia kerja…”Hakeem pantas menekup mulut kawannya sambil tersegih macam kerang busuk. Ish mamat ni pun nak rasa ‘side kick’ aku juga ke?
“S.E.C.R.E.T”Hakeem tersengih lagi. Dahlah tak tepati janji. Datang lambat buat muka seposen. Sekarang nak berahsia bagai.
-----------
Aku dan Hakeem berada dihadapan Tadika As-Sofiyya tempat di mana Nasuha iaitu anak saudara Hakeem belajar. Masa untuk mengambil anak kecil itu.Hakeem lebih suka Nasuha memanggilnya abang daripada pak cik kerana baginya panggilan itu terlalu tua buat dirinya. Memang kau tak sedar diri Hakeem. Sekarang ni mereka hanya tinggal berdua kerana ibu bapa Nasuha telah meninggal dunia setahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ayahnya , ibunya , neneknya serta adiknya yang masih kecil.
“Abang! Kak Bella!”anak kecil itu hanya melambai tanpa berlari ke arah kami seperti biasa. Mungkin Nasuha ingin memperkenalkan kami dengan gurunya yang berada di sisi. Aku berjalan mendekati mereka bersama Hakeem.
Seusai kami sampai anak kecil itu terus melompat kearah Hakeem.”Abang ni Cikgu Shida.Cikgu nilah abang saya.Ni pula Kak Bella. Girlfriend abang.”Apa?Girlfriend?tolonglah. Aku menganalisis gadis dihadapan kami. Rasanya aku pernah lihat gadis ni tapi bila dan kenapa aku tak ingat atau aku rasa diri ini sengaja melupakan memori itu. Tetapi hanya satu memori yang cuba aku lupakan sehingga kini tetapi tidak Berjaya. Dia..Sentiasa muncul dengan senyuman yang amat manis sebelum aku tidur. Seolah-olah mengucapkan selamat malam kepadaku setiap hari. Arghh… dia , macam manalah keadaannya sekarang?
“Saya Rasyidah. Cikgu baru kat sini.”Rasyidah tersenyum dan bersalaman dengan aku.Kini kami memandang Hakeem. Tiada reaksi? Bekukah dia? Ataupun terkena renjatan elektrik? Selalunya dia yang paling bising. Kalau sehari tak ketawa tak sah.
“Pak Cik Hakeem kenapa ni?”aku segaja menekankan perkataan pak cik untuknya.
“Ish.Kau ni ada rasa nak kene penumbuk aku ni.Bila masa pula aku kahwin dengan mak cik kau ha?!”
Kemudian aku , Hakeem dan Nasuha pun beredar. Aku cuba mengorek rahsia.Agak-agak kenapa ye Hakeem senyap tadi?”Hakeem,Shida tu comelkan?”
“Hurm.Comel.Tapii…”kata-kata Hakeem terhenti.Aku hanya mampu mengangkat kening.Mamat nikan suka sangat cakap putus-putus.Aku ni dah lah jenis yang tak sabar.
“Tapi apa?”
“S.E.C.R.E.T.Kau tak payah tau.Menyibuk je.”ayat ni yang buat aku panas.Tak habis-habis.S.E.C.R.E.T…S.E.C.R.E.T..menyampah!
“Tapi aku lagi comelkan?”wajahku dicomelkan secomel mungkin.
“Banyaklah kau.Muka macam tempe basi!”akhirnya ketawa Hakeem meletus dan muncung aku dah panjang sedepa.Rasa nak tumbuk je mamat ni.
 -----------
 “Kak Bella.Abang dengan Cikgu Shida sesuaikan?”
“Entahlah.Cikgu Shida baik. Tapi Abang….? Tak sesuailah Nasuha.”
“Ala.Abang hensem.Cikgu cantik.Suha sukalah kalau abang dengan cikgu Shida.Kakak tolonglah rapatkan diorang”
Misi rahsia aku dan Nasuha yang kami bincang tempoh hari kami laksanakan. Pelbagai cara dan pelbagai gaya.Dari lepak bersama,tengok wayang,berbual di shopping complex , berkongsi ilmu dan pendapat,memerah otak untuk menghasilkan kata-kata romantis  sampailah aku terpaksa berhabis duit untuk membeli bunga setiap hari buat Rasyidah.
Apabila kami berempat bersama,Hakeem seperti tidak berminat untuk bercerita banyak.Ketawa pun tidak.Apabila aku dan Nasuha memberi alasan yang pelbagai supaya Hakeem dan Rasyidah bersama,Kedua-duanya tampak kekok.Betul ke rancangan ni akan Berjaya?
“Bella,apa kau cuba buat ni?Aku terbau sesuatu kat sini”Hakeem berdiri dihadapan aku manakala aku sedang tersandar dinding dan dia meletakkan kedua-dua tangannya ke  dinding bagi menghalang aku daripada melarikan diri. Hakeem memandang tepat kearah mataku dan buat kali pertama aku menatap mata Hakeem,lama.
“S.E.C.R.E.T”aku tersengih kearahnya setelah berjaya melepaskan diri. Sungguh aku rasa satu perasaan yang lain tadi. Nasib badan aku ni kecil je,jadi boleh lepas untuk melarikan diri.
“Eh.itu ayat aku.Mana boleh curi.Pencuri!!!!Bella,Cepat ,baik kau ngaku.”Hakeem cuba mengejar aku yang sudahpun lari jauh daripadanya sambil ketawa.Haa..Taupun sakit hati!Selama ni ayat tu juga yang membuat aku sakit hati.
-----------
“Hakeem,cepatlah.Lambat sangatlah kau ni!Main scrabble pun tak reti.Suha lagi hebat tau.”
“Bukan tak reti.Tapi meh sini jap tangan kau.”Nak buat apa lah pula dengan tangan aku.Tapi kuhulur juga tangan ini . Malas melayan kerenah Hakeem.Aku lihat Hakeem meletakkan huruf scrabble ni tapak tangan ku. L.V.E ? apa tu? Dan akhir sekali Hakeem meletakkan cincin.Hakeem ni dah kenapa?Apa maksud semua ni?Aku tak pahamlah.


“Siap!Cantik tak?Cantikkan.Cantikkan.?”Hakeem bertepuk tangan beberapa kali. Dia kelihatan begitu gembira dengan hasil kerjanya.Aku yang kebingugan sendiri.
“Hakeem.Kau buang tabiat eh ?Kau demam ke?” Sebelah lagi tangan ku cuba mencapai ke dahi Hakeem.Manalah tau dia demam. Jadi aku fahamlah kenapa dia buat macam ni.
“Ish aku tak demamlah.”Hakeem cuba menepis tangan aku.
“Habis tu?”sebelah keningku diangkat.Benar-benar tak faham dengan permainan Hakeem.
“Aku suka Kau!”Spontan dan perlahan.Tapi masih bisa kutangkap ucapan yang keluar dari mulut Hakeem.Mulutku terlopong bagai tidak percaya apa yang aku dengar sebentar tadi.Tiba-tiba ketawa Hakeem meletus.
“Aku gurau jelah.Meh sini cincin aku.Mahal ni!Membazir je kalau bagi kau. Baik bagi orang yang aku cinta.”Hakeem sudah mula mengambil cincin tadi dan dimasukkan ke dalam kotak kembali.
“Rasyidah?”Hakeem mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum penuh makna. Seketika kemudian barulah ucapan misteri Hakeem keluar dari mulutnya.S.E.C.R.E.T
“Mesti barang curikan?”kukelipkan mataku berkali-kali.
“Banyaklah kau! Ni aku jumpalah.”Hakeem menunjukkan buku limanya.
“Jumpa kat mana ? Siapa punya ? Mesti kau tak taukan? Kira mencurilah tu!”Hakeem sudah mula mencebik, tidak puas hati dengan ucapanku.
  -----------
“I love you”ayat itu ,akhirnya keluar juga daripada Hakeem khusus buat Rasyidah.Apa yang merasuk Hakeem pun aku tak tau.Aku betul-betul terkejut begitu juga Rasyidah.Nasuha bertepuk keriangan kerana nampaknya usaha kami selama ini berhasil.Aku lihat Hakeem bersedia untuk melutut dihadapan Rasyidah seperti yang selalu aku tonton di televisyen dan akhirnya aku menarik tangan Nasuha jauh daripada situ.Kami jauh dan menjauh.Tiba-tiba aku teringat cincin yang Hakeem letakkan di tangan aku tempoh hari. Nampaknya tekaan aku tepat , cincin itu memang digunakan untuk melamar Rasyidah.
Selama satu jam aku dan Nasuha duduk dihadapan Tasik.Nasuha tak habis-habis memarahiku dan memaksaku supaya beredar dari situ dan pergi ke tempat Hakeem dan Rasyidah tadi.
Apabila kami sampai hanya Rasyidah tanpa Hakeem.Nasuha berkali-kali bertanya kepada Rasyidah apa yang terjadi dan Rasyidah hanya mampu mendiamkan diri.Adakah Rasyidah menolak cintanya?Tapi mengapa?

“Hakeem.Kenapa kau lari hari tu?Betul ke kau betul-betul cintakan Rasyidah atau sekadar mempermainkannya?”
“Suka”Hakeem menjawab soalanku,pendek.
“Habis kenapa lari?Apa dia cakap?Setuju ke tak?”
“S.E.C.R.E.T.Ini hal kami kau jangan sibuk.Pergi main jauh-jauh.”
“yelah.Gitukan namanya kawan.” Aku mula berjalan jauh dari Hakeem dengan perasaan hiba.
“Bella. Hari tu aku tak sempat bagi cincin tu! Aku ada hal. Tapi kau janganlah risau.Dia dah terima aku!” dari jauh aku mendengar bicara Hakeem.Dah terima?  Betul ke? Kenapa aku rasa lain ni ? Wahai hati kenapa dengan kau? Kau sedih ke?Ish.. Tak mungkinla.
----------- 
Aku lihat kotak ditanganku.Hadiah hari lahir buat Hakeem.Hadiah ini,sepatutnya aku sudah membuangnya dahulu tapi disebabkan aku membelinya dengan hasil titik peluhku,aku hanya menyimpan dan masanya untuk aku memberi kepada orang lain.Huh,jimat duit aku.
Aku dah berjanji dengan Hakeem mahu memberinya hadiah tapi dia tidak kunjung tiba.Hujan pun semakin lebat.Tak apa Bella,Sabar.Hakeem tengah sambut birthday dia dengan Shida dululah tu.Ye,pasti Hakeem menyambut hari lahirnya bersama yang tersayang.Aku ni siapalah bagi diakan?
Aku lihat jam ditangan dan akhirnya hadiah di tangan aku campak.Aku bukanlah seorang yang penyabar , aku memang tak suka menunggu orang .Akhirnya aku pulang dengan perasaan kecewa.Adakah Hakeem tak ingat aku sedang menunggu?Hujan yang semakin lebat aku redah.Keadaan  sejuk pun aku sudah tidak terasa sebab hati ini sedang panas membara.

“Hakeem kenapa kau tak datang?Penat aku tunggu.”
“Eh,siapa cakap aku tak datang.Aku datanglah!Kau tu yang dah balik.Memanglah tak jumpa.”
“Tipula.Kalau kau datang mesti kau pakai hadiah tu.Kenapa tak pakai.”
“S.E.C.R.E.T. Ada sebabnya aku tak pakai.Suatu hari nanti kau tahu jua.”
 -----------
“ Abang nak ais-krim . “Nasuha merengek meminta ais-krim kepada Hakeem . Di hujung minggu begini kami memang sering ke pusat beli – belah . Kami bukannya beli barang tetapi kami lebih berminat untuk melepak . Bagi aku,disinilah aku dapat berbagai – bagai fesyen muslimah yang diperagakan oleh orang awam .
“ Yelah . yelah . Sabar . Bella kau nak tak ?”. Sejak semalam aku seperti  tidak bermaya . Aku hanya menggeleng kepala tetapi fikiranku masih melayang . Akhirnya setelah beberapa kali bertanya Hakeem mengalah . Membiarkan aku mengelamun sendirian .
“ Bella ? Ya Allah . Lamanya kita tak jumpa . Bella apa khabar ? Sihat ? “.Hakeem ni biar betul . Lama tak jumpa apanya . Hari – hari muka kau je yang aku nampak . Akhirnya aku memandang tuan punya suara . Tidak semena aku segera bangun dari tempat duduknya. Dihadapanku kini bukanlah Hakeem tetapi seorang lelaki yang amat dikenalinya dulu .
“ A..a..a..mir . “Aku menelan liurku. Dia , kini dia muncul kembali dihadapan aku.Aku lihat dia tersenyum.Manis!
“Ya Bella ni Amir.Bella dah semakin kurus sekarang.”Memanglah aku kurus ,disebabkan kau aku tak lalu makan , disebabkan kau setiap malam menangis.Diri ini masih kaku.Tak dapat bertindak balas dengan kata-katanya.Hanya air mata yang mampu menitis.
“Bella,kenapa ni?Kau siapa?”akhirnya Hakeem datang di waktu yang tepat.
“Bella,Bell.Are you okey?Ni siapa?”Amir turut cemas apabila melihat air mataku.
“Kau buat apa dengan Bella hah?”kedengaran suara Hakeem sedikit keras.Adakah aku harus beritahu Amir yang Hakeem ini pakwe aku?Tapi itu menipu namanya.Tapi mungkin kata-kata itu boleh membuatnya menjauh dari aku.Sungguh luka semalam masih berdarah.
“Aku..Aku..Aku tak buat apa-apa pun.Cuma Tanya khabar je.Kau..Kau siapa?”
“Aku boyfriend dia.Kenapa?”Ternyata apa yang aku fikirkan keluar dari mulut Hakeem.
“Kenapa ni Amir?Hakeem?Bella,kenapa menangis?”suara tu.Mungkinkah itu isterinya Amir?Sungguh aku tak sanggup melihat wajah wanita itu. Amir dia adalah cinta pertama aku.Kami berkawan hampir 5 tahun tetapi hubungan kami terputus ditengah jalan.Kenapa?Sebab dia telah dijodohkan dengan seorang wanita yang bernama Puteri.Jadi aku relakan pemergiannya kerana bagiku restu keluarga lebih penting.Tetapi telinga masih bisa menangkap pertanyaan wanita tadi. Adakah kami saling kenal?
Akhirnya aku menatap satu persatu wajah.Hakeem,Amir,Nasuha dan….Rasyidah?Kemana Puteri?Adakah Rasyidah dan Puteri orang yang sama?Ku amati wajah Rasyidah dalam-dalam dan akhirnya aku ingat kembali.Ya,aku ingat.Amir pernah menunjuk aku wajah Puteri dihari kami berpisah.Aku yakin itu dia.Apabila ingatanku kembali,laju sahaja kaki ini melangkah.Meskipun jauh aku masih boleh mendengar Hakeem memanggilku dan yang pasti para pengunjung sedang melihatku.
 -----------
Rasyidah,Puteri,Rasyidah,Puteri.Hakeem,Kenapa kau tipu aku?Bukan ke kau dengan Rasyidah? Dulu kau pernah bagitau aku Rasyidah terima kau. Tapi kalau Rasyidah dan Puteri orang yang sama tak akan lah dia terima Hakeem ? Diakan isteri orang?
Tok! Tok! Tok!
“Ibu,orang tak nak keluarlah.Kalau ibu nak pergi pasar pergi jelah!”
Tok! Tok! Tok!
“Ibu!Kan orang dah cakap berapa kali nak ulang!”
Tok!Tok!Tok!
“IBU!!”arghh,ibukan orang dah cakap tak nak keluar.eh,jap,jap.Bukan ke tadi aku sendiri yang melihat ibu masuk ke dalam perut kereta ayah. Tak akan dah balik? Sekejapnya?
“IBU!”kedengaran suara mengejek aku dari luar kamarku.Sah,dia.Siapa lagi kalau bukan Hakeem.Dasar penceroboh!
“Hakeem,Blah la.Siapa bagi kau masuk”
“Bella.Keluarlah,Aku ada benda nak cakap ni”Ish.Hakeem ni kan.
“Aku tak naklah!Kau tak boleh ke balik je.Siapa bagi kau masuk rumah aku.”
“Bella,kau keluar atau aku masuk.Kau ingat aku tak boleh pecahkan pintu bilik kau ni.”
“Baliklah!!!!”
“Aku kira sampai tiga.1….2….”Aku segera mengambil tudung dan di sarungkan ke kepala dan pintu bilikku dibuka.Kalau Hakeem pecahkan pintu ni tak pasal-pasal jadi kes lain pula.Setelah aku membuka pintu kamarku Hakeem bukanlah berada di hadapan pintu sebaliknya sedang menyandar di dinding sambil berpeluk tubuh.Kurang ajar!Kalau aku tahu aku tak buka pintu.Akhirnya ketawa Hakeem meletus.Dia ni kalau sehari tak ketawa tak boleh ke?Dahlah kepala aku ni dah nak pecah,dangar pula ketawa dia. Memang boleh meletup.
“Kau pergi turun.Masak.Aku nak tidur dulu.Kesian Suha ni lapar.”amboi..amboi..sesedap rasa je arah-arah orang tetapi apakan daya Hakeem lebih pantas dia sudahpun mengunci bilikku dari dalam. Kekusutan yang melanda membuatkan aku lambat berfikir.Masa-masa begini ada black belt pun dah tak boleh pakai.Kalau boleh mudah sahaja menghalang Hakeem.Hakeem,selalu mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.
“Bella.Masak sedap-sedap tau.Tadi aku tengok kat dapur tak de lauk.Kau ni kuat sangat makan mana tak gemuk.Aku ni juga yang kurus!”kedengaran Hakeem mengutuk aku dari dalam.Hakeem!!!
Amir?Kenapa kau mesti muncul kembali dalam hidup aku?Tak boleh ke kau pergi jauh?Sejauh-jauhnya?Meskipun sebenarnya aku rindu kau. Tiap-tiap hari teringin nak jumpa kau tapi hakikatnya aku tak nak. Aku tak sanggup nak jumpa kau. Isteri kau. Tanpa aku sedari aku menekup mukaku ke lutut. Menangis sekuat hati di tangga rumahku.
“La,nangis lagi.Kenapa ni?Tak nak cerita kat aku ke pasal Amir Iskandar?Macam mana kau boleh kenal dia? Jatuh cinta dengan dia? Saat-saat bahagia kau dengan dia? Perpisahan itu terjadi kenapa?Tak nak cerita ke?”
Aku diam. Soalan-soalan dari Hakeem kedengaran sinis bagiku. Aku tahu dia marah kerana pada zaman persekolahan dulu dia selalu berpesan pada aku Jangan pernah jatuh cinta pada lelaki apalagi bercinta. Kini, aku sendiri menyesal. Menyesal kerana tidak mendengarkan kata-kata Hakeem. Kalaulah masa boleh diundur.
“Bella Irdina. Kenapa senyap? Betul ke kau tak nak cerita kat aku?Kita dah kenal lama tapi aku tak pernah tahu pun hal ni.Itu tak apalah.Ianya dah berlalu dah.Aku Cuma nak kau cerita kat je supaya kau tenang dan segala tekanan tu hilang.Kalaulah boleh aku rasa penderitaan kau.0.01% pun jadilah.” Aku diam. Maaf Hakeem, tapi aku tak berdaya untuk menceritakannya pada kau.0.01% itu pun tidak akan aku beri pada kau sebab kau terlalu baik.Kau tak layak menerima penderitaan aku ni.
“Bella,aku pergi dulu.Mungkin dengan ketiadaan aku kau lebih tenang.Mungkin kau perlukan waktu untuk bersendirian. Maaf.” Hakeem bangkit dari terus duduk disebelahku.
“Rafiq Hakeem. Kau robot ke? Kenapa kau tak pernah tertarik pada mana-mana perempuan waktu zaman persekolahan dulu? Bukan ke ramai gadis yang tergila-gilakan kau? Kenapa kau tak sedih bila dapat tahu Rasyidah tipu kau padahal dia isteri orang.?” Kali ini pelbagai soalan pula terbit dari mulutku.
Hakeem berdiri dihadapan aku. “ Aku hanya mampu jawab yang aku memang tak pandang mana-mana gadis sebab aku tak nak lukakan hati mereka. Aku Cuma nak yang halal untuk aku.Cinta halal aku. Biarlah orang cakap aku sombong atau apa-apapun. Aku tak kisah. Cuba kau bayangkan apabila kau berada disituasi aku.Ramai gadis yang cuba mendekati kau. Kalaulah kau terima dia tapi suatu hari kau melukakan hati dia.Apa dia akan cakap? Dia hanya akan cakap kau jahat, tak ada perasaan , buaya darat dan hanya mempermainkan dia. Tapi dia sendiri tahu yang dia minat tu orang ‘hot’ macam aku. Macam-macam dugaan akan muncul. Lain pula kalau aku pilih 1 daripada 10 gadis.9 gadis lagi akan kecewa. Mungkin mereka akan melakukan perkara diluar jangkaan. Kalau aku memlih kesepuluh gadis. Mereka akan cakap aku mempermainkan hati mereka. Dan kalau aku tak pandang mereka semua,kira adillahkan? Semua tak dapat. Jadi tak akan ada yang sakit hati.” Mendengar penjelasan panjang lebar Hakeem membuatkan aku ketawa.
“ Dan seorang gadis yang ‘bertuah’ tu hanya aku.Dugaan tu memang datang.Kau tak pernah tahukan yang aku selalu menjadi mangsa diorang.Berapa ramai musuh aku dulu. Lepas kau tamat SPM pun masih ada yang mencemburui aku. Nasib Amir datang tolong aku. Yelah, kau dah habis SPM jadi tak ada yang protect aku. Nasib baik semasa kat Universiti dulu tak ada yang kenal kau.Jadi aku aman.”
“Yelah. Aku belajar sampai SPM je pun.” Kedengaran suara Hakeem sayu. Kesempitan hidup membuatkan Hakeem menamatkan pengajian hanya pada tahap SPM.
“ Abang,kakak.Kenapa nangis ni? Suha sedihla tengok Kak Bella dengan abang nangis. Kak Bella. Akak jangan menangis lagi eh. “ aku mengesat air mata aku lalu aku tersenyum. Nasuha bertepuk tangan .
“Hakeem,kau menangis ke?”
“Eh,tak adalah.Tak macholah kalau aku menangis.Ni saja je.Nak ambil hati kau!”kata Hakeem sambil ketawa. Hakeem sentiasa riang.Sentiasa tersenyum dan ketawa.Pandai dia menutup kesedihan atau mungkin dia benar-benar robot?!
“Kau dah OKkan? Kalau macam tu.Aku dan Nasuha balik dululah ye. Dan kisah percintaan kau tu biarlah S.E.C.R.E.T . kalau aku dengar mesti sediakan baldi dulu.Nanti aku termuntah pula.”
 -----------
Dugaan , kenapa kau mesti datang? Kenapa disaat satu masalah belum selesai, satu lagi hadir? Kenapa disaat Amir muncul, Hakeem pula menghilang? Amir Iskandar , kenapa kau mesti muncul kembali setelah 2 tahun kita tidak berjumpa? Rafiq Hakeem, kenapa engkau pergi  tinggalkan aku?Sahabat baik engkau ni? Kita tidak pernah berpisah,kenapa baru sekarang?
Pagi tadi,aku ingin menghantar makanan buat Hakeem dan Nasuha. Cerita Hakeem membuatkan aku sedar yang aku tak patut marah atau kecewa kerana Amir Iskandar bukanlah kekasih halal aku.Aku tidak perlu tangisinya. Malah, aku seharusnya gembira kerana kini dia punya seseorang yang jauh lebih baik dan cantik daripada aku.
Tetapi berita yang aku terima daripada jiran sebelah rumah  Hakeem,membuatkan aku sedih. Aku sudah kehilangan seorang kawan baik. Dia sudah pergi jauh daripada aku. Malah, aku lebih sakit hati apabila perpisahan itu terjadi tanpa selamat tinggal. Sungguh aku tidak pernah menyangka yang Hakeem akan meninggalkan aku dengan cara sebegini.
“ Bella, Amir nak minta maaf. Amir menyesal tinggalkan Bella dulu. Di saat Amir kehilangan Bella.Amir rasa macam jiwa Amir hilang.Ya, Amir hilang sesuatu.Amir hilang Bella. Ini semua ‘orang tua’ tu punya angkara. Amir benci dia. Kalaulah boleh Amir undur masa, Amir tak akan dengar cakap dia. Amir tak akan ikut permintaan Bella. Bella pun tahukan yang Amir cinta Bella. Tidak ada seorang gadis pun yang special di hati Amir kecuali Bella.Dulu,kini dan Selamanya” laju sahaja tangan ini hinggap ke pipi Amir Iskandar.Kata-katanya itu sungguh menyakitkan dan aku yakin kalau isterinya dengar pasti hatinya akan lebih hancur.
“Amir tahu tak apa yang Amir cakap tadi? Orang tua yang Amir benci tu,papa kandung Amir sendiri. Amir tahu tak berat bagi Bella merelakan pemergian Amir? Berat Amir. Berat sangat. Hati Bella hancur. Hati Bella sakit. Tapi Amir pernah ke fikir kalau kita teruskan perhubungan kita tu, boleh ke kita bahagia sepertimana hidup Amir dengan isteri Amir? Amir tahu tak kalau isteri Amir dengar apa yang Amir cakap tadi,macam mana perasaan dia? Hati dia lebih hancur daripada perasaan Bella sewaktu merelakan pemergian Amir.Amir tahu tak?! Amir tak pernah tahukan? Sebab apa? Sebab Amir hanya seorang lelaki yang pengecut dan tak pernah memahami perasaan perempuan. Dan sejak Amir datang balik dalam hidup Bella, Bella terpaksa kehilangan kawan baik Bella. Ni semua salah Amir. Bella benci Amir.Bella benci Hakeem.!”
“Tak Bella.Kau tak boleh bencikan Hakeem.Di sayangkan kau.Sayang sangat. Dia rela mengundur diri kalau memang kau pilh Amir.Dan aku Puteri.Puteri Rasyidah. Buat pengetahuan kau Amir bukan suami aku. Kami hanya tunang. Sewaktu pertemuan pertama kami,Amir awal-awal menyatakan yang hati dia milik Bella. 2 tahun pertunangan kami,kami masih tidak mengenal antara satu sama lain. Jodoh yang diatur oleh ibu bapa memang sukar untuk ditolak. Apabila mereka memberi kata putus bermakna kita mesti akur. Aku selalu berharap yang aku dapat berjumpa dengan Bella. Aku ingin menyatakan kepada kau tentang isi hati Amir. Tetapi niat itu aku batalkan kerana Hakeem. Aku tahu Hakeem mencintai kau. Aku yakin bahawa hati kau bukan milik Amir lagi.Jadi aku kuburkan sahaja niat asal aku.Sehinggalah saat ini, Bella dan Amir bersemuka.Mungkin Hakeem dah pergi.Kini Amir kembali. Jadi segala-galanya terletak ditangan kau Bella. Jika benar aku mencintai Amir.Kembalilah kepadanya. Aku akan cuba memainkan peranan aku agar cinta korang berdua tetap akur dan direstui.Percayalah Bella.Aku tolong.”
“Tak.Aku tak boleh. Aku tak nak. Aku tak percaya dengan semua ni.Semua ni permainan korang berduakan?Korang buat Hakeem pergi dari hidup aku. Korang saja nak tengok aku menderitakan? Korang memang jahat!Korang kejam! Aku benci korang! Aku benci Hakeem.”
Sungguh aku tidak boleh menerima kenyataan daripada kata-kata Rasyidah tadi.Aku terus melarikan diri hingga sampai ke rumah.Di bilik, aku mengurung diri.Segala barang aku capai dan aku lempar sehinggalah mata aku tertacap pada sepucuk surat.


Kepada Bella Irdina a.k.a Minah Brutal.
Assalamualaikum.
Beribu kemaafan aku pohon kerana aku terpaksa pergi.Pergi jauh untuk merawat hati yang terluka. Mungkin aku akan kembali tetapi aku sendiri tidak pasti bila hati ini akan sembuh. Kalaulah ada hospital yang sediakan ubat untuk aku.Mungkin aku tak akan pergi.Akan aku beli ubat itu buat aku dan kau supaya sama-sama tidak sakit hati. Tapi sayang, sebab aku tidak Berjaya mencapai cita-cita aku untuk mencipta ubat itu.Kini,aku harus pergi.Mencari ketenangan sendiri.
Bella,
Aku minta maaf.Jika akhir-akhir ini aku menyakitkan hati kau dengan permainan kod S.E.C.R.E.T aku tu. Sekarang akan aku bongkar semuanya agar segalanya jelas dan engkau mengerti.
S.E.C.R.E.T  [1 ]
Kau ingat tak lelaki yang kau tendang tempoh hari?Dia ada menyatakan yang aku bekerja.Ya,aku bekerja. Tapi  tidaklah sepertimana yang aku lakukan dulu.Aku dah berubah. Aku tidak lagi mencuri.Pemergian keluarga tersayang membuatkan aku sedar yang ajal juga akan menjemput aku bila-bila masa dan dimana pun. Untuk pergetahuan kau,dia itulah boss aku. Aku bekerja sebagai mekanik di bengkelnya. Kebetulan banyak pula kerja aku hari itu jadi akan tidak menepati  janji aku.
S.E.C.R.E.T  [2 ]
Hari pertemuan pertama kita dengan Cikgu Rasyidah. Senyuman dia membuat aku terpana. Senyuman itu mengingatkan aku kepada Kakak.Senyuman mereka tidak jauh beza.Sentiasa ikhlas dari hati. Manis sekali.Kau cuba mengetahui rahsia itu tapi tak berdaya. Aku ada satu nak cakap. Ya, Kau memang jauh lebih comel dari Rasyidah.
S.E.C.R.E.T  [3 ]
Rahsia kau,
rahsia aku;
rancangan kau,
aku dah tahu.
Aku tahu yang kau dah merancang dengan Nasuha untuk mempersatukan aku dengan Rasyidah. Tapi sayang, aku tak suka semua tu. Sebab aku suka kau. Malah, Rasyidah pun tahu. Maaflah, dah berhabiskan ‘berjuta-juta ringgit’ kau tu hanya untuk bunga buat Rasyidah setiap hari. Ini aku sertakan sedikit wang untuk menggantikannya.Aku nak minta maaf sekirakan wang itu tidak mencukupi.Harap kau menghalalkannya.




Wang kertas berjumlah Rm100 dan sebentuk cincin kini berada ditangan aku.Hakeem,kau tak perlu bersusah payah untuk ini. Aku tak kisah pun pasal duit.Yang penting kau dan Nasuha gembira. Kegembiraan korang sudah cukup membuatkan aku gembira.



S.E.C.R.E.T  [4 ]
Sewaktu kita bermain scrabble dulu.Aku dapat huruf L.V.E. Jadi aku ingat nak buat sesuatu yang romantic pada kau.Tapi kau tak faham.Kau ingat aku demam.Jadi aku batalkan niat aku.Kau bukannnya tak tahu aku ni cepat nervous.Mungkin belum waktunya.Secara jujurnya, aku memang jumpa cincin tu.Tapi bukannya kat jalan sebaliknya kat kedai.Penat aku kumpul duit tapi kau tak hargai pun. Pandai-pandai saja kata itu barang curi. Aku tak nak simpan jadi kau ambillah.Nak buang pun tak apa.Barang curikan.?
S.E.C.R.E.T  [5]
Dihari ‘kononnya’ aku melamar Rasyidah.Itu semua aku rancang.Rasyidah pun tak tahu. Aku Cuma tahu yang aku mahu menggagalkan rancangan kau dengan Nasuha. Aku memang suka dia tapi tak lebih dari seorang kawan.Tapi aku gembira sebab peristiwa itu kau sedih.Aku ‘perasan’ yang kau suka aku tapi hakikatnya hati kau masih pilih Amir.
S.E.C.R.E.T  [6]
Aku minta maaf.Waktu hari jadi aku dulu.Memang aku datang.Tapi sekali lagi aku terlambat.Bukan sebab Rasyidah tapi sebab kerja.Sudah habis kerja aku terus memecut laju ke tempat yang dijanjikan. Malang tak berbau , motor aku terbabas sebab jalan raya licin. Jadi aku pengsan. Sedar-sedar aku dah berada di hospital. Nasib aku pengsan sekejap je. Lepas sedar aku pun lari  dari hospital sebab aku ingat kau. Aku tahu kau panas baran atau lebih tepat aku tak nak kau kesejukan sebab haritukan hujan. Tapi aku sampai kau dah balik , yang aku nampak Cuma kotak hadiah. Lawa jam tu. Terima kasih ya. Kau mesti tertanya-tanyakan kalau aku datang kenapa selama ni aku tak pakai jam tu? Cuba kau fikir siapa yang akan pakai jam yang baterinya dah habis? Aku tahu kau ‘recycle’ jam tu tapi tak payahlah nak tunjuk sangat yang hadiah tu sebenarnya untuk orang lain. Kecil hati aku tau tak?

Bella,
Aku dah tahu semuanya.Amir dan Rasyidah dah bercerita panjang dengan aku. Nampaknya peluang kau untuk bersama dengan Amir memang cerah. Rasyidah cakap dia memang tidak ada hati dengan Amir.Dia mahu beritahu ibu bapa dia tapi dia tidak mampu.Mungkin kalau kau dengan Amir,mudah sikit dia nak terangkan. Aku doakan kau bahagia dengan Amir. Kalau korang kahwin nanti, JANGAN JEMPUT AKU. Aku tak sanggup merasai kesakitan lagi. Mungkin aku tak pernah muncul lagi kalau korang bersama kecuali kalau aku dah jumpa cinta sejati aku di tempat lain.Masa tu aku akan tunjuk pada kau yang aku pun ada cinta sejati.Kau jangan risaulah masa aku kahwin nanti aku UNDANG kau. Kau mesti datang dengan Amir tau!
Minah Brutal,
Kau unik.Kau tidak sama dengan semua perempuan yang pernah tergila-gilakan aku.Kau tak tergila-gilakan aku tapi sebenarnya kau tu memang GILA.Perangai kau gila-gila, buatkan aku selesa dan aku yang tergilakan kau. Aku simpan hati aku hanya untuk kau.Aku tidak pandang perempuan lain kerana kau.Sekarang aku terpaksa pergi untuk kau.Semuanya demi kebahagiaan kau. Kau juga patut tahu.Dulu,aku selalu ingatkan kau supaya jangan jatuh cinta sebab aku tak nak kau dengan orang lain.Nampaknya sekarang aku terpaksa terima hakikat yang aku kalah dengan Amir Iskandar.

P/s : Kau pernah dengar tak?Orang ada cakap kalau seorang lelaki dan seorang perempuan berkawan baik, salah seorang tu mesti jatuh cinta dengan kawan baik dia.Dan orang tu adalah AKU.
Kawan yang Bijaksana,
Rafiq Hakeem…..



 -----------

Dua Tahun kemudian,
Hakeem.Akhirnya kau akan kembali.Aku gembira sangat masa kau telefon aku semalam.Kau cakap kau nak jumpa aku. Hari ni, aku sengaja bersiap lambat padahal hati ini nak cepat.Aku rindu sangat dengan kau. Sebenarnya aku takut kau yang lambat.Kau tahukan yang tak suka menunggu?Selepas pemergian kau, baru aku sedar.Aku perlukan kau.Aku sunyi apabila kau tidak berasa disisi.Dua tahun aku meluahkan rasa rindu ini pada Sang Ilahi.Hari ini,aku dapat jumpa kau.
“Kak Bella.A….A….A..bang….Abang.”Nasuha menarik tanganku dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Abang?Hakeem kenapa SUha?”
“Abang kena pukul.Kepala abang berdarah.”Aku segera berlari kearah Hakeem bersama Nasuha.Hakeem,jangan tinggalkan aku.Aku lihat Hakeem sudah terbaring di atas tanah.Matanya terpejam rapat.Orang awam hanya mampu melihat dengan keadaan terkejut.Ada yang memegang telefon,mungkin menelefon ambulan.Aku segera berlari kearah Hakeem.
“Hakeem.Hakeem.Bangunlah.Janganlah tinggalkan aku lagi.”Kepala Hakeem aku letak di atas ribaku.Sebelah tanganku menepuk-nepuk pipi Hakeem.Dia tetap tak bangun.Hakeem!!!
Segalanya begitu pantas.Apabila aku sedar,sebelah tangan aku sudah bergari.Kedengaran Hakeem ketawa.Ketawa tu,aku rindu suara tu.Hakeem terus duduk dihadapan aku dan menggari tangannya pula.
“Bella Irdina binti Abdullah. Anda adalah suspek yangg saya cari. Anda  didapati BERSALAH atas tuduhan mencuri hatiku , Menceroboh mimpiku dan mengganggu ketenangan jiwaku . Anda telah disabitkan kesalahan dibawa akta Perasaan kanun Percintaan dan akan dijatuhkan hukuman Sehidup Semati dengan aku atau Didenda MELEBIHI 100 ciuman dariku atau kedua duanya sekali . Tanpa sebarang ikat jamin atau peguam bela , Sila ikut saya ke muka pengadilan untuk menghadap TOK KADI . Ada apa-apa bantahan ?”
“Hakeem apa semua ni? Lepaslah!Malulah ada orang tengok! Hakeem kau ni penipu.Kalau aku tahu semua ni Cuma permainan kau.Aku tak akan datang dan aku tak akan jumpa kau.Aku benci kau!Lepaslah Hakeem.” Aku cuba melepaskan diri. Sungguh aku nak lari jauh.
“Tapi aku rindu kau.Kau tak rindu aku ke?”aku menatap mata Hakeem sayu.Dia sedih ke?
Aku menampar Hakeem.“Aku benci kau!Kau tinggalkan aku!Kau pergi tanpa ucap selamat tinggal!Aku benci kau!”
“Bella,aku betul-betul rindu kau.Aku buat semua ni untuk kau.Aku nak kau tahu yang hati aku tetap pilih kau.!”
“Bella,awak terimalah Rafiq.Kalau awak tak terima tak jadilah novel dia.Dia tulis novel tu untuk awak.”teriak salah seorang wanita dalam kelompok manusia tadi.
“Novel?”
“Bella,ni semua peminat aku.Aku dah jadi novelis sekarang.Novel aku top tau!Tulah.Aku hantar sampai peti surat rumah kau.Kau ambil dan campak keluar.SIapa suruh?Tapi bagus juga.Kalau kau baca mesti tak dramatic sekarangkan?”Hakeem tersenyum.Novel?Ya,aku ingat memang aku ada campak novel.Aku lihat nama Rafiq Hakeem sahaja aku segera mencampaknya keluar.Apabila aku cari keesokan harinya novelnya sudah tiada.
“Aku tak peduli semua tu.Kau pun tahu yang aku ni OTAKU.Jadi aku tak minat baca novel tu.Apatah lagi novel tu hasil penulisan kau.Lagilah membuatkan aku meyampah bertambah marah.Kau sepatutnya bersyukur yang aku tak bakar novel tu.Jadi sekarang buka gari ni.!”
“Ala.Tak nak.Aku nak sentiasa macam ni dekat je dengan kau!”Hakeem menggeleng berkali-kali.
“Cepatlah Hakeem buka.”aku tetap memaksa.
“Aku bukan tak nak buka.Tapi dengan 3 syarat.Pertama,kau terima aku jadi kekasih halal kau.Kedua,kau terima aku jadi kekasih halal kau.Ketiga, kedua-dua syarat tadi.”
“Hakeem.Mana kau dapat gari ni?Kaukan novelis?”aku sengaja mengalih topic perbualan .
“Oh,ni?APa guna ada abang ipar polis.”
“EHem..ehem..Bakal abang ipar!Tupun kalau adik aku terima kau.”aku melihat tuan punya suara.Angah?
“Bella.Along balik sekejap ni demi Bella tau.Jangan sia-siakan mengorbanan Along.”Along?Bukan ke Along sedang belajar di overseas? Kenapa Along boleh balik?Aku pandang pula ibu dan ayah di sebelah Along.Kedua ibubapa yang sangat penyayang sedang tersenyum kearahku.
“Bella.Sebenarnya hati Amir berat.Tapi Bella tak terima Amir jadi Bella pilih Hakeemkan?”Amir tersenyum kearahku.Puteri dan Nasuha mengangguk sambil bertepuk tangan.
“Hakeem,S.E.C.R.E.T.Biarlah rahsia hati ini kita berdua sahaja yang tahu.”Akhirnya aku tertunduk malu.Aku cuba menyeka air mataku tapi tidak Berjaya.
“Bella,janganlah menangis.Aku janji tak tinggalkan kau lagi.Hati ni,Cuma pilih kau.”
Ya Hakeem, Aku percaya kau.Aku sungguh bahagia hari ini.Kau lakukan sesuatu yang romantic yang bagi aku lebih dari cukup.Aku tidak pernah menyangka perkara ini akan terjadi.Hakeem, kau novelis dan aku OTAKU tapi aku yakin kita boleh bahagia sepertimana pasangan diluar sana.Harap cinta kita hingga ke syurga.Amiin.

------_TAMAT_------


 Assalamualaikum.
Cerpen terbaru aku bertajuk S.E.C.R.E.T.Aku harap korang sudi comment. Kalau nak kutuk pun tak apa.Buat masa ni aku tahan maki.hehe..
Ini adalah hak ciptaan aku sendiri datang dari idea yang tiba-tiba muncul.Jadi maafkan pada kesalahan tatabahasa dan keadaan ayat yang tidak best lagi tunggang terbalik tu. Korang boleh comment tentang keseluruhan cerita ataupun watak satu persatu.Cakap je kalau korang tak suka watak hero mahupun heroin.sebab aku sentiasa membaca comment korang. Tapi taklah sampai adjust balik cerita ni.Mungkin kalau aku rajin aku bolehlah buat lagi cerpen mcm watak yg korang nak.Sejujurnya aku minta maaf sebab permulaan tu tak BEST.Aku kalau baca ulang balik pon part surat Hakeem je dan aku akan tersenyum puas..hahaha...Part yang gila-gila tu memang betul-betul gila gempak.Bagi akulah.
Oh ye.Kata-kata Hakeem kepada Bella apabila die nak letak gari tu aku credit to Facebokers.Sebenarnya idea aku memang lebih kurang mcm tu cuma kena isi tempat kosongla.Tetibe tahun lepas tak silap aku jumpa.Memang rezekilahkan? Ouh ye.Maaflah cerita permulaan tak BEST korang anggap je yg tu hasil tulisan aku tahun lepas.Budak-budak lagi.hehe..Tapi memang tahun lepas pun aku buat.Yang part ending tu memang tak berapa best sebab aku tak pandai nak mengespresikannya.Padahal aku rasa dah sweet dah.Cuma tak reti je.Itu sahaja.

Jomlah baca :
3.erti sebuah persahabatan








 ---------------------

4 comments: