Monday, December 01, 2014

Hiatus for a year.


hi·a·tus

noun \hī-ˈā-təs\
: a period of time when something (such as an activity or program) is stopped\

Setelah difikir, dipertimbang dan dibincang. Akhirnya, aku ambil kata putus. Untuk berhenti berblogging untuk masa yang lama.  Setahun saja. Pejam celik pejam celik dah habis 2014.

Kenapa aku sanggup ambil keputusan sedrastik ni? 

Ehem..ehem.. sebabnya aku cakap pada kawan aku ranking blog dah turun, dia cakap itu maknanya aku perlu Berehat. Ya, berehat dari dunia ni. Tumpukan pada dunia sebenar aku. haha. Dia suruh aku buat comeback akhir tahun nanti. Okay fine, aku ikut. Oh ya, dia sempat kutuk bahawasanya blog aku tak menarik dah. Bosan yang teramat sangat jadi tak siapa yang sudi stalk. Siot betul dapat kawan macam tu. Tapi memang betul pun. Itulah yang dinamakan jujur. Sangat jujur malah.

Wait..wait...

Aku bukanlah berhenti macam tu saja. Cuma sesekali aku akan update blog, bila perlu atau mungkin terdesak. So, korang janganlah kutuk aku. haha. Aku akan cuba juga komen entry korang cuma nak update tu yang payah. Biasalah aku suka buat entry spontan.

Doakan kejayaan aku, k? 9A+ SPM.


Thursday, October 02, 2014

Tuesday, May 27, 2014

Happy Belated Birthday HAJAR!


Alhamdulillah.. Dah 17 tahun aku hirup oxygen di bumi ALLAH ni.

"Berapa banyak amalan kau dah buat?" *Senyap**Sentap*

22 May. Tarikh yang diingati.

Tahun ni aku selebrate birthday aku dengan cara yang berbeza. Cara paling ekstrem. Adventure gilerr.. Kalau tahun-tahun lepas biasalah ucapan je pun. Tahun ni aku uji ketahanan mental dan fizikal aku sendiri. Birthday Girl pergi camping. No mom and dad. No handphone. No internet. Just us. Okay pasal camping tu kalau rajin aku cerita.

Orang pertama wish birthday aku. of course MAXIS. The one and only yang sentiasa ingat aku. *terharu* lalala... Sehari sebelum dia dah wish siap dengan hadiah.

Orang kedua wish aku. My Beloved Sister. Jam 12.00 a.m dia wish di twitter. Adik dia duk sibuk siapkan barang nak gi camp punya pasal.

Keesokannya,

Sebelum pergi sekolah aku tanya mak aku.

"Tak nak wish alang ke?" See, bertapa despratenya aku. hahaha. xD  Then adik wish aku sebab mak aku suruh.

Then lepas ayah aku hantar aku tanya soalan yang sama. Ayah, memang susah sikit nak ingat birthday anak dia ni. Aku paham. Sesaje je tanya. Balik sekolah, serious touching, baca mesej tengok ayah mesej jam 7.30.a.m.(Waktu tak tepat). Hihik, ayah wish kitelah. Yelah, balik sekolah ayah dah gi kerja then kena siap-siap untuk gi camp so tak sempat jumpa dah haritu.

Kat sekolah,
Cikgu Fariza, my beloved BIO teacher, my class teacher. Nipun buat aku terharu juga. Selama ni tak ada cikgu yang wish birthday aku. Mula-mula tu cikgu panggil nama aku, kepala aku dok fikir cikgu nak cakap pasal kertas bio aku yang entah apa-apa. Yang totally hancur. Sekali cikgu wish birthday sebab ternampak kat dinding depan yang ada tulis birthday tu.

Then, classmate perempuan aku diorang nyanyi lagu hari jadi. Waa, touching. First time aku merasai dan mendengar satu kelas nyanyi lagu untuk aku. haha.

Thanks juga yang wish kat facebook aku. Yang sanggup susah payah hantar mesej kat facebook sebab aku aku sengaja tak buka wall.

Then, thanks adik Najwa. Blinkers yang paling rapat dengan aku. Dia sanggup susah payah wish birthday kat shoutbox walaupun dah lama aku tak update dan tinggalkan blog.



Thanks to HAAFF, my family, my friends dan semua yang aku kenali. Terima kasih untuk semua kenangan ni.


#HappySuhoDay

Suho Exo - Saengil chukahamnida! Happy Belated Birthday!

Secret note: Haiyaa, takkan tiap-tiap tahun aku kena wish dia? haha. xD Dia sama birthday dengan aku tapi entah kenapa tahun ni aku meroyan sikit. Asal nak wish birthday sendiri je mesti nak wish dia sekali tak kiralah twitter, facebook dan blog. Dia tak ingat aku pun. >_<

Last but not least, hope for the best for me. Life must go on. Dan Semoga aku menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amiin.

Friday, February 21, 2014

Katak Oh Katak

Assalamualaikum,


sebenarnya ini cerita hari Rabu haritu. Tapi sekarang baru sempat nak update.
Siapa kat sini geli dengan katak? Suka? Or tengah cari Putera Katak? Whateverlah janji ada kena mengena dengan katak. Sebab hari ini nak bicara mengenai katak. Kami bedah katak! Yeay, bestnya cuma kesian jugaklah. tambah-tambah tengok kekejaman diorang. Rasa nak nangis *dramaqueen*. Hurm.. kebanyakan sekolah waktu form 4 dah buat ni. Tapi sekolah aku time form 5. Tak apalah janji dapat bedah. Nak tengok tak katak-kataknya? Jom.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Sudah dipengsankan.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
Mula dibedah.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Organ dalaman.
  
Nampak tak? Usus, lemak , telur (Kaler hitam)  . Paru-paru dia tak mengembang sebab kekurangan oxygen.

Katak kami baik dia tak ganas. Sebenarnya ada 2 ekor. Sekor hyperactive sekor lagi baik. Yang baik tu, kesian dia dahlah buta sebelah mata, mengandung plak tu. Yang hyperactive tu ingatkan jantan rupanya dia pun mengandung juga. Kita bunuh beribu nyawa rupanya. *Kesat air mata*


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
Poor froggy mommy.

Lagipun katak-katak ini hanya ada 2 pilihan, 1. Dijadikan bahan experiment. 2. Digoreng dan Dimakan. Dua-dua dibawa kearah kematian.

Dear Froggy Mommy : Kami minta maaf kami cuma nak belajar.

[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]
 Ini satu-satunya katak yg selamat. Ini anak katak. Kecil je badan dia. Sudah dilepaskan dan tak tahu dia dimana sekarang. Kawan aku bagi nama 'Frog VLE'. haha. Funny name.

Tuesday, February 18, 2014

Tips Gembira Sepanjang Hari


Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

Credit : Iluvislam

Wednesday, February 12, 2014

Aku cuma PENAT


Kenapa kita masih berjalan walapun hakikatnya kita perlu berlari?

Aku tahu, minggu ni akan jadi minggu yang memenatkan. Atau mungkin bulan ni adalah bulan yang memenatkan. Tepatnya, setiap hari penat.

Aku dah kesuntukan masa. Setiap harga sudah melewati detiknya dan aku masih di sini. Berdiri tegak tanpa seinchipun bergerak.

Welcome to reality HAJAR!

Haha, okay-okay. First of all, aku rindu nak menulis dalam blog. Nak tulis cerpen. Nak blogwalking. Nak duduk depan komputer dan hadap setiap kata yang terpapar di blog-blog korang. Tapi tak boleh. Aku ada Misi yang perlu aku selesaikan. Mengambil masa yang lama untuk ianya kembali normal. Atau mungkin detik itu tak akan pernah sampai.

Aku cuma PENAT. Bila aku fikir balik. Sebenarnya aku tak punya masa. Masa untuk aku membiarkan diri ni relax. Minggu ni saja boleh diketegorikan tiada hari CUTI. Jumaat kelas tambahan walaupun hanya 2 jam. Dan Sabtu harus sekolah. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis,Jumaat, Sabtu dan Ahad berikutnya juga begitu.

Fuh, tarik nafas jap. Okaylah hari-hari kena motivasikan diri sendiri.

Everyday I talk to myself,"There is no Success without struggle dan strive."

So, setiap kali hati aku mendengar ayat itu ia dengan sendirinya pasrah, redha dan yakin bahawa di depan ada kemanisan yang menanti kita.

Itu saja aku nak cakap, yang aku sebenarnya Penat. Ehem..ehem.. kepada yang datang blogwalking tu aku akan cuba menjengah kembali. Tapi aku tak janji. Really busy maa..

Saturday, February 08, 2014

Biskut Itu Amanah

Biskut itu amanah | Pernah rasa beratnya pegang biskut itu. Selalu kita ngap je tapi kita tak pernah tahu yang ianya amanah buat kita.

Assalamualaikum...
Hari ni nak share sikit "horror biscuit". Tadi ada kursus kepimpinan dan kita harus jaga biskut tu baik-baik dan tak boleh pecah or makan. Seriously, macam mana penat gilerr nak pegang. Yang suruh jaga tu boleh dia makan sesuka hati biskut tu dan kami kena jaga sampai pukul 1.00. Okay fine!
Kesimpulannya, Kalau kita dah diberi amanah kita kena jaga baik-baik sperti mana kita menjaga biskut tadi bagaikan menatang minyak yang penuh.
"Biskut! Biskut! Biskut!"

Secret note :  Having fun today but so tired.


[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]

Sunday, February 02, 2014

Dapatkan ilmu blogging dari para Sifu


Assalamualaikum,

Hari Ahad, memandangkan hari ni masih cuti dan esok pun masih cuti. Aku memanfaatkan masa yang ada berguru. Mencari blogger-blogger hebat yang sudi berkongsi ilmu mereka. Erk.. Sempat cari ilmu blogging padahal homework pun tak sentuh lagi. hahaha.

Awalnya, aku hanya sekadar ingin mencari beberapa Tips dari blogger terkenal iaitu HasrulHassan. Aku tak pernah masuk dan luangkan masa di blog beliau. Entah bagaimana aku boleh tersesat pula harini. Dan aku dapati blog beliau mempunyai auranya yang tersendiri. Buat aku terus ingin membaca dan baca semua tips yang ada.

Sampailah aku tertarik pada 1 entri beliau yang bertajuk 'Pakar Sebenar Ilmu Blogspot'. Ya, bagi mereka yang selalu masuk ke blog beliau mungkin tahu itu adalah senarai peserta Contest yang beliau anjurkan.

So, aku terfikir. Why not aku baca tips dari semua peserta ni? Boleh dapat tahu pandangan blogger daripada sudut yang berbeza dan apa yang selalu dititikberatkan dalam dunia blogging ni.

Sekarang masih banyak lagi senarai blog yang perlu aku terjah. Tapi sekarang sudah penat. Jadi dengan lafaz bismillah aku terpaksa tamatkan pembelajaran harini.

Aku sarankan korang terjah blog beliau atau mungkin para peserta tersebut. Dijamin bermanfaat.  Banyak yang aku pelajari hari ni, SEO, Cara menjana pendapatan , entry bekualiti dan macam-macam lagi.

Sunday, January 26, 2014

Kisah Hawa dan Chubby



Hawa menyanyi dengan gembira semasa pulang dari sekolah. Langkah tiba-tiba terhenti di tengah jalan bagaikan ada tembok besar yang menghalangnya untuk meneruskan perjalanan. Matanya tertumpu pada suatu sudut, Hawa tersenyum dan kakinya melangkah ke situ.

“ Comelnya!” Hawa sudah memeluk-memeluk patung yang berbentuk kucing, berkepak, lembut lagi selesa untuk dipeluk. Sekali imbas persis Milo. Mungkin kembar Milo tetapi versi patung, maklumlah Milo sudah mula dikenali dan digilai oleh anak-anak gadis sekarang.

Tanpa berfikir panjang Hawa membawa patung itu pulang kerumah.

“ Mana kamu jumpa patung ini Hawa? Inikan milik orang, kita tidak tahu siapa punya. Mana boleh ambil sembarangan. Sudahlah patung ini kotor, mesti sudah banyak kuman yang sedang berpesta pada badan kamu.” Puan Aisah sudah mula membebel.

“ Hawa jumpa di tepi jalanlah ibu. Maksudnya tuan dia dah tidak mahulah. Jadi lebih baik Hawa ambil dan simpan.” Untuk kali ke berapa Hawa mencium patung tersebut.

“ Ibu mahu kamu buang patung itu.” Puan Aisah menggunakan kuasa veto yang ada. Muncung Hawa sudah panjang sedepa. Hai… sudah boleh buat ampaian dengan mulut itik dia itu.

--------------------

Hawa menggosok-gosok badan patung yang dijumpainya itu dengan perasaan geram. Dia masih marah dengan Puan Aisah kerana menyuruh dia membuang patung tersebut.

‘ Kalau basuh dengan sabun nanti wangi dan tidak kotor lagilah Chubby ini.’ Getus hati Hawa. Chubby, nama yang diberi buat patung tersebut. Kalau boleh mahu sahaja dia meletakkan nama Milo Berbulu Pelangi, tetapi nanti takut dimarahi ‘merompak’ oleh Kak Izanor Permaisuri Biru yang comel molek itu.

“ Hawa janganlah gosok kuat sangat. Habislah bulu-bulu saya yang gebu ini.” Disebabkan terkejut, Chubby terpelanting dari tangan Hawa dan tercampak ke dinding.

“ Aduh, sakitnya. Sampai hati awakHawa. Habislah patah tulang-tulang saya.” Chubby mendekati Hawa sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa sengal. Betul-betul menggerunkan.

“ Chubby? Awak boleh berjalan? Boleh bercakap?” Hawa sudah mula teruja. Nampaknya tidak sia-sia dia berkeras mahu menyimpan Chubby. Bukan Chucky si patung berhantu itu.

“Saya juga boleh terbang.” Chubby sudah mula terbang menggunakan sayapnya. Sayap Chubby seperti Milo yang comel itu, tetapi cuma warna yang berlainan.

--------------------

“Awak bukan Milo? Milo kembar awakkah? Apa keistimewaan awak? Kenapa awak jadi patung kemudian boleh bergerak pula?” Hawa bertanya pelbagai soalan kepada Chubby. Chubby sudah mula rimas apabila asyik disoal siasat tidak ubah seperti dia penjahat kerana dia bersalah kerana telah mencuri ikan goreng. Laparnya... tiba-tiba perut Chubby mula mengeluarkan lagu yang bertajuk Lapar.

Kriuukkkk, lapar...~~

Lagu yang berbunyi perut Chubby membuatkan Hawa tergelak. Patung pun rasa lapar? Biar betul, tidak percayalah! Boleh berjalan, bercakap, makan pun boleh! Hebat betul! Entah-entah Chubby ini Milo yang menyamar agaknya.

“Chubby, merdu betul lagu yang berbunyi itu. Awak lapar? Mahu makan apa?”

“Saya tidak makan sembarangan. Kalau awak paksa dan mahu belanja bolehlah KFG, McDanial, Burger Queen dan PizzaHome. Air pula semestinya sedap lagi lazat seperti Kopee, Tih Tarek... barulah kenyang perut comel saya!” Chubby memberitahu penuh rasa bangga. Amboi! Semua makanan segera yang diminta. Air pula Kopee dan Tih Tarek. Mana tidak tembam Chubyy comelku!

--------------------

Jepun

“ Selamat datang ke Jepun. Jika mahu pa-apa cakap sahaja dengan saya.” Ramah Doremi menyambut para tetamunya.

Hawa terlopong dengan segala yang dilihat. “ Hawa tutup mulut itu, nanti lalat atau tebuan masuk tertelan susah pula jadinya. Pipi Doremi juga menjadi mangsa cubitannya. Malahan pipinya sendiri sudah ditampar berkali-kali, tetapi Doremi masih lagi berada di hadapannya.

“ Hawa sudahlah tu. Awak tidak mimpilah. Ini kenyataan. Jadi awak sudah percaya dengan kehebatan saya?” Chubby menggeleng kepala melihat telatah Hawa yang tidak ubah seperti ‘rusa masuk ke dalam kampung.’ Kesian Doremi jadi mangsa. Dia membawa Hawa ke sini setelah Hawa memperlekehkannya, mahu makan pun tak senang. “ Chubby tidak ada magis, Chubby hanya tahu makan.” Geram pula rasanya dan akhirnya dia menyuruh Hawa memberitahu impian dia. Hawa mahu berjumpa dengan Doremi? Kerja mudah sahaja. Seperti menggoreng kacang, oh tetapi goreng kacang lebih susah, kerja mudah seperti petik jari sahaja!

“ Doremi, bolehkah saya meminjam poket magis awak yang hebat lagi comel?” soal Hawa penuh mengharap. Siap dikelipkan matanya lagi seperti kucing siam. Hidung seperti gunung. Sungguh comel muka Hawa pada ketika itu.

“ Mana boleh! Poket ini tidak boleh digunakan oleh sembarangan orang! Bahaya!” Doremi menggeleng kepala sambil mengjuihkan bibirnya yang bewarna merah jambu itu. Sungguh comel!

“ Chubby juga kata dia tidak boleh makan sembarangan! Makanan hebat-hebat seperti KFGlah, PizzaHomelah tetapi apabila saya memberi masakan ibu terus senyap.” Hawa mengungkit kembali kejadian yang berlaku sebelum mereka sampai kes Jepun. Sabar sajalah Chubby! Nasib baik awak comel seperti Milo patung idaman saya, kalau tidak saya tarik rambut ‘ maggie slurp’ awak!

Hawa berfikir mahu meminjam poket Doremi yang serbaguna itu supaya urusan hariannnya menjadi lebih mudah. Dia tidak perlu bersusah payah berlari setiap hari untuk kesekolah jika terlewatbangun. Oh, baguslah Doremi tak meminjamkan poketnya, rupa-rupanya ada udang di sebalik mi!

Hawa memerhatikan Doremi dan Chubby. Mereka dari spesis yang sama iai tukucing. Bezanya, Doremi merupakan kucing robot yang tidak punya telinga dan Chubby kucing pelik yang tidak tahu dari mana asal-usulnya. Mungkin dari Hutan Dongeng ataupun Dongeng Sri Salju. Mesti tanya Permaisuri Biru yang comel itu. Hawa akan menghubungi Permaisuri Biru dengan segera!

“ Chubby boleh tak awak bawa saya jumpa Conen, Hakimaru, Naruto Sharipuden , Shin Chan dan semua watak anime?” Hawa membuat muka comel gwiyomi. Artis gwiyomi pun mesti kalah lawan tahap kecomelan Hawa yang lebih comel berkali ganda.

“ Tak boleh!” Chubby laju member keputusan. Dia mejeling tajam. Tidak tergoda langsung dengan muka comel Hawa seperti gwiyomi. Sedangkan dia adalah peminat setia gwiyomi!

“ Bolehlah Chubby. ” Hawa memujuk. Kali ini, dia berpura-pura merajuk. Huh! Hawa ini boleh tahan juga seperti Nora Danish yang pandai berlakon. Betul-betul hebat lakonannya. Malangnya, Chubby membuat tidak tahu sahaja.
“Saya cakap tak boleh. Tak boleh!” Chubby meninggikan suaranya. Hawa…Hawa… orang sudah kasi gula nak garam. Mengada sungguh!

--------------------

Korea

Chubby menggeleng kepala berkali-kali. Permintaan Hawa kali ini mahuke Korea berjumpa dengan Joong Ki. Katanya dia minat dengan Joong Ki apabila rakan Blinkers semua memperkatakannya. Siapalah yang membawa pengaruh tersebut kepada Hawa ,ya?

“Joong Ki? Bukannya comel jika mahu dibandingkan dengan saya yang tembam, gebu dan comel ini.” Chubby mengomel, cemburu. Hai Chubby masuk troli tolak sendiri, ya? Aunty Feng pun tak angkat bakul, menyuruh orang lain bawakan.

Hawa berbual-bual kosong dengan Joong Ki. Bertuahnya diri apabila boleh berbual mesra dengan JoongKi, artis korea kegemarannya, tetapi dia sentiasa berasa aneh. Joong Ki kacak, bergaya tapi dia seperti sedikit tua.

“Sekarang tahun berapa?” tiba-tiba Hawa menyoal denganrasa yang pelik lagi musykil. Kenapa semuanya dia rasakan seperti mimpi sahaja! Tidak mengapa dia akan menanyakan rakan yang bermuka seperti Joong Ki, kawan baiknya. Irmar.

“ Tahun 2030. ” Setelah mendengar tahun yang keluar dari mulut Joong Ki membuatkan Hawa terlopong seperti Terowong Lembah Hanuman yang besar lagi luas, tetapi gelap gelita.

Chubby tidak henti-henti ketawa walaupun Hawa sudah muncung beberapa meter. “ Mahu buat macam mana tahun 2013 Joong Ki masuk Kem Tentera, jadi kita tidak boleh kacau. Tahun 2030 bolehlah awak dapat jumpa Joong Ki. Awak sepatutnya berbangga sebab dapat melihat wajahnya. Tunggulah 17 tahun akan datang. Tidak lama...” Kata Chubby selamba.

--------------------

“ Chubby kalau kita ke alam dongeng pula boleh? Saya teringinlah jumpa dengan para puteri. Bolehya?” Pinta Hawa. Banyak sungguh permintaannya! Bosan betul Chubby.

“ Saya malas mahu melayan awak lagi. Awak asyik minta itu dan ini sahaja. Lebih baik saya jadi patung balik.” Balas Chubby.

Hawa mengajuk percakapan Chubby tetapi melihat Chubby sudah menjadi patung semula membuatkan Hawa mengeluh. Dia baru merancang mahu lihat suasana alam dogeng dan manalah tahu dia boleh jumpa putera idaman di Dunia Dongeng? Kalau jodoh dia dengan putera di alam dongeng nak buat macam mana? Redha sajalah. Hawa sudahlah berangan! Awak tu baru umur 12 tahun.

Hawa merenung Chubby lama. “ Chubby ini saya baru minta sikit awak sudah malas layan saya.” Ujar Hawa. Dia berasa bosan apabila Chubby tidak berbual dan bergaduh dengannya.

Tiba-tiba Hawa mendapat satu akal. Dia mahu mengabdikan kenangannya bersama Chubby dalam bentukcerpen. Kebetulan Projek Penulisan Blinkers sedang mengadakan pertandingan cerpen. Hawa terus kemeja belajarnya dan menuliscerpen di laptop biru dan merah jambu kesayangannya.

Jam sudah menunjukkan angka 12.00 tengah malam. Namun Hawa masih lagi tidak tidur.

“Akhirnya siap!” Hawa menguap dan terus kekatil saiz king miliknya yang bercadar biru dan merahjambu yang comel itu.

“Selamat malam Chubby.” Hawa terus terlena kerana kepenatan.

Chubby melihat Hawa sedang lena tidur. “ Saya bukan tidak mahu tunaikan impian awak untuk ke dunia dongeng tetapi magis saya belum hebat untuk ke sana. Bukan saya tidak mahu bawa ke negara lain tetapi saya pasti impian awak untuk menjelajah dunia nanti akan tertunai dengan usaha awak sendiri.”

“ Hai Blinkers, seronok tak kisah kami? Persahabatan itu penting tau tidak kisahlah sahabat awak tu macam mana sekali pun. Macam saya dan Hawa, kami dari spesis yang berbeza tetapi saya tetap sayang Hawa. Oh ya, tolonglah like untuk cerpen ini. Chubby harap A to Z boleh menang cerpen berkumpulan. Chubby pun doakan kejayaan kumpulan yang lain. Chubby dah mengantuk, Chubby tidur dulu ya? Eh, Chubby lupalah tolong sampaikan salam buat Kak Izanor yang comel tu. Selamat malam.” Chubby bergerak menghampiri Hawa dan dia turut terlena di sisinya.

----------TAMAT----------



Friday, January 10, 2014

Kau dah kenapa? Hari pun boleh lupa?


Assalamualaikum...Hai..dan salam Jumaat semua..

Hari nak cerita pengalamaan bersekolah hari Ahad dan cuti hari Jumaat. Alhamdulillah. Okaylah juga. Otak aku still dapat berfungsi dan menerima yang hari Ahad sekolah.

Tapi berita kelakarnya, aku boleh lupa antara hari Selasa dan Rabu.

Semasa hari Isnin, "Eh, esok Rabu eh? Selasalah." Then lupa lagi.

Yelah, dari darjah 1 yang minda kita dah set mula sekolah hari Isnin cuti hari Sabtu.Sekarang sebaliknya berlaku. So, konfius di situ. Selalunya hari ke-3 persekolahan hari Rabu sekarang jadi hari Selasa. Nasib masa susun jadual tak silap hari. Kalau tak Haru hidup aku sebab Salah bawa buku.

Seminggu dah pun lama-lama terbiasalah. Macam aku cuba biasakan diri sengsorang dalam kelas.

Okay itu sahaja. Kadang-kadang kelakarlah pula asyik salah hari je. 

Wednesday, January 08, 2014

Hadiah dari segmen Jom Teka.



Assalamualaikum,

Short entry sahaja untuk hari ini. Just nak ucap terima kasih untuk hadiah di atas.

Terima Kasih Yumida sebab adakan segmen tu dan hadiah tu.

Jom terjah blog Yumida. -->  http://umikasum.blogspot.com/




Tuesday, January 07, 2014

4 Tips Belajar cara yang betul.


Assalamualaikum,

Hari ni nak share sikit tip belajar dengan cara yang betul. Haa, tajuk bikin gempak je.. Adakah selama ini cara kita belajar tu salah? Mungkin? Kekadang semua Tip ni kita tahu tapi tak amalkan pun. Tips ni aku dapat dari Pengetua sekolah. Straight to the point sajalah okay sebab aku kena buat homework yang berlambak tu.

1) Input dan Output.

Apakah input dan output tu? Input tu maksudnya, masa korang belajar di sekolah or masa korang membaca. Korang baca, korang cuba ingat segala fakta yang ada tapi korang perasan tak kekadang segala fakta tu tak kekal lama dalam kepala kita. Itu sebab korang just baca, baca, baca dan baca. Korang tak cuba Output. Output disini ialah apabila korang baca korang tak keluarkan balik.
Kita akan perah otak kita masa peperiksaan saja. Betul tak? Cara sebetulnya ialah kita mestilah membaca dan memahami sesuatu perkara. Then bila rasa dah faham tutup buku dan cuba terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tulis balik apa yang kita faham tu. Kalau tak dapat buka buku dan buat yang baru.

2)Fokus dan ulangi dalam hati.

Semasa pembelajaran kita diajar fokus,fokus dan fokus. Tapi tahukah anda bahawa otak kita hanya mampu fokus untuk beberapa minit saja lebih kurang 15-20 minit saja. Kemana bakinya? Huh, sudah melancong ke korea. Wee~ jumpa SuJu. Gurau saja. Cakap pasal SuJu, Takziah buat keluarga Leeteuk. #StayStrongLeeteuk. Aku tengok gambar dia aku pun rasa sedih.  Okay, berbalik pada tajuk, itulah yang aku dapat tak kiralah kemana pun ianya melencong, selalu paling dekat adalah kantin. Woo, perut lapar maaa.. Bagi mengatasi masalah hilang fokus ni, kita digalakkan untuk ulang balik apa yang cikgu cakap dihadapan. Tapi harus diingatkan cakap dalam hati je nanti tak pasal-pasal kena karate sebab dicop kurang ajar, mengejek orang pula.

2 tip diatas boleh diguna pakai untuk subjek fizik,kimia,bio,sejarah, dan agama. Mana-mana subjek yang lebih melibatkan kepada hafalanlah.

"Eh, kata 4 tip. Ni baru 2?"

Sabar,sabar. Ada lagi 2 tip.

3) Banyakkan latihan.

Kalau cakap banyakkan latihan korang terfikir pasal apa? Math dan add math right? Haa, kita sedia maklum, math memerlukan latihan yang banyak. Tetapi kenapa kita tak amalkan tip ni? Jangan tanya aku, aku pun tak tahu. -_-  Kata orang math ni senang je. Soalan dia lebih kurang sama saja, dia just tukar nombor. Kalau kita selalu buat latihan, kita akan terbiasa dengan soalan tersebut dan segalanya jadi mudah. Oleh sebab itulah, korang kena buat latihan banyak-banyak.

Horeeyyy! Last tip. Sesuai di praktikkan untuk bahasa.

4)Baca, Cakap dan dengar.

Kita ada sifat malukan? Bertambah segan lagi bila kita sendiri tahu yang kita tak hebat dalam bahasa Inggeris. Sebab tulah kita lebih senang berbicara dalam bahasa Melayu saja. Kita takut orang ejek kitakan. Kita tak ada keberanian untuk cakap Broken English. Hey,hey kenapa jadi macam tu? Kita kena praktis barulah boleh berjaya. Biar Oh My English! asalkan berani mencuba. Kalau kita tak cuba tiada siapa boleh betulkan kesalahan kita kalau bukan mereka.

Oh itu saja buat masa ini. Thanks sebab sudi membaca. Ouhhh, ini tip untuk diri sendiri jua.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Thursday, December 19, 2013

Gadis Otaku , Lelaki kaki novel

Assalamualaikum,

Hari ni result PMR keluarkan? Tahniah kepada adik-adik batch 98 atas kejayaan anda semua. Walaupun tak dapat straight A bagilah tepukan . Kita dah berusahakan? Jadi jangan putus harapan. Esok masih ada. Tahun depan akak pula. Tapi SPMlah.

Okay, topik kita pada hari ini Gadis Otaku , Lelaki kaki novel.

Sebenarnya, topik ni memang dah lama dah terfikir. Cuma tak tahu nak bincangkan apa.hihi. So, marilah kita berdiskusi.

Wanita memang sinonim dengan novel manakala lelaki lebih minat kearah komik. Tetapi bagaimana pula kalau kisahnya terbalik?

Lelaki minat novel dan perempuan minat komik?

Sumber: Uncle Google

Apa pendapat korang?

Aku tak ada pengalamanlah berkawan dengan lelaki kaki novel . Tapi ini pendapat mereka.

[PHOTO HAVE BEEN DELETE DUE THE TECHNICAL PROBLEM]

Kawan aku perempuan tapi aku tengok dia lebih minat kepada komik. Walaupun dia layan jugalah novel. Tapi bila diorang dah buka mulut pasal komik automatik mulut aku terkunci. Blurr. Tak tahu apa yang diorang bualkan. Lantak dioranglah! Tapi aku tak taulah diorang ni otaku tahap berapa. Eh? Otaku pun ada tahap? Hihi. Ada, aku pernah terbaca dulu.

Bagi aku, tak kisahlah lelaki or perempuan minat komik dan novel. Minat kitakan? Nak buat macam mana. Janji kita amalkan sikap suka membaca.

Kalau aku, aku minat dua-dua. Aku suka komik tapi kalau pergi kedai aku lebih cenderung untuk membeli novel. Sebabnya, difikiran aku ni, novel walaupun mahal tapi ambil masa sebulan untuk habis baca. Komik sehari dah habis then tersimpan saja dalam rak. Boleh gitu? haha.

Tapi cuti-cuti novel memang aku tak baca dah. Ada novel kawan aku tajuknya Pudina Cinta. Baru bab 4 padahal dah dekat sebulan aku pinjam. Haritu pinjam sekali dengan komik, komiknya dah pulang dah.

Secret note : Mood berblog aku hilang. Malas nak tulis dah sebab aku rasa entah apa-apalah aku mengarut dalam blog. Tak berfaedah. Tak ada isi. Tu yang down sikit. Tapi aku still blogwalking. Tu yang kadang-kadang aku hentam 1 blog sampai 2 3 entry.

Tuesday, November 26, 2013

Bila Aku Sudah Tiada




Hakim, nama yang begitu macho sekali, membawa maksud yang sangat indah. Bijkasana! Ya, bijaksana. Namaku yang senang diingati, senang dihafal dan senang dipanggil. Mukaku pun boleh tahan juga, persis Lee Min Ho penyanyi korea yang comel itu!

Secomel muka, secantik nama, namun aku ada satu penyakit. Penyakit misteri! Misteri! Semisteri The Conjuring. Penyakit hidung berdarah apabila aku berkeadaan panik. Misteri, bukan? Oleh sebab itu, kawan-kawanku selalu membuatkan aku terkejut. Dan ketika itulah cecair pekat bewarna merah menitis dari hidungku. DARAH! Bukan hingus!

“ Amboi, berangan nampak!” Satu suara menyergah Hakim dari arah belakang. Hakim mendongkakkan kepalanya. “ Hingus sudah keluarkah?” Syafiq semakin galak mengusik sambil menepuk bahu Hakim berkali-kali. Ya, sudah mesti lagi pasti darah sudah mengalir keluar dari rongga hidung Hakim.

“ Nah tisu, setiap kali aku nak usik kau, aku sediakan tisu! Nah, ambillah!” Syafiq menghulurkan dua helai tisu, dan Hakim menyambut lalu mengelap darah yang meleleh hingga ke mulut.

“ Bangun!!! Assalamualaikum, cikgu!” Faiyat berdiri sambil membetulkan reben bewarna merah yang dipakainya di leher, lagak ketua kelas yang berwibawa. Erk, poyo betullah! Cikgu Aidil melangkah masuk dan diekori seorang budak perempuan tidak bertudung yang agak montel.

“ Waalaikuussalam, duduk. Cikgu nak perkenalkan, murid baharu di kelas kita, namanya Alya. Alya awak boleh duduk di tepi Hakim di tepi tingkap sebelah sana. Okey, apa-apa yang awak semua nak tanyakan tentang Alya, nanti-nantilah tanya, kita belajar dulu. Jangan mengurat sudahlah!” Cikgu Aidil mengenyitkan matanya sambil ketawa. Semua murid di dalam Kelas 4 Inovatif ketawa. Pipi Alya sudah berona merah jambu seperti buah jambu air yang ranum.


“ Nama awak Hakim, kan?” Alya cuba mahu berkomunikasi dengan Hakim yang comel seperti orang korea itu. Anak kacukankah dia ini?

“ Taklah, nama saya Muhammad Amirul Hakim bin Rasyidi.” Jawab Hakim, sperti nada bergurau. Memerli pun ada. Namun, matanya tidak memerhatikan wajah Alya yang comel itu. Alya sangat kecewa. Kecewa sangat.

“ Awak ada penyakit?” Alya cuba mahu berbual-bual dengan Hakim.

“ Memang tak ada. Malulah sekiranya lelaki ‘macho’ macam saya ada penyakit." Hakim menjawab sambil ketawa. Alya tersenyum.

“ Awak ini perasan betullah!” Alya tergelak kecil sambil mencoretkan sesuatu di atas buku latihan Matematik. Mungkin sedang membuat jalan kira. Sekejap letak pensel, tulis, macam-macam perangai Alya.

“ Saya memang kacak! Ada iras-iras muka Lee Min Ho! Kembar saya!” Hakim mula perasan. Ya, dia memang sukakan artis korea sejak setahun yang lalu. Entah mengapa, di biliknya penuh gambar artis korea lelaki. Di komputer riba, di meja belajarnya, di dinding biliknya dan di pintu biliknya. Hai, nasib baik di tandas Hakim tidak tampal…

“ Eleh, kembar Lee Min Ho konon, dengan Alleycats pun awak kalah! Inikan pula Lee Min Ho!” Alya membidas. Hakim membeliakkan matanya.

“ Awak cakap saya kalah dengan Alleycats? Alleycats yang kalah dengan saya awak tahu tak?” Hakim membetulkan rambut ‘ Lee Min Ho’ kepunyaannya yang palsu itu. Alya mengherotkan bibirnya tanda mengalah.

“ Ops! Cikgu saya mahu ke tandas!” Alya menutup mulut dan hidungnya dan segera berlari ke tandas apabila mendapat keizinan guru. Tandas hanya berada di hujung koridor sahaja bersebelahan dengan tangga. Tidak perlu suah-susah Alya mahu mencari. Selepas siap mencuci segala-galanya, Alya kembali ke kelas 4 Inovatif. Nampak air ata bertakung di kelopak mata Alya. Kenapa dengan Alya?

“ Awak pergi tandas buat apa? Lari mengalahkan orang lumba lari 200 meter sahaja. Kalau hendak lari bukan di sini tempatnya, awak lari di padang.” Hakim memerli. Alya menjeling tajam.

“ Amboi, cantik mulut awak!” Balas Alya sambil menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Darwis.

“ Oh, awak belum tahu lagi rupanya, mulut saya memang cantik! Cantik seperti Lee Min Ho!” Kali ini, Alya sudah tidak sabar dengan ‘jiran sebelah rumahnya’ yang bermulut becok itu. Perasan, poyo, skema! Semua ada!

“ Bangun… terima kasih cikgu!” Seorang lagi budak poyo si Faiyat itu, bila cikgu masuk atau keluar kelas pakai reben, bila cikgu masuk atau keluar kelas pakai reben, bila pakai reben cikgu masuk atau keluar kelas. Hai, memang kelas 4 Inovatif budak lelaki poyo?

Kring!!! Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Alya segera menyimpan buku latihan Matematik ke dalam begnya dan segera berjalan keluar. Dia dikerumuni 5 orang murid permpuan berbadan agak comel mengahmpiri Alya.

“ Hai, Alya… nama penuh awak apa?” Yani menyoal Alya. Dari tadi lagi mereka berlima mahu berbual-bual dengan Alya, tetapi masa tidak mengizinkan. Waktu rehat, mereka perlu berjumpa dengan guru kaunseling, waktu kelas tiada cikgu, mereka perlu berjumpa dengan guru kelab bola baling.

“ Hai, Yani… nama penuh saya Nur Alya Sophea biti Muzakir. Boleh panggil Alya sahaja.” Alya gembira apabila ada juga pelajar di kalangan perempuan sudi menegurnya. Beberapa minit juga, Alya disoal siasat dengan ‘polis-polis’ perempuan berbadan agak gempal sepertinya.

“ Okeylah, mama saya dah datang! Esok kita sembang-sembang lagi. Bye.” Alya masuk ke dalam perut kereta sambil melambaikan ke arah Yani, Fiqah, Husna, Aina dan Auni. Mereka berlima membalas lambaian Alya dengan senang hati.

“ Amboi, baru satu hari pindah sekolah terus dapat kawan! Fithri pun seminggu mencari kawan. Kawan lelaki tak ada?” Fithri adik pertama Alya mengusik. Alya mencubit tangan Fithri yang suka menyakat Alya.

“ Kak Alya yang gemuk ini, janganlah marah-marah, nanti cepat gemuklah! Nanti tak ada orang minat!” Fatin adik kedua Alya pula menyakat. Oh, nampaknya mereka berdua berpadu tenaga mengenakan Alya. Puan Suriani hanya mendiamkan diri, menumpukan kepada pemanduannya.



Sudah dua minggu Alya bersekolah. Pagi cuti itu, Encik Muzakir dan Puan Suriani memanggil anak-anak mereka berkumpul di ruang tamu rumah banglo mewah itu. Alya, Fithri dan Fatin tertanya-tanya sesama sendiri.

“ Ada kenduri kahwin agaknya. Tetapi siapa yang mahu kahwin?” Fithri meneka. Fatin mengangguk tanda bersetuju.

“ Kak Alyalah! Kahwin dengan Mat Bangla yang sedang buat rumah di hadapan rumah kita itu!” Sempat lagi Fatin menyakat Alya di awal pagi. Alya merengus geram.

‘ Sabar wahai Alya yang comel pada pagi ini. Kalau marah-marah kan cepat tua dan cepat gemuk, itu petua Fithri!’ Alya menarik nafas. Hembus nafas. Mereka bertiga segera turun ke ruang tamu. Nanti kalau lewat, kena membebel susah pula.

“ Alya, Fatin, kita akan berpindah ke rumah nenek. Dalam setahun juga.” Alya menunjukkan muka tidak berpuas hati. Namun keputusan papa tetap muktamad. Muktamad! “ Esok juga kita balik ke rumah nenek!”

Keputusan sekali lagi muktamad.

Alya hanya mengangguk. Dia terus masuk ke biliknya, langkahnya kelihatan longlai. Air mata mula mengalir di pipi.

Dia tidak sempat berkenalan dengan Hakim Si ‘ Lee Min ho’ yang kacak lagi comel itu. Apakan daya, sudah nasib. Setahun, bukannya sekejap!!! Dia segera mencapai pen dan kertas kosong lalu mencoretkan sesuatu. Dia nekad, petang ini dia mahu ke rumah Yani! Pasti! Mesti!

“ Awak tolong berikan kepada Hakim.” Alya memberikan kertas yang siap dibalut reben itu. Yani hanya mengangguk.

“ Alya sudah pergi? Alya yang selalu bergaduh aku itu sudah berpindah. Dia juga ada penyakit seperti aku? Tetapi, kenapa dia harus bagitahu aku yang dia ada penyakit seperti aku? Biar betul? Dia hanya main-main agaknya!” Hakim tergelak kecil. Tiba-tiba radio di biliknya memainkan satu lagu, yang mengingatkan dia pada seseorang, siapakah dia?

Mata ke mata…
Ke hati…
Hati ke hati..
Hati hati…
Bibir ke bibir…
Bicara janji…
Janji ke janji…
Jadi hujan…
Rindu ke rindu…
Termimpi mimpi…
Hari ke hari…
Nanti di nanti…
Menanti pasti…
Pasti di sisi…
Sisiku kini…
Ternanti nanti…


Secret Note : Karya A to Z. Pertandingan menulis cerpen berkumpulan. HAJARdanNajwabergabungmeletup! Boom!

Saturday, November 02, 2013

Tips memilih syampu rambut yang sesuai




Assalamualaikum...

Dengan terdapat pelbagai jenis syampu di pasaran, seringkali kita keliru shampoo mana yang harus kita pilih. Akhirnya kita melakukan kesilapan dengan memilih syampu yang salah. Aroma dan harga bukanlah panduan yang tepat dalam pemilihan syampu. Jangan sebarangan memilih syampu kerana pemilihan yang salah boleh menyebabkan rambut rosak.
 
1. Jangan gunakan syampu yang mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

2. Pilihlah syampu yang berwarna jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

3. Jangan gunakan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

4. Jangan biarkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala anda, lebih-lebih lagi jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian “ammonia” dan “hidrogen peroxide”.

5. Ketahuilah bahawa agen pelurus rambut dalam syampu pendandan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

7. Anda perlu memastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih atau beli itu sudah diuji keselamatannya oleh pihak berkuasa.

Selain tips diatas  ingin dikongsikan kepada anda beberapa istilah yang terkandung dalam syampu yang dapat membantu anda memilih syampu yang betul.
  • Linolin = Kandungan sabun rendah diperuntukan bagi rambut rusak dan kering.
  • Ultramoisturising = Kaya pelembab, baik untuk rambut kering.
  • Nettle Oil = Mengandungi penyegar, baik digunakan untuk rambut berminyak.
  • Ketoconazole = Mengandung antiseptik semulajadi baik digunakan untuk rambut berkelemumur.
Sumber:Tips Cara Pilih Jenis Syampu Sesuai Untuk Rambut

Secret note: psss.. aku masih dalam mood malas..Aisey..Rasa lain je nak update blog sekarang. Itu tips yang aku dapat. Kalau korang ada tips lain.Sharelah ye.. ;) Korang guna syampu apa?

Thursday, October 31, 2013

Menang Hadiah Giveaway


Assalamualaikum...

Nampak tak apa yang aku nampak? Hey saya dapat hadiah. Happynya!!! Dapat brooch dengan casing dalam giveaway ni Duo Giveaway by Aliya & FD.



 So,terima kasih sangat kepada : FD dan Aliya sebab anjurkan Giveaway ni.

Terima kasihlah juga kepada EymasuAndWorldCraft sebab sponsor dan untuk brooch dan casing yang cute tu! 


Sebenarnya aku dah dapat hari Isnin lepas. Excited tapi tak excited nak update..hehe... Biasalah mood blogging dah ke laut..Haish...


Secret Note: Mood menaip cerpen pun dah ke laut juga. Siapa yang masih belum baca Love In Paris, sila-silalah baca. Jangan malu-malu. Comment sekali ya? Tajuk mungkin sama dengan drama tapi ni versi HAJAR... haha.. ;)

Friday, October 25, 2013

Focus for physics



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Aku berjaya mengharungi peperiksaan dengan pelbagai rintangan. Aku dah buat yang terbaik,hanya mampu berdoa dan redha sajalah. Hopefully tak ada yang gagal.

Sekarang aku hanya perlu fokus pada paper fizik sebab hanya tinggal fizik je yang belum jawab. Hari isnin periksa dan aku perlu menyumbat pelbagai bab fizik dalam kepala. Minggu ni memang minggu fizik.. adoyaii..

Lepas periksa aku kena buat nota fizik then study fizik lagi untuk explorace.

Selepas itu barulah finally MERDEKA tapi untuk tahun ni je mean sekejap je. Tahun depan tahun penting tak boleh main-main lagi dah. Seram woo..

Aku tak sabar nak habis exam ni. Aku mahu tulis novel. haha.. excited gilerr..Tak tahu jadi ke tak. Kalau aku buat korang janji akan baca k? Janji?*sambil hulur jari kelingking* Kalau nak baca sinopsisnya kat SINI. Walaupun aku masih tak tahu tajuk yang sesuai tapi ada aku kisah? Janji novel berjalan tapi aku tak yakin novel tu 100% ikut sinopsis. Rasanya tak kot? Abis buat apa tulis sinopsis? Erk..sinopsis aku just buat je 5 minit siap...hee..

oklah..keep in touch ok.. Selalulah jengah blog picisan aku ni. Lepas exam boleh rajin update... Insha-ALLAH...

Monday, October 21, 2013

Bulan exam...Final Exam...





Assalamualaikum,

Fuh,fuh.. Dah lama aku tak update blog.. Rindu maa... Tetapi apakan daya kami harus dipisahkan oleh si dia. Siapa lagi kalau bukan exam.. Ececehh,,saja je tau nak salahkan hal lain padahal boleh je update hari-hari.

"Kalau boleh online twitter dan facebook hari-hari kenapa blog tak boleh?"

Erm..sebab..sebab... facebook dengan twitter boleh online kat handphone? haha..Itu semua dusta belaka!

Oklah... Doakan aku boleh jawab dengan tenang,tepat dan betul k? Tinggal add math, chemist, bio dan fizik then MERDEKA! Yang tinggal tu semua subjek killer buat aku. Habislahh...

Cakap pasal exam kadang-kadang aku terfikir. Peperiksaan ni untuk uji kepandaiaan kita atau kekuatan ingatan kita? Ok, itu soalan time jawab peperiksaan hari tu. haha . Sempat berangan woo~ Overall, semua paper bagi aku susah. -_- Tapi final exam right? Biasalah tu susah.ececeh..cover lagi.

Oklah.. time peperiksaan aku memang malas nak update blog. Tapi aku still online, so janganlah marah kalau aku tak update tapi sempat baca entry korang dan comment ye? Hal ini demikian kerana aku mengambil masa lebih lama untuk menaip entry berbanding membaca post korang.

Singgah-singgahlah selalu blog aku ni. Tak lama lagi seminggu je sampai hari isnin.k.

-THE END-


Secret note : Aku tak pandai , mereka pandai tetapi apa bezanya mereka dengan aku?

Tuesday, October 08, 2013

Love You Mr. Arrogant


Assalamualaikum...

Love You Mr. Arrogant,sebuah drama yang tidak asing lagi bagi kita. Sebuah drama yang menjadi fenomena selepas Drama Cinta Jannah. Lakonan hebat dari para pelakon menyebabkan ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah kisah mereka? Bahagia atau derita?


Nampak tak apa yang aku nampak? Wahh, ramainya nak tahu ending Love You Mr. Arrogant! Kenapa mereka boleh sesat disini? Terima kasih pada entry INI. Aku hanya mampu tersenyum je bila tengok search keyword. Yelah, drama tu pun aku tak tengok inikan pula nak tahu ending?

Mungkin ada yang belum baca novel Love You Mr. Arrogant sebab itu tak tahu ending. Apa kata korang terjah blog PENULIS? Tapi kat blog tu pun tak ada ending. Korang kena beli versi cetak juga! Sementara nak kumpul duit bolehlah baca kat blog right? hehe...

Jangan lupa ya tengok malam ni.;)





AD: Looking for perfect fitting jeans, that shape, lift & lengthen? #MYLevisREVEL is the answer.