Monday, December 31, 2012

Pahit Manis 2012


2012 akan menutupkan tirainya.Sepanjang 2012 ni mesti banyak kenangan manis dan kenangan pahitkan?So,dikesempatan ni teringin nak menaip pepanjang dari awal tahun sampai akhir tahun..Sorry lah ye kalau panjang..Tangan ni susah nak control sikit..hehe..

Sebenarnya banyak dugaan tahun ni..Eh eh.ye ke?

#Kelas
Ingat tak awal tahun dulu..Aku ada cakap kelas aku macam mana?1st day bersekolah pada tahun 2012 .Aku masuk bilik APD. Sakit pinggang kot duduk kat kerusi tu!Dah lah dengan BEG yang besaq.Nasiblah belakang sekali so,Beg letak belakang. Lepas tu buat aduan punya aduan.Akhirnya dapatlah meja dan kerusi tapi tak BESTlah sebab bertingkat dan terasa sempit sangat.Tapi tak kisahlah janji ada space nak belajar.Aku ni dahlah guna space banyak.Satu meja tu pun tak cukup buat aku.Inikan pula bagi tempat yang macam tu.Dugaan weh..Memanglah time ni sabar jelah.Bayangkan buku dahlah belambak dicampur dengan buku teks yang serba tebal.Ruangnye kecik je nak letak mana?Pandai-pandailah korang.

Lepastu kelas kami diserang oleh serangga.Aku tak ingat lah nama tu apa.Tapi dia spesis nyamuklah.Diorang sebut apa ntah..Aku dah lupa.Serangga tu ganas wooo..Dia gigit badan orang sampai merah dan berbintik serta ambil masa seminggu untuk hilang.Ada juga yang berbekas kot.Nasib aku tak kena..Gua kebal woo..kihkihkih..So,diorang buat aduan lagi..Siap buat surat dan ditandatangan oleh para pelajar 3KAA.Ganas tak kitorang?Kitorang ni boleh diketegorikan sebagai pencinta haiwan..hehe..Sekejap sekejap bela spesis nyamuk then bela kucing pula..Ish3..macam-macam..

Lepas tu pada cuti pertengahan tahun tingkat-tingkat yg menempatkan kerusi-kerusi telah dibuang.So,bilik APD dah jadi seperti kelas biasa.Aku rasa kelas tu kosong-kosong..Pada pertengahan tahun ramai yang telah ditransfer ke damansara aliff[sekolah baru] sebab rumah diorang dekat.Jadi,adalah kelas yang kosong utk kami duduki..Secara jujurnya kelas tu dah best dah sebab agak tersorok..Bagi akulahkan..

Eh..cerita pasal kelas belum habis lagi..Waktu tu kami belum lagi dipindahkan ke kelas lain.Disebabkan bilik APD a.k.a kelas kami harus digunakan utk peperiksaan apa ntah.Kami diarahkan ke makmal sains tingkat dua..Hampir sebulan juga kami belajar kat situ.Bertambah-tambah sakit pinggang.Elok-elok dapat yg selesa kena pergi makmal pula duduk atas bangku tak ada penyandar.Aduh.

Waktu perhimpunan pula cikgu ada sebut kelas yang dipindahkan Tapi cikgu sebut kelas MPV sebab selalunya bilik APD milik MPV..Kami round punya round..Eh..kami nak pergi mana ni?Semua bilik kosong.Ingatkan cikgu salah sebut..Nak pergi makmal..Ada orang belajar.So,kami belajar kat surau. Dah habis rehat baru balik makmal balik.

Esoknya kami masih belajar kat makmal dan cikgu ajak pergi kelas pergi blok E.Kami pun masuklah kelas yang sepatutnya jadi milik kami.Kemudian budak MPV datang tuntut kerusi dan meja sebab itu diorang angkut dari kelas.Haa?Kitorang pun naik pergi bilik APD yang berada di tingkat 3 blok B..Cuba bayangkan dari blok B angkut meja ke blok E..Kebetulan hari tu kitorang ada yg puasa.Aku salah seorang darinya.Aku angkut meja tu laju-laju..Semua orang pelik tengok aku..Bagi aku meja tu taklah berat sangat dan harus di bawa cepat ke kelas sebab kalau lambat lagi sakit tangan aku ni.

Yeah..akhirnya.Kami ada kelas sendiri..Tapi kelas tu sekejap je kami guna.Disebabkan PMR dah hampir.Cikgu buat jadual anjal gabung-gabung dgn budak kelas lain dan belajar dimakmal.Makmal lagi???!!! Lepastu jadual anjal tu ada pertukaran sikit..waktu pertama masuk kelas,lepas rehat baru masuk makmal..Serious kitorang tak pernah balik kelas kitorang menumpang kelas orang je sampailah habis PMR dan cuti..

Bila aku datang sekolah waktu nak ambil result dan beli buku.Aku pandang kelas aku..Kesiannya..Kelas kitorang langsir masih tersangkut..Yelah,berapa bulan kami tinggalkan dikau wahai kelas.

>Sadis tak cerita aku?Aku rasa macam nomad.Hidup berpindah randah.Kami nak belajar jelah!! Then aku cakap dengan kawan aku.."Tak apa..Dia tahu kite nak pindah tahun depan.So,dia bagilah kite chance nomad.Rasa duduk kat kelas lain-lain.Sini sikit sana sikit" T___T

#Result dan sikap
Sebenarnya kitorang ni bukanlah kelas pilihan.Kitorang bukannye baik sangat.Banyak salahnya.Nama je kelas ALiran Agama tapi asyik sakitkan hati cikgu je.

Secara jujurnya aku tak suka dibanding-bandingkan.Result kitorang biasa-biasa je.Kalau ikut ranking kelas kitorang nombor 5.KRK1,KRK2,B1,C1,KAA tapi disebabkan kitorang ni kelas kawalan jadi kononnya top 3lah..Ini tak apalah..Aku terpernah ambil pusing sebab bagi aku , kitorang dah buat sehabis baik.

Aku teringat .Waktu 30 ogos,Adalah birthday cikgu SEJ kami.So,kitorang nyanyi lagu ni."Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu"..Cikgu suruh berhenti tapi kitorang teruskan je.Siap ada kek lagi beb.Tapi aku tak mkn ok tipu mkn tapi sikit tu pun lepas buka puasa.

Sebenarnya banyak nak cerita ni..Tapi tangan aku dah lenguh..

Time yg paling SWEET adalah ketika kami ambil result PMR .Terasa segala kesusahan yang melanda itu berbaloi..Alhamdulillah..

-THE END-

NOTA GENIUS : berharap tahun depan adalah lebih baik dari tahun ini..Amiin..
Minta maaf atas penggunaan 'aku' kepada mereka yang lebih tua..Peace!!:)


1 comment:

  1. ewah ! selamat tahun baru :)
    semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012 .

    ReplyDelete