Saturday, March 23, 2013

Cerpen akan datang..


Assalamualaikum...

Aku bukanlah seorang penulis. Aku hanya insan biasa yang cuba untuk menulis. Cara penulisan aku tidaklah mengagumkan tapi cukup sekadar ada yang membaca hasil penulisan aku.

Jikalau korang adalah pembaca setia Genius Story [macam ada peminat saja] korang mesti tahu yang aku pernah menulis cerpen iaitu ERTI SEBUAH PERSAHABATAN dan DIARY MIRA. Kalau baca tu comment-commentlah sikit. Kalau belum baca , Jom baca .

Aku terima seadanya comment dari korang tu. Nak kutuk pun boleh.. Untuk pengetahuan korang cerita, jalan cerita dan ayat mungkin macam budak-budak. Aku kalau baca balik pun tak percaya aku pernah tulis semua ni ke? Serius ayat entah apa-apa entah.

Tahun ni aku mula menulis balik.Tahun lepas punya idea aku masih simpan. Tahun lepas aku buat separuh ni aku tengah sambung lagi separuh. Mungkin kalau korang baca yang permulaan tu mungkin pelik sikit ayatnya, tak best dan tak puitis.Tapi nak buat macam mana aku budak sains bukan sastera.

Sebenarnya aku ni malas nak menulis. Tapi tahun ni aku jumpa kawan-kawan yang sekepala dengan aku. Diorang suka menulis jadi aku pun terikut-ikut. So, aku pun ambil keputusan untuk menyambung cerpen yang sudah lama tertangguh.Mungkin tak lama lagi siaplah tu.

___--THE END--___

1 comment: