seperti yg aku telah tulis semalam aku berjaya rembat 2 buah novel. Tapi aku tak sempat lagi nak baca.Al-maklumlah peperiksaan dah nak dekat dan besok aku oral BI.So, tak sempat. Online sempat pula!!hehe..
Tanpa membuang masa aku mulakan novel kedua yg menjadi milik aku.Ni aku beli dah lama cuma tak sempat review je.
Dalam entry ini ada gambarnya.
Aku, Espresso dan Latte
SINOPSIS :
Mengisahkan Aliya yang terpaksa bekerja kerana tidak mampu menyambung pelajaran. Aliya bekerja di kafe Makan Sampai Kenyang. Dia berkenalan dengan Amir, pelanggan tetap yang suka minum espresso yang dibuat oleh Aliya. Secara rahsia Amir membantu Aliya dengan membiayai kos untuk Aliya sambung belajar di kolej terkemuka. Di kolej itu, Aliya terpaksa berhadapan dengan Qalel yang dingin dan suka membulinya. Namun, hakikatnya, Qalel menyukai Aliya.
Genius NOTE : Best jugalah.Hero dia baik-baik.Heroin dia dia berbakat dalam bidang masakan.Bila baca buku ni terbayang.Kalaulah aku boleh jadi chef..hehehe..
Ni baru yang terbaru aku beli semalam.
Lelaki Eksklusif
SINOPSIS:
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Genius NOTE : Novel ni khabarnya akan didramakan . Dan kalau nak baca serba-sedikit yg terkandung dlm novel tu kat SINI .
Mr. Right Selebriti
SINOPSIS :
Nana Ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan.
Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia membuka mata luas-luas, hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua!
Genius NOTE : Akhirnya,novel pertama aku yang merupakan penulisan AIN MAISARAH. Aku selalu nak beli novel ain maisarah. Entah kenapa sampai kedai buku tangan ni gatal pergi ambil yang lain.hehe.
-THE END-
banyak jugak akak beli... :)
ReplyDeletehehe..taklah byk . Kalau boleh nak beli satu kedai..ngee.. :P
Delete