Wednesday, August 28, 2013

Aku bukan novelistar...

Assalamualaikum....

Sebenarnya ini BUKAN berita sedih sebaliknya berita gembira. Dah basi dah cerita ni sebenarnya tapi aku baru berkesempatan nak cerita. Well I was Super 'M' [Malas] . Aku bukan novelistar tetapi idolaku novelistar! But i dont want to be a novelist. Acaner tu? I dont know. Tak tahu karier apa yang sesuai untuk aku.

Back to the topic.

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat ilahi. Akhirnya aku menang juga pertandingan cerpen! Ingat lagi time nak tengok keputusan dari pagi sampai malam aku asyik online fb padahal dah tahu pengunguman malam.[Nampak tak keexcitedan aku?] Lepas pengunguman tu senyum sampai ke telinga beb! alahai...


See? First kot ! Siapa tak happy.Nak tengok hadiahnya pula tak?

Itulah buku-bukunya. 5 buah buku PTS dan duit. Jangan tertipu dengan sampul itu.Isinya sudah kosong...

Ok.selesai sudah sesi happy dan menunjuk-nunjuk. Ini sesi macam mana aku boleh terjebak dengan pertandingan ini.

Al-kisahnya, pertama kali aku terjebak dalam pertandingan cerpen adalah melalui pertandingan cerpen menulis supehero. Dan aku memang tak hebat pasal superhero. Dan cerita aku teramat sangatlah teruk. PUTERA MISTERI SUPERHERO MALAYA adalah cerpen yang aku pertaruhkan. Aku tahu aku tak akan menang tapi peduli apa, bagi aku kalau aku masuk pertandingan itu ada kelebihannya.

1.Aku boleh menyiapkan cerpen dalam masa yang singkat. Aku selalu nak buat cerpen but i was Super 'M'.
2.Bagi aku kalau kalahpun sekurang-kurangnya boleh tambah koleksi cerpen dalam blog.Tengok bertambahkan?haha.
3.Super duper BEST bila aku tahu memang akan ada orang yang baca cerpen aku walaupun kemungkinan separuh. Al-maklumlah cerpen tak best dan susah nak faham. Imaginasiku tak tinggi.


Tujuan asal aku buat blog pun sebab aku nak letak koleksi cerpen dalam blog. Tapi tengok apa sudah jadi sekarang? Ianya bukan blog cerpen sebaliknya lebih kepada personal.


Aku sebenarnya nak ucapkan super-duper thank you kepada seorang kakak ni. Thanks akak. Good Luck for SPM too. Kakak nilah yang bagi semangat kat aku untuk tulis cerpen mengenai IDOLA ni. Actually aku memang tak ada idea nak tulis pasal siapa sebab bagi aku nak tulis seseorang tu perlukan sesuatu yang fakta dan aku tak kenal dia. Boleh je kalau buat idola pasal keluarga tapi aku rasa tak bestlahkan. Dah biasa buat dulu. So, aku teringin sesuatu yang lain. Apabila aku hampir mengalah kakak tu cakap nak tolong aku dan mata aku sudah bersinar-sinar. Terus approve friend request dia dan dia memang tolong. See, baikkan dia? Macam mana nak tolong tapi kita tak boleh berkoloborasi ianya hadiah untuk seorang sahaja.Actually, akak tu tolong bagi semangat je. Dia tunjuk contoh pendahuluan dan penutup cerpen dia dan aku terus dapat idea. Why not aku buat sesuatu berdasarkan imaginasi aku je? Mudah.

Cerpen akak tu mantop giler beb. Seumur hidup aku , aku tak pernah terfikir nak buat ayat sebombastik tu! Ayat cerpen aku biasa-biasa je. Setelah mendapat idea aku pun bertanya kepada Kak Izanor adakah boleh kalau aku buat Idolaku itu hanya seorang watak rekaan dan aku dapat greenlight. Memang itupun tujuannya sebenarnya. Yeah, extra mark untuk aku.

Walaupun sudah kesuntukan masa aku buat dengan 101% dicampur dengan ramuan kasih sayang[ayat  gedik] dan aku hantar cerpen aku sekitar 10 malam hari terakhir ,tinggal beberapa jam pertandingan tu tamat. Itulah hasilnya pemenang last minit. I wonder where the boy who always won the contest?[Ohmyenglish,aku tengah berlatih improve english cause english aku semakin teruk].

Ok siapakah idolaku? Siapakah novelis tersebut? Sorry sebab aku tak boleh tunjuk cerpen aku kat blog sebab itu memang syaratnya... Tapi bolehlah kot kalau aku cakap siapa dia. Korang mungkin tak kenal tapi dia bererti untuk aku. Aku tak tahu kenapa. Dia ada aura,dia kelakar dan dia istimewa. Wohh,bahaya tu!

Insan terpilih dan istimewa tersebut ialah Rafiq Hakeem.Jeng..jeng...jeng... Dia adalah watak cerpen S.E.C.R.E.T . cerpen yang terbest dan terbaik yang pernah aku buat! Kenapa ya dia istimewa? Aku pun tak tahu tapi dari aku mula sampai habis tulis watak dia , memang watak dia yang aku suka[mungkin tak ada hero lain kot...haha] Mungkin juga sebab sifat yang dia ada tak ada dalam diri aku.baru aku terfikir tadi especially part suka senyum tu. Tapi bezanya dalam cerpen idola. Aku letak Hakeem seorang matang! seriusly kalau dalam cerpen S.E.C.R.E.T dia seorang yang cakap lepas dan tak bertapis sebaliknya dalam cerpen Idolaku Novelistar dia suka senyum dan kata-katanya penuh dengan makna.


woohoo,panjang aku berceloteh kali ini.Dah lama tak update blog.Macam nilah jadinya..haha...

Secret Note: Buku tu aku tak baca lagi walaupun dah sebulan sampai..haha..

4 comments: